Bersama kita melangkah

Thursday, May 7, 2009

Antara fesyen dan tuntutan...


Baju musleemah yang telah dieksploitasikan, kan?

"Cheq ghasa cheq paling menawan sekali hari ini sebab jubah cheq lip-lap lip lap," kata seorang student A.

"Tapi ambo ghaso ambo lagi comey. Tudung baru ni, hebak ni,biaso doh comey2 gini ,"kata seorang pelajar B.

(Er, bahasa utara yang tak berapa nak utara and bahasa Klate yang tak berapa nak klate. Marah roommate ambo weh!Hehe. Dialog hanya rekaan semata-mata)

Bismillah.
Assalamu'alaykum.

Kayfa Haalukum people?
Lafaz hamdalah diungkapkan untuk kesekian kalinya. AlhamduliLlah. Hari ini Pahang bercuti lagi sempena hari Keputeraan Sultan Pahang. Anyway, lama sudah hendak menge"post" tentang tajuk ini. Tajuk yang pernah saya nukilkan dalam ICON (Artikel untuk kampus)keluaran semester dua if I'm not mistaken. Masih ingat?

Okay, let's go to the main point. Manusia teruta
manya musleemah sangat menyukai kecantikan. Itu fitrah. Bahkan Allah juga sangat suka kepada kecantikan dan kebersihan diri, namun ingat, WAJIB berlandaskan syariat yang telah digariskan. Apakah dia syariat itu.? Itulah dia, menjaga 'aurah atau aurat.

Sungguh, inilah perkara yang sekalian musleemat hanya memandang enteng. Fesyen lebih penting daripada tuntutan syariat. Kita bukan tidak berbaju, tetapi baju tersebut seperti di anak tirikan. Mahu pamerkan pada siapa? Tabarruj pada pakaian(perhiasan yang sangat berlebih-lebihan). Mahu menarik perhatian siapa? Muslimeen? Begitu? Muslimeen yang bukan mahram itu? Ada hasilkah? Tidak sayangkah kalian pada diri sendiri?


Kita bertudung, namun hakikatnya, adakah kita mengikut apa yang telah dituntut? Atau masih lagi mementingkan fesyen? Apatah lagi fenomena di Malaysia, tudung mengikut musim. Sekejap tudung Ekin, sekejap tudung Siti. Mujur Mawi takdak tudung. Sedang tudung sendiri? Allahuakbar...


Diri ini yaqin lagi pasti, kalian bukan lagi kanak-kanak yang perlu disuruh itu dan ini secara paksa. Kita punya 'aqal untuk menimbang tara baik dan buruk sesuatu hal. Fikir-fikirkanlah.

Erm, nak bagi kerja sikit (macam biasa, ini blog bakal guru so mesti ada homework sikit ^_^) Entunna mesti ada tafsir al-Qur'an yang tersayang bukan? Rujuk ayat di atas dan faham,tadabbur ayat di atas. Suurah An-Nur, ayat 31. Ana rasa semua sudah sedia maklum. Selamat bertadabbur! Bacalah dengan mata hati.

Akhiirun qalam, merasakan betapa peri pentingnya menjaga dan memelihara aurat, maka berpakaianlah mengikut syariat, bukan dengan pakaian yang jarang, pendek dan ketat. Bagaimana mahu menjadi mar'atussolehah andai diri sendiri tiada alternatif untuk berubah? Wallahua'lam..


Pilih satu antara dua

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hanya hati yang lembut mampu menanggung beban yang berat,
Aishah Humayra'.
'Utlah Jameelah.
Daar El-Ma'mur.
Counting the days...KBAZ!

4 comments:

nad comel said...

kak!
sy punye fesyen tudung lupe sebut ke?
tudung nad comel
hehehe
kak
tmbh cite lg psl tabarruj
oren...lalalala~

Humayra' said...

haha...tudung nad comel keluaran kanak2 ribena yg oren??

as long as ia menutup dada, tidak jarang dan tidak tabarruj...InshaAllah...

dah2 la nad download tu, jom g dewan..gotong royong...erk2

mudarrisah.. said...

kak...
good entry...^_^
erk..tp loghat klate 2 bnyi cm plek je...haha..bangak ahh!!

Humayra' said...

haha...aten eh ni?
sorry la...
practise makes perfect...
kena g klah lagi kot baru mantop...
bangak ahh..hehe