
Bismillah…
Assalamu’alaykum….
Huhu.Lama betul blog ini ditinggalkan bersawang bukan?Harap2 tiada creatures yang menakutkan mendiami blog ini yang sudah lama tidak berpenghuni. Anyway, baru sahaja pulang dari berprogram di Ulu Tiram, Johor di:
Tiram Indah Village
16-18 Zulhijjah bersamaan 14-16 Disember 2008
Anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan YADIM
“WACANA REMAJA CEMERLANG”
Pernah sampai? Saya pun baru 1st time sampai ke sini. Syukur Alhamdulillah, perjalanan dari bus stand Larkin ke Ulu Tiram berjalan dengan baiknya. Hm, program ni sebenarnya dikhaskan untuk pelajar2 lepasan SPM08. Tapi saya juga lepasan SPM apa. SPM04. Dan semestinya mereka yang menyertai muda 3-4 tahun daripada saya.
Diri mengharapkan status umur 21 tahun ini tersimpan rapi. Hanya adik dan sepupu yang menyertai sama program ini sahaja yang mengetahuinya. Baru nak perasan muda sekejap. Tapi akhirnya kantoi juga setelah sesi ta’aruf berlangsung.
Tergagap juga tatkala memperkenalkan diri. Enty lepasan SPM? Saya jawab, bukan. Lepasan STPM? Saya jawab, pun bukan. Lepasan STAM? Saya jawab lagi, pun bukan, bukan. Aik abes enty lepasan apa? Darjah 2? Fasi masih tak berpuashati bertanya. Adalah, mungkin muda 2-3 tahun tak pun sebaya. Oh. Terdiam sebentar. Baru dia faham. Saya lega. Haha.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Macam biasalah, kalau program begini. Mesti ada LDK, Qiyamullayl, Ceramah, Jungle trekking and all that. Diri ini tidak berniat untuk bercerita secara detail. Tapi mungkin adalah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama.
Malam pertama sampai, kami dibahagikan mengikut kumpulan masing2. Randomly. Adik lelaki dan sepupu telah selamat “tersatu” kumpulan. Tetapi Sang Empunya jasad ini tercampak ke kumpulan yang lain. “Oyster Fillah”. Budak2 ni yang renamed, saya tak kisah pun.
Kebetulan, ditaqdirkan fasilitator saya seorang guru juga. Kira macam sefikrah lah sikit. Dia faham umur yang sepatutnya tak sesuai jadi peserta. Kenapa x jadi fasi je? Erk? Saya kata, tak pelah. Saja nak rasa. Dah lama tak rasa jadi budak2. Tapi dia takdelah treated macam budak2.
Okay, saya nak awak panggil saya “abang Long” dan kamu semua panggil Kak Aishah “Kak Ngah”. Erk? Lagi sekali saya terkejut. Kak ngah? Seumur hidup 1st time orang panggil Kak Ngah. Tapi takpelah. Bagus juga dapat nama baru. :)
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Walaupun group saya bernama “Oyster Fillah”. Tapi saya lebih berminat dengan satu kumpulan yang rename kumpulan mereka “PROTAZ”. Bukan tidak suka pada nama kumpulan sendiri. Cuma diri ini tertarik dengan gaya dan cara kumpulan PROTAZ membentangkan kenapa mereka memilih nama tersebut.
Nak tahu kenapa? Firstly, PROTAZ is stand for “professional Ustaz”. Seorang ustaz bukanlah insan2 yang hanya mengambil jurusan Agama semata2. Ustaz yang professional ialah Ustaz yang dapat mengimbangi antara Ilmu Dunaiwi dan Ukhrawi. Seorang Engineer boleh menjadi seorang Ustaz. Seorang doctor? Juga boleh menjadi seorang Ustaz. Ustaz bukanlah hanya seorang Ustaz yang mengambil Syariah atau Usuluddin sahaja.
Sungguh. Saya betul2 terkesan dengan kata2 pembentang tersebut. Secara analoginya, jika seorang pengemis(maafkan saya, tidak bermaksud menghina pengemis. Contoh sahaja) memberikan hujah2 agama dalam keadaan mereka yang kusut-masai. Adakah kita akan percaya dengan hujjah2 mereka? Berbanding dengan hujjah2 daripada golongan professional yang pasti dinyatakan sumber ketika berhujjah. Ayuh, marilah kita bersama mengangkat Islam daripada berada di takuk yang lama sahaja.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Lagu ini, daripada kumpulan Firdaus. Lagu tema program ini:
Insan dan amalan
Agung
Di dunia
Memang harta
Jadi sandaran
Keagungan
Di akhirat
Amal jua lah yang menentukan
Walau setinggi mana dudukmu
Amal jangan dilalaikan
Walau serendah mana letakmu
Amal jangan disampingkan
Tinggi atau rendah
Amalanmu tetap dihitungkan
Kehidupan yang sementara ini
Penuhilah dengan amalan murni
Semoga hidup direstu Illahi
Biarlah pulang bagaikan dinanti
Terhimpun diri di dalam pilihan
Orang soleh di sisi Tuhan
Amalan baik dan buruk
Penentu aras letakmu
Bagaikan hidup dan mati
Insan dan amalannya sebati
Itu lumrahnya
Ketentuan hidup seorang insan
Hidup di dunia sementara
Pulang nanti amalan yang dibawa
Baik buruknya
Semua dihitung Tuhan yang Esa
Saya rasa….entahlah. Speechless dengan bait2 lagu ini. fikir-fikirkanlah..
Agung
Di dunia
Memang harta
Jadi sandaran
Keagungan
Di akhirat
Amal jua lah yang menentukan
Walau setinggi mana dudukmu
Amal jangan dilalaikan
Walau serendah mana letakmu
Amal jangan disampingkan
Tinggi atau rendah
Amalanmu tetap dihitungkan
Kehidupan yang sementara ini
Penuhilah dengan amalan murni
Semoga hidup direstu Illahi
Biarlah pulang bagaikan dinanti
Terhimpun diri di dalam pilihan
Orang soleh di sisi Tuhan
Amalan baik dan buruk
Penentu aras letakmu
Bagaikan hidup dan mati
Insan dan amalannya sebati
Itu lumrahnya
Ketentuan hidup seorang insan
Hidup di dunia sementara
Pulang nanti amalan yang dibawa
Baik buruknya
Semua dihitung Tuhan yang Esa
Saya rasa….entahlah. Speechless dengan bait2 lagu ini. fikir-fikirkanlah..
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Hari terakhir, penceramah dari UTM di jemput. Antum tau siapa? Ustaz Ismail Mustari. Saya terkejut masa beliau memperkenalkan diri. Selama ini, hanya mendengar namanya sahaja sementelah masa beliau datang ke UMS pada tahun ini, diri ini telahpun selamat pulang ke Semenanjung. Tapi apapun, hati sangat gembira mendengar ceramah beliau.
Ya, dalam hidup mesti ada target. Ada perancangan. Mesti sistematik. Sebenarnya 24 jam cukupkah bagi kita? Semestinya tidak. Apatah lagi dengan umur semakin menganjak dewasa ini. Banyak urusan dan masalah yang perlu diselesaikan.
Ada satu soalan Ustaz yang saya tak terfikir pun jawapannya. Mudah benar jawapannya. Tapi tidak terfikir dek aqal ini. Mungkin aqal saya sahaja. Antum semua mesti terfikir. Apa ya? Soalannya mudah sahaja. Kami ditanya “Anda sedang buat apa sekarang?”. Semua ligat berfikir saya pasti. Mungkin ada yang bermonolog, soalan kacang pis je ni.
Seorang2 peserta mengangkat tangan cuba menjawab. Semua salah. Semua salah? Ya, salah. Pelik bukan? Soalan mudah masakan boleh jawapannya salah. Anda mahu tau jawapannya? Kita tunggu minggu hadapan! Haha.
Takdelah, jawapan yang sepatutnya ialah “sedang bersedia untuk mati”. Zuqq! Serius. Sungguh mudah jawapannya tetapi punya maksud yang sangat dalam. Insaf betul. Adakah anda sudah bersedia untuk mati? Hati anda? Diri anda? Iman anda? Amalan anda? Sudah bersediakah? Fikir2kanlah...akhirun qalam, moga hati-hati kita sentiasa terikat dengan Allah. wallahu’ al-musta’an...
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Amalan baik dan buruk, penentu aras letakmu,
Humairaa~
Baity Jannaty,
Humairaa~
Baity Jannaty,
Muar, Johor
5 comments:
cah..
sungguh aku terkesima..
terima kasih entry yang bermanfaat ini.
huhu...'afwan sepupuku. Nisah, esok ktorg nk g PD...hehe...xtaulah muat ke x kereta....sebatilion nie nak sumbat...adek2 ko da semangat kemas baju masuk luggage da nie...hihi
wah..
kemain lagi..
bestnye!!!
terima kasih ye bawak adik2 aku jalan2..(terbayang muke fatin y melompat keriangan)
xpasal2 estima yang besau itu xmuat lantaran kehadiran adik2ku yang ramai. hihihi.
jgn lupe cite kat blog ye.
jalan2 g PD.
erk?umo enty bape?haha...
cis!haha...umo ana adalah...yg penting mude sikit drp enty...hehe
Post a Comment