Bismillah.
Pagi itu, satu buku dicapai di atas meja. Bacaan bermula selepas melihat content buku tersebut. Diselak halaman seterusnya, diteruskan bacaan, diteruskan lagi dengan terjemahan ayat. Bacaan terhenti. Direnungkan kembali terjemahan tersebut - bagaimana kaitnya dengan keadaan sekarang? keadaan sekeliling yang mengejar dunia?
Allahuakbar.....
....Khas Buatmu ya ayyuhas Syabaab....
Pesan As-syahid Imam Hassan al-Banna....
Wahai pemuda,
Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Saya juga ingin mengucapkan selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad, imam orang-orang soleh, pemimpin para Mujahid dan juga buat keluarga baginda, para sahabat serta para tabi'in.
Wahai pemuda,
Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikannya.
Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha adalah sifat-sifat para pemuda. Sebabnya asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda.
Atas dasar ini, dalam mana-mana bangsa para pemuda menjadi tunggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan adalah rahsia kekuatannya yang tersendiri.
"Sesungguhnya mereka itu ialah orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan Hidayah petunjuk" (al-Kahfi:18:13)
Wahai pemuda,
Dengan ini bermakna kewajipan kamu banyak, tanggungjawab kamu berat dan terlalu banyak hak bangsa kamu yang perlu kamu tunaikan. Ini bermakna amanah yang kamu pikul adalah berat. Kamu perlu berfikir semasak-masaknya, kamu perlu berusaha lebih, kamu perlu menentukan pendirian kamu, kamu perlu mara sebagai penyelamat. Kamu perlu tunaikan segala hak Ummah dengan segala keistimewaan yang kamu miliki sebagai pemuda.
Sumber: Ustaz Salehan b. Ayub, Majmuu'ah Rasail Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (Edisi Bahasa Melayu), (2003), Pustaka Salam.
Lalu dimanakah kita sekarang ini? Adakah kita berada di atas jalan da'wah atau masih berada di tepi-tepinya atau sedang memilih jalan bermalasan-malasan dan berseronok-seronok. Hanya insan-insan pilihan Allah yang dapat memikul amanah berat di atas jalan Da'wah ini. Sesungguhnya hamba yang menyerahkan usaha dan kekuatan untuk membantu Islam sudah tentu mendapat pandangan istimewa di sisi Allah.
"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya berbondong-bondong mengikutimu, tetapi jalan da'wah itu penuh dengan kesusahan" (Suurah at-Taubah:42)
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ya Allah, Ya Rabbi,
kuatkan hati-hati kami yang masih merasai kehidupan
dan
nikmatMU di dunia ini ya Allah.
Jangan kami dilalaikan dengan dunia semata2.
Semoga hati-hati ini akan berjumpa
di akhirat kelak, di syurgaMu ya Allah.
Ameen, Ameen ya Rabbal ‘Alameen.
Sementara masih ada waktu,
Aishah Humayra'.
Bumi Allah.
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Pahang.
No comments:
Post a Comment