Bersama kita melangkah

Thursday, September 18, 2008

~berjalan,bermusafir,berfikir~(UTM,Skudai)


Bismillah.
Assalamu'alaykum.

Semalam saya dan sap bertolak dari muar jam 7.45 pagi untuk pergi ke Skudai. Tapi di sepanjang perjalanan, setelah berbual sedikit kami masing-masing terlelap. Maklumlah malam sebelumnya kami tidur agak lewat (pukul satu lebih tu lewatlah bagi saya)bercerita tentang alam persekolahan yang saya rasa tidak pernah ada penghujungnya cerita kami itu.

Jadi tidak hairanlah jika kami sangat kukuh chemical bonding nyer hingga menjangkau umur dewasa ini pun pantang jika cuti, kami pasti akan spend masa untuk berjumpa.Ntahlah, bagi saya, ukhuwwah antara kami sangat manis dan rasa sayu je kalau tak dapat jumpa.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kami stay di bilik Shariana. Maklumlah beliau tinggal single sekarang. Tahun akhir lah katakan.hehe. Sap mula mengeluarkan ole-olenya dari Jepun. Apa lagi saya dan shariana berpeluang untuk memilih kerana ole-ole yang sap bawak agak terhad. Berebut2 jugalah kami macam kanak-kanak.Tapi itu yang best bagi saya. Kalau kami berjumpa, pasti tidak kering gusi. Ada sahaja aksi lucu daripada mereka.

Finally, saya dapat amik bookmark n brooch from korea. Oklah tu kan, penat saya berebut dengan Shariana hehe. Tengah hari tu kami makan di Meranti. Saya suka sangat makan dekat situ walaupun saya tau UTM ada arked n SUB untuk foodcourt kot tapi mereka tidak pernah bawa saya ke situ. Jadi saya rasa makanan dekat Meranti pun dah cukup best dah Alhamdulillah.

Lepas je melawat bilik sahabat saya Farah Suraya dekat H25(wah, bes jugak bilik single beliau. Mmg bilik awak strategic farah!:) )kami pergi ke pesta konvo. Saya rasa ini kali kedua kami perlu berjalan jauh. Tak ukur pulak jalan tu berapa KM dah kami jalan.

Dalam perjalanan tu kami singgah di booth cenderahati UTM, Mimi ada dekat situ. Sian die. Ngantuk je nampak.huhu. Lama jugaklah kami berjalan-jalan dari satu gerai ke satu gerai.Tapi tak beli apapun. Window shopping je. Bila penat kami duduk kejap, tak pun masuk tengok exhibition student RMC n fakulti dekat situ…(tempat nie bes sebab ada air-cond…nyaman!:))

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Masa dekat tasik UTM pun best jugak. Tak taulah…Setiap kali pergi UTM mesti saya ajak mereka untuk pergi tasik nie. Tenang je. cuba captured gambar masjid, tapi sayup sangat. Saya dah habis zoom dah tapi saya puas hati jugaklah dapat snap masjid nie.

Sebelum maghrib kami dah balik bilik. Kesian farah, dia puasa semalam huhu. Saya yang tak puasa ni penat, saya rasa beliau pasti dua kali ganda fatigued. Balik je bilik, sap n sheri berebut-rebut makan kek coklat. Kelakar betul. Saya dah collapse da masa tu.penatnyer(akibat tido lambat…seharian tu tak hilang-hilang ngantuk saya huhu)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Cherish our sweet moment,
Humayra',
UTM, Skudai.

No comments: