Bersama kita melangkah

Sunday, June 14, 2009

Hembusan semangat buatmu, moga tabah!


Dear Nurnadiah Hani Bt. Ngah,


"Allah Maha Mengetahui yang Nad mampu untuk terima semua ini. Berd
epan dengan kehilangan ayah tersayang secara mengejut dan tiba-tiba. Siapa sangka, mungkin siangnya Nad masih mampu bergurau dengan Ayah, tetapi malamnya Allah lebih menyayangi dia. Akak percaya Nad mampu untuk accept semua ini walaupun mungkin ia mengambil masa. Be tough ok dear! Mungkin ini ujian buat Nad, semua orang akan melaluinya, kehilangan orang yang paling kita sayang. Waktu ini, saat ini, Allah "jemput" ayah Nad pergi dahulu. Tapi ingatlah, Allah tahu Nad memang mampu hadapi saat-saat ini. Sungguh, Allah tahu. Jadi bersabarlah ye. Kami semua sentiasa mendu'akan Nad dan keluarga."

Love,
Kak Aishah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Malam tadi diri ini rasa mengantuk betul. Jam 10.15 malam mata sudah terlelap. Bukan terlelap saya kira, malah nyenyak persis bayi yang baru lepas didodoikan oleh ibunya.

Jam 12 saya terjaga semula sebab babah dan ibu baru pulang dari kenduri arwah. Paklong sebelah babah meninggal dunia semalam. Lepas tutup laptop, cabut-cabut wayar charger semua, saya tidur kembali di bilik.

Tidak sampai setengah jam, handphone di atas meja "menjerit-jerit" minta diangkat. Tetapi dek kerana mata dan badan yang teramatlah letih, kaki tidak mampu untuk melangkah ke meja yang hanya beberapa meter sahaja dari katil.

Dalam hati berkata, "tak ada apa-apa kot, orang misscalled je." Mujur adik saya, Nadiah tolong sambut, tetapi butir bicara mereka tidak saya dengari. Diri sudah enak dibuai mimpi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Subuh pagi tadi Nadia beritahu, "Long malam tadi ada kawan telefon. Siapa ntah dia bagitahu ada orang meninggal."

Ha? Siapa? Mata masih terpisat-pisat tidak percaya. Lekas-lekas berlari mendapatkan handphone, buka kantung messages.

Nad celcom: "Kak, ayah saya dah x ada" (Message received at 12.40 a.m)

Jantung seperti berhenti berdegup sebentar. Allahuakbar, "
Inalillahiwainnailaihirojiun".

AstaghfiruLlah, diri sendiri sesal kerana seperti acuh tidak acuh sahaja mendengar panggilan telefon malam tadi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jari pantas mendail. Bunyi "tune" telefon tidak selari dengan degupan jantung saya tika itu. Denyutan nadi ternyata lebih pantas dari kadar yang biasa.

Angkat nad, please... 1, 2, 3.

Telefon bersambut, dengan berdebar saya memulakan bicara.

"Assalamu'alaykum nad. Ok ke? Sorry sangat-sangat malam tadi akak dah tido." Sesalan saya masih bersisa.

"Oh tak pa kak. Ayah saya meninggal sebab semput. Tengah dri
ve, nasib baik mak ada kat sebelah. Lepas pakai ubat semput tu terus dah tak ada".

Nad tak menangis pada mulanya, tapi dia seperti menahan rasa. Saya pula yang sayu.

"Sabar ye nad."

"Akak tolong bagitahu yang lain-lain, saya sempat bagitahu Khalillah
je." Suaranya sudah mula bergetar.

"Oh ok, baik-baik. Nanti akak bagitahu." Mata saya bergenang. Air mata hampir tumpah, tetapi ditahan. Kami sudah seperti adik-beradik. Perit yang dia rasa, saya juga mer
asainya. Allah...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lately saya rasa banyak menerima berita kematian. Bermula dengan:

  • Kembalinya pakcik seorang adik semasa berprogram di Mersing tempoh hari.
  • Kembalinya paklong ana subuh semalam, Pakcik Bahri.
  • Dan, pagi ini, berita kematian ayah nad, Pakcik Ngah.
Sama-samalah kita mendu'akan mereka supaya tergolong among the pious di alam barzakh sana. InshaAllah, Ameen~

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Every soul shall have a taste of death in the end to Us shall you be brought back"
[Al-ankabuut: 57]

Ya Allah, sungguh hebat aturanMu. Kuatkanlah sahabiah kami Ya Allah. Semoga berat neraca kanan mereka di akhirat nanti. Semoga dipermudahkan ketika dihisab.

Semoga Allah beri kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang buat yang masih bernyawa. Muslim tidak boleh berehat. Banyak masalah umah yang perlu difikirkan. Ibadat harus istiqamah. Ingatan pada Allah tidak boleh putus. Allah, beri kami kekuatan dan ketenangan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Fasbir, Innallaha ma'assaabiriin,
Aishah Humayra'.
Daar et-ta'zeem.

15 comments:

Anonymous said...

innalillah....

isk2x..
nad kuat!

ain yg malas tulis identity

Humayra' said...

akak sedih sgt ain, kita dah mcm adik-beradik...(T_T)
cubit peha kanan, peha kiri turut terasa sama...

Moga nad tabah!

Kepada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali...
Moga arwah ditempatkan di kalangan insan2 yg soleh..
ameen~

Anonymous said...

btol 2 kak syah n kak ain..
Kak nad Kuat..SemogA Allah sentiase tBhkan kak nad..we luv u kak nad..:)

-me-

Humayra' said...

huu~
moga Allah sentiasa hadirkan kekuatan itu...InshaAllah

-kiah blk bwk makanan best2 utk kitorg tau, becoming birthday girl lah katakan- heh~

Anonymous said...

btol3x..
sy ykin k.nad kuat..
tp cm kate k.syah..kami seperti adik beradik..diri ini turut terasa kehilangan..
mst ad hkmah kn stiap yg Allah buat 2..insyaAllah..

Humayra' said...

Lepas ni kita kena lg kerap lah ziyaarah blk dia. x gitu kiah?

maksudnya kiah kena pindah bilik sebelah bilik kak kelly...bilik dekat2 ngn pantry tu..kan ain kan? heheh

we love u nad!!! (^_^)

Anonymous said...

huwaaa...robohla bilik saye pahni..huhu

dtg jgn lupa bwk rezeki utk tuan bilik..erk, melawat nad kira skali mlwt saye la kan?

hehe

ain yg mlas tls identty

Humayra' said...

haha~ lps ni 13 sumbat sekali satu bilik..

erk, ain? meraikan dhuyuf bukankah tggjwb tuan rumah? yeah, lps ni mesti banyak main masak2 kat bilik tu...

robohkan katil ain jugak!!! heh~

- mari menceriakan hari2 nad -

Nurnadiah Hani bt Ngah said...

kak...
syukran...
terima kasih bnyk2...
sy xtau nk ckp mcmane...
sy syg ayah sy...
tp ayah da xde...
sy syg mak sy...
tp sy xsggp tgk mak sy...
air matanye asik mengalir je...
trima kasih ats doa kalian...
pembakar smgt utk sy...

Nurnadiah Hani bt Ngah said...

beratnye tggjwb sy skrg..

Anonymous said...

blik dkt ngn pentry???
yg mane??blik srimila ke??akak...
tp demi mu kak nad..ku sanggup..kak ain la yg kene prepre juadh kan..kak syah..akk kan pandai mask cmpk2..jgn lupe bwak tau..hebat la kak.cmpak2 jer..hahaha..kak nad..kami support akk!!we'll alway here 4 u..he3

-me-

Humayra' said...

Nad dear,
Jangan sedih2 lagi ok?
Allah ada, kitaorg pun ada...
Kuat ok!
Selalu2 berbual dengan mak so that dia xrasa sunyi sangat...
Byk2 sabar ok!

Mmgla org kata, cakap mmg senang, cuba diri sendiri rasa. Betul x?
Tapi igt, La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.
Be tough dear!
Sayaanggg nad!

- xsabar nak balik kampus jumpa nad –

Humayra' said...

Kiah dear,
Bkn bilik sarimilla yg akk maksudkan, sebelah sikit blk kak kelly, bilik sakit tu, eh ke stor? hehe...xdelah gurau je...

Amboi kiah semangat..padahal dia yg nk main cmpak2 kan kan..ok2, hotplate aten blh pindah bilik ain...

yeah nad, kiah berazam nk blnja nad hari2...tgkla ayat dia tu, semangat2...

- kiah the pong2 girl -

Humayra' said...

kematian ramai org sejak kebelakangan ni ye..

jadikan mati itu sbg peringatan, utk kita yg masih hidup..
sungguh, ajal itu datang bila2 sahaja, moga kita sentiasa bersedia menghadapinya..

Humayra' said...

betul tu dear!
sungguh kematian itu satu tazkeerah..
missing u here...(^_^)