Bersama kita melangkah

Wednesday, December 22, 2010

Sayonara Dr. Normah!


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Merenung jauh. Menembusi dinding biliknya. Mengenangkan banyaknya pahit manis yang dilalui sepanjang lebih kurang lima minggu percutian ini.

Dia tahu bagaimana pahitnya rasa perpisahan itu. Biarpun payah mahu menerima, dia tahu bahawa Allah sedang memerhati, sedang menilai segala tindak-tanduk.

Usrah wida' malam semalam sangat membasahkan hati. Dia pasrah bahawa malam itu kali terakhir dia bertemu dengan naqibahnya itu. Naqibah yang baru empat kali ditemuinya sepanjang cuti semester ini.

Sekali lagi dia kagum dengan keajaiban Allah yang mencipta manusia yang bisa memegang hati manusia yang lain. Dia khadam benar dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kakak naqibahnya itu.

Dipostingkan ke bahagian ICU hospital Muar selepas habis urusan masternya. Kakak itu redha meninggalkan zauj dan anak-anaknya di Kuala Lumpur.

"Sekurang-kurangnya ummi tak tinggalkan Huzayfah dekat padang pasir macam nabi Ibrahim tinggalkan Hajar dengan Ismail. Huzayfah ada Allah, ada Abi. Cuma ummi je jauh sedikit." 

Taujihat tentang erti pengorbanan diterangkan kepada anaknya yang masih lagi hingusan. Namun anak itu redha seredha-redhanya.

Dan kakak itu datang ke bumi Muar dengan semangat berkobar-kobar. Menyemarakkan da'wah di sini alhamdulillah. Namun sungguh pinjaman Allah itu sekejap cuma. Kakak dipostingkan kembali ke 'tanah air' nya kembali di Hospital Serdang.

Dia khadam betul-betul kata-kata kakak itu malam tadi. Tidak mahu sesaat pun terlepas daripada mendengar butir-butir terakhir daripadanya. Ah, dia sangat kagum dengan hamasah kakak itu.

Mungkin sudah masanya untuk mengorak langkah ke hadapan, dengan secebis kekuatan dari langit.

Pesan kakak lagi, berdirilah di setiap penjuru mana kamu berada. Tegakkanlah da'wah disetiap penjuru kamu berdiri dan jangan meruntuhnya.

Moga impian Umar al-farouqi bukan angan-angan kosong semata,

"Aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”. 

I heart you Kak Normah. Semoga berjumpa lagi. Jika tidak di dunia pun, inshaAllah di syurga nanti!

4 comments:

HaDi said...

Semoga ukhuwah yg ikhlas didunia menjadi syafaat mendapat naungan arasy-Nya di akhirat kelak...

RuMaH TuA said...

Bertemu & berpisah kerana Allah...

hajar said...

hope to see k.normah again in KL

Nurul Ain Hussin said...

akk.. mohon share.. tapi, ersi ain sendiri.. rindu dr. normah!