Bersama kita melangkah

Tuesday, February 17, 2009

Usah gusar andai belum berpunya...


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. “Orang lain semua dah berpunya, tinggal aku seorang sahaja.” Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

“aku tak cukup vouge ke?”

“aku kurang mesra?”

“ataupun pasal kerja aku tak grand?”

“aku tak pandai mengayat agaknya.”

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Apa yang penting? Kali ini jawapannya bukan kerjasama. Tetapi apa yang penting dalam konteks ini ialah, dapat memiliki.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tidak serik-serik lagi? Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batasanNYA diredah segala. Tidak mengenal dosa pahala.

Oh remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan hina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumahtangga yang dibina kurang keberkatan dariNYA. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali jika dinaik taraf dengan taubat. Rumahtangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya sudah dirasa dan terbiasa, mahu merasa nikmat apa lagi?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yaqinlah dengan Allah!

Jangan risau jika belum berpunya kerana mungkin Allah ingin memberi ketenangan dahulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first”. Utamakan mana yang lebih aula daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang sudah sampai saat hendak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu hendak berusaha itu anda memang sudah betul-betul mampu dan bersedia.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$



Memiliki isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabarannya. Jadi jangan mudah berputus asa!

Bukan mudah hendak membina sesebuah bayt al-musleem. Perlu bersedia daripada aspek Iman, taqwa, akhlaq, material, mental, fizikal dan pelbagai lagi. Jadi apabila sudah betul-betul bersedia, berusahalah dengan cara syar’ie yang diredhai Allah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Bagaimana caranya? Dengan sms siang dan malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri menjadi yang soleh atau solehah. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga waro’ dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun, apabila memilikinya, didapati insan yang dikejar itu hanya dedaunan kering cuma. Begitulah perumpaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Duhai remaja! Juga bakal dewasa!(yang nak masuk 22 tu ^__^)

Beringatlah, urusan jodoh itu tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di lauhun mahfuz sana untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tidak pasti ialah sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau sebaliknya.

Ingatlah, jodoh tidak akan datang secara lambat atau cepat sebaliknya jodoh akan datang tepat pada masanya bersama orang yang tepat. Bak kata seorang sahabat, lelaki "tunggul" dan "plastik" memang di mana-mana tetapi lelaki unggul sangat-sangat susah nak jumpa. Usah resah atau gusar, bersabarlah dan perbaiki diri serta yaqin amat dengan Allah. Teruskan berdu’a!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah,
Aishah Humayra'.
Bumi Fana'.
Daar El-Ma'mur.

11 comments:

Anonymous said...

nice posting aishah humayra..hehe
sejuk hati bace posting ni...
yakin pd Allah..
insyaAllah moge kite jadi puteri solehah yg dicintai Allah dunia akhirat...
n moge muncul putera mujahid yg unGGul wat kite..hehe..(pnjam ayat ecah =))

Humayra' said...

hehe...alhamdulillah...moga sejuk hati dan jiwa juga inshaAllah...

Tadabbur ayat ini:
"Perempuan2 yang tidak elok untuk lelaki2 yg tidak elok dan lelaki2 yg tidak elok untuk perempuan yg tidak elok pula, sedangkan perempuan2 yg baik utk lelaki2 yg baik, dan lelaki2 yg baik utk perempuan2 yg baik pula. mereka itu bersih darpd apa yg dituduhkan org. mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)"(an-Nur:26)

mahu lelaki yg jiwanya sentiasa inginkan solat jama'ah?
kita diri sendiri perlu 'amalkan solat jama'ah....

mahu lelaki yg malamnya sentiasa disinari solat tahajjud?
kita diri sendiri perlu istiqamah bangun waktu dinihari...

mahu lelaki yg dirinya sentiasa mujahadatun nafs?
kita diri sendiri perlu bijak dan istiqamah mengawal nafsu dengan berpuasa sunat...

"moga akan muncul putera mujahid yg unggul itu"

InshaAllah!^___^

Anonymous said...

long!
cam perli je bunyik nye nih..
ckp ngn babah!
hahahah..

Humayra' said...

erk? mana ada perli sesiapa...takde niat pun...itu bukan perli, itu teguran halus...
"because i care 4 u"
mintak maaf salah silap...
btw, artikel ni utk 21thn dan ke atas lah...hohoho
gtaula babah, xkesah pun...weks!^__^

Mashizaki Keikan said...

Jodoh telah ditentukan?

"...dan ia (qalam) diperintah untuk menulis empat perkara; (1)rezekinya, (2)ajalnya, (3)amalnya, dan (4)kesengsaraan (syaqiyun) dan kebahagiaannya (sa'id)..."

Hadith ke-4 dalam hadith 40 Imam an-Nawawi.

Humayra' said...

erm, mksud enta jodoh blm ditentukanla lah ye sbb berdasarkan hadith Imam Nawawi tu tidak disebutkan perkataan "jodoh"..begitu ye?(betulkan jika pemahaman ana salah)

"sesungguhnya Allah telah menentukan SEGALA TAQDIR untuk semua makhluk 50 ribu tahun sebelum Dia mencipta langit dan bumi" Hadith Riwayat Muslim(2653), Ahmad (2/169)dan at-Tirmidzi(2156)

Berdasarkan Hadith di atas, tidak "dispesifikkan" pn SEGALA TAQDIR itu tapi kita tahu taqdir itu ialah antaranya ajal, rezeki, kebahagiaan,pandai,kaya,berjaya atau gagal dsb.

btw, pekerjaan,kekayaan,kejayaan, Islam atau kufur semuanya telah ditentukan oleh Allah bukan? cuma tidak dinyatakan di dalam hadith tetapi boleh dimasukkan dalam bahagian; contohnya kekayaan boleh di masukkan di dalam bhg rezeki.

begitu juga jodoh, tiada dinyatakan dalam hadith Imam Nawawi ini, tapi jodoh juga boleh jadi sebahagian daripada rezeki/kebhagiaan/kesengsaraan yg telah ditentukan Allah...


"Dan di antara tanda2 kebesaranNYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agr kamu berasa cenderung dan tenteram kpdnya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 kebesaran Allah bg kaum yg berfikir" (ar-Rum:21)

Sebagai seorang mu'min,kta wajib beriman kpd Qada' dan Qadar Allah krn ia sbghn drp aqidah. Sementelah "jodoh" adalah perkara di luar pgtahuan kita ttp di dalam lingkungan pengetahuan Allah, wajiblah kita percaya segalanya telah ditentukan Allah...

Ana insan dhoif, apatah lg tidak layak menta'wil ayat2 Allah ini. Kalau enta ada pendapat silakan...tafadhol2 ^__^

tegur ana kalau salah...T__T

Humayra' said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

aku dah ckp ngan ibu psl posting blog ko kali nih..
hahahahah..
ko gi tepon ibu utk tau maklumat lanjut..
matilaaa koo..hahahah..
ok..
zasss~

Humayra' said...

hoho...knp anda begitu alert dgn entry saya kali ni...
bgtaula...ibu mesti back-up nnt...wek!
ngah, xd kuliah kan rini?
kte ym je lps kakakmu ini abes kuliah tgh hr...siapla kamu ye!(*_*)

Mashizaki Keikan said...

Hal qadha' dan qadar adalah suatu wajib dipercayai, diimani dan diyakini. Membincangkan secara mendalam tentangnya adalah suatu bid'ah yang harus dijauhi.

Rujuk buku al-Iman Dr Muhammad Naim Yassin.

Humayra' said...

ya betul...
"barangsiapa yg mengadakan sesuatu yg baru (bid'ah) dalam urusan kami ini yang mana ia bukannya drp urusan kami, maka ia adalah tertolak"
(Hadith muttafaqun 'alaih, Riwayat Bukhari wa Muslim)