Bersama kita melangkah

Wednesday, December 24, 2008

Inni Akhafullah


Saat yang didamba itu menjelang jua. Sekian lama menanti kerna tiap-tiap detik yang berlalu bagaikan kosong. Seumpama menatap gelas transparent yang berisi 'sky juice' . Mungkin itulah perumpamaan hati yang kosong. Jiwa yang pastinya tidak betah bersendiri. Bergolak minta diaktifkan semula. Bak iklan Maxis."Aktifkan dirimu"....


Epidermis yang merasakan kesejukan tahap maksimum. Jasad yang pinta dibelai. Namun digagahkan jua demi mengisi kembali hati yang rawan itu. Bersua kembali dengan mereka bagaikan bertemu kekasih yang sekian lama tidak berjumpa. Bak kata pujangga 'absence makes the heart grow fonder'.Bersalam-salaman, berpeluk-pelukan bagai esok sudah tiada lagi. Mungkin itulah anugerah Ilahi. Ukhwah itu diibaratkan seperti; andainya jasad tidak bertemu, tapi hati bagaikan senantiasa bertaut...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Duduk bersantai, bertilawah, bertadabbur membincangkan perkara-perkara yang tidak akan habis ditelan dek zaman, tidak berkarat dek oksigen persekitaran. Lebih advance dari 'stainless steel'. Duduk dalam kondisi yang penuh mahabbah dan rasa cinta pada Rabb yang mengunung tinggi laksana memandang puncak Everest di dasar lautan, malah lebih dari itu. Ruang yang kecil dirasakan seperti duduk di lobi istana nan megah.

Di saat untuk menceritakan musykilah-musykilah, terasa begitu bersyukur. Disitulah peri pentingnya seorang sahabat.Ikhwah. Bukan setakat berkongsi gembira-ria. Malah teman dikala duka kerna prinsip kaunseling itu tidak semestinya kita menyelesaikan masalah orang lain. Tapi, ia masih dianggap mencukupi seandainya kita mampu menjadi seorang pendengar yang setia.

Sekurang-kurangnya apa yang terbuku dan terpendam di dalam dada dapat diluahkan. Walaupun begitu, hikmah yang tersirat disitu tiada taranya. Sekurang-kurangnya kita lebih bersedia menghadapi ombak dan badai kehidupan yang bila-bila masa sahaja mampu meneggelamkan peta sebuah kehidupan bak 'tsunami'....


"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan untuk kebenaran dan saling berpesan untuk kesabaran" ~103:2-3~

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Begitu jualah kehidupan .'Life is like a staircase, when you're above, dont forget the people downside, while you're down, don't ever give up', life must go on! Jangan sesekali pernah lupa. Tiada seorangpun didunia ini terlepas dari sebarang masalah. Tetapi ia bergantung pada individu tersebut bagaimana ia mengawal masalah tersebut bukan masalah itu yang mengawal dirinya.

Akibatnya timbul stress, pressure yang kebanyakkannya disebabkan oleh faktor dalaman, disebabkan itulah jiwa itu perlu teguh seperti pokok balak. Tidak ampuh dilanda kencangan sang angin yang menggila. Sang hati itu perlu ditarbiyah, diberikan disuapi dengan halwah iman. Dirawat dengan syifa' dan azimat kalamullah. Jika ia dibelai, ditatang, diusap setiap masa; takut-takut ia menjadi semakin tenat dengan pelbagai penyakit paling tidak ia menjadi derhaka pada tuannya seperti kisah 'anakku sazali'.

Maka tatkala itu barulah penyesalan memakan diri kerna hidup ini hanya sekali dan pastinya tidak boleh di'repeat' , di'reset' mahupun di'extend'. Maka carilah penawar buat sang hati itu biar ia kembali bersinar secerah mentari di ufuk timur di kala subuh nan suci....

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Ziyaadah Al-'llm:
Inni akhafullah- takutkan Allah
Tadabbur-menghayati
mahabbah-kasih sayang
Musykilah-masalah/kekeliruan
Syifa'-penawar
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Ighfyr Zunuby Ya Allah,
Humayra'
Baity Jannaty

No comments: