Bersama kita melangkah

Tuesday, November 11, 2008

~Sejauh mana mengenaliNYA~


Usai makan tengah hari, tak tau nak buat apa. Nak study BI? Oh tidak. Baru je lepas paper Aqidah td. Huhu. Semalam lawak betul jawab kertas Arab. Kelas ana je tau nape. Betul x guys? Hehe. Lawak2. Okaylah, tengah belek2 buku Aqidah Muslim by Abu Ubaidah Ad-Dimasyq sebelum buku ni selamat masuk kat tempat "beradu" die balik. huhu.

Baiklah, ana nak kupas sikit tentang bagaimana kite nak mengenal Allah dengan sifat2nya. Dengan menginsafi kelemahan diri kite manusia dalam kehidupan yang terbatas ini, dapatlah kite mengenal akan kekuatan Allah bahawa Dialah yg sebenar2 Hidup, yg Kekal dan yg Abadi sebagaimana sabda nabi Rasulullah s.a.w:

"Man 'arafa nafsahu faqad 'arafa rabbuhu"
(Barangsiapa mengenal akan dirinya, nescaya akan kenallah dia akan Tuhannya)

Hadis ini biasa benar menjadi buah tutur bagi golongan Sufi. Maka Imam Ibnu Qayyim menyatakan tafsiran ucapan ini kepada tiga:

Pertama:

Dengan kita mengenali segenap sifat2 kelemahan yg ada pada diri kita, maka insaflah kita akan kekuatan yang ada pada Allah. Andai kite sedar akan kemiskinan dan kedhoifan kite, maka kite akan mengetahui bahawa Allah itu sifatnye Maha Kaya.

Insaflah bahawa kite hidup di dunia ni hanya sementara. Hanya menanti saat2 kematian sahaja. Maka jika kita mempercayai ini, kenallah kite bahawa Allah itu bersifat Baqa', tidak akan mati! Kite juga sangat terbatas dengan kemampuan kita. Jika kite sedar ini, maka kite kenallah bahawa Allah itu Maha luas kekuasaan Illahinya.

Oleh itu, semua ini dinamakan makfrifat dengan jalan perbandingan diri mengikut pendapat ahli sufi di atas di mana kite mengetahui sifat2 Allah dan dibandingkan diri manusia yang serba-serbi kekurangan ini.


Kedua:

Mengenal Allah dengan menilik dan menganalisis sifat2Nya yang pada masa yang sama dianugerahkan oleh Allah kepada kite pula. Mithlun, sedangkan kite boleh melihat, apatah lagi Allah yang MAHA MELIHAT. Sedangkan kite boleh mendengar, apatah lagi Allah, MAHA MENDENGAR. Sedangkan kita tahu dalam sesuatu perkara tetapi terbatas, apatah lagi Allah yang MAHA MENGETAHUI. Inilah yang dinamakan? Makrifat dengan mengenal nikmat2nya.


Ketiga:

Mengenal Allah dengan merenung siapa diri kite sebenarnya. Siapa sebenarnya kite? Apakah sebenarnya nyawa kite ini dan apakah sebenarnye aqal kite ini? Dari manakah kita datang? Di atas kehendak siapakah maka kite berada di dunia ini? Dan mengapa akhirnya kita mesti mati?

Maka soalan2 yang berkisar tentang jiwa, nyawa, roh, nafsu, aqal, nafsi(diri sendiri), lahir-hidup dan mati, itu semua adalah soalan2 rahsia yang ada di sekeliling kite, yang sulit untuk dipecahkan. Sedangkan diri kite lagi sulit untuk kite huraikan dan jelaskan, betapa pula kemampuan kite hendak memikirkan dan menghuraikan akan SIFAT dan ZAT ALLAH! Btol x?

Inilah yang dinamakan makrifat, yang menjadi intisari pemikiran dari segala cabang ilmu pengetahuan, falsafah dan pandangan hidup seorang manusia.

Maka huraian2 di atas telah menjawab hadis Rasulullah di atas tadi oleh Ibnu Qayyim. Jadi fikir2kanlah tentang kejadian dan kekuasaan Allah sebagaimana banyak ayat2 di dalam Al-Qura'an bertanyakan kita "afala tatafakkarun"(apakah kamu tidak memikirkan?).

Hmm...cukuplah setakat ini sahaja discussion kite hari ni ye. Moga bermanfaat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Special tags for:

>>>@Salam imtihan buat warga2 tingkatan 5 especially adik ana----Mohd Amirul Hisyam(SMAP Labu, n9)...confirm ke nak jadi doctor? Xmacholah Mir. Kui3. Dan juga kepada seorang student perempuan dari sekolah yang sama yang kol akak semalam sambil berkata "kak, trime kasih stongan yg comel itu"(Erk? ana pun xingat da..hehe...'afwan dik!)

>>>@Happy Burfday Kak suzy!!! hihi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Humairaa~
Diri ini masih banyak kekurangannya...
13 Zul Qaedah 1429 Hijriyyah

No comments: