
Bismillah.
Pada hari Jumaat bersamaan 2 Rabi'ul Awwal telah diadakan "Seminar Nuqaba' Cemerlang" di kampus ini.
Merasa akan peri pentingnya usrah remaja, kami membincangkan bagaimana cara untuk menghidupkan kembali aktiviti tarbiyyah generasi muda ini kerana terkilan usrah semakin terhakis dalam pembentukan amilin Islam.
Seminar tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Saudara Muhamad Syaari Ab. Rahman.
Saya tidak menyalahkan tradisi zaman berzaman itu, tetapi kita perlu fikir, mad'u kini tidak sama dengan mad'u zaman sebelum ini. Pendekatan yang digunakan di dalam usrah perlu selari dengan zaman yang mereka tempuhi asalkan manhaj yang digunakan masih lagi berlandaskan Al-Qur'an dan as-sunnah.
Memang tidak dinafikan kitab-kitab haraki ini sangat penting dalam pembentukan fikrah. Cuma, sebagai da’ie abad-21, kita perlukan keterbukaan kepada kepelbagaian tradisi intelektualisme yang membina.
Barangkali suatu hari nanti, kita mampu membincangkan dari hal sistem politik dan perundangan Islam, cabaran ekonomi global, karyawan filem Islami, sains dan teknologi masa kini, psikologi dan kaunseling remaja, konflik kekeluargaan, keusahawanan ke arah pemantapan ekonomi jama'ah, pemikiran pemikir Islam dan pelbagai disiplin ilmu yang lain. Di samping itu, kita selang-selikan dengan kefahaman ilmu agama secukupnya.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Sebenarnya kita boleh, cuma kita malas. Kita masih kurang berfikir, malas membaca, tidak menguasai isu masyarakat dan kurang kemahiran. Masing-masing menyedari hakikat itu, tetapi tidak berusaha berubah.
Paling penting untuk ditegaskan di sini, pendakwah malas membaca. Jika membaca sekalipun, suka membaca bacaan-bacaan ringan. Ada juga pendakwah yang lebih suka membaca novel. Senang cerita, malas membaca!.
Saya tidak mahu cakap orang lain. Saya pun sama juga. Alangkah indahnya sebuah jama'ah bila usrahnya mampu melahirkan pakar. Maka, berbaloi juga slogan yang acapkali dilaungkan: ‘Gerakkan usrah, usrah tunjang jemaah’
Masalahnya, bagaimana usrah itu dilabel ‘tunjang jemaah’ kalau usrahnya masih usrah ‘comfort zone’. Usrah menjadikan ahli mandom, berasa selesa, membaca kitab semata dan naqib seperti memberi kuliah biasa. Ilmu yang diperolehi dalam usrah adalah ilmu ulangan. Tiada yang membangun dan mencabar minda.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Mentaliti kita masih kaku dan tidak ditekan dengan wacana ilmu tinggi. Wacana kita masih diruang politik sempit. Sarat dengan kritik dan protes tetapi kurang dijelmakan dengan tindakan. Sebabnya? Kita ketinggalan dalam dunia keilmuan dan keintelektualan. Usah sekali berbicara aspek ketemadunan.
Al-Attas berpendapat, kekeliruan umat Islam sekarang menyebabkan mereka tertumpu kepada gerak kerja politik, jhad, ekonomi, sedangkan kekurangan ilmu adalah faktor asas.
Sekadar pandangan, fikir-fikirkanlah.
Jawabnya:
"Tugas saya bukanlah menyusun buku, kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali yang mahu membacanya. Lain halnya dengan peribadi Muslim, dia adalah "buku yang sentiasa terbuka" kemana pun dia berjalan, itu adalah Da'wah".

Saya akan ke kem Mambang Pekan mulai hari ini (Selasa) hingga (Jumaat) bagi satu program "Bina Insan Guru". Perasaan teruja dan berdebar-debar menyelubungi diri kerana sudah lama tidak ber"camping" atau lebih tepat lagi tidur dalam khemah. Hoho. Mungkin ada pengalaman baru? InshaAllah. Du'akan kami!
p/s-Tarikh dekat atas tu hari Ahad sebab post ini sudah bebarapa hari "berkampung" di dalam draft. The real tarikh is today; 6 Rabi'ul Awwal bersamaan 3 March 2009. Jazakallahu khayran katheeran. Assalamu'alaykum!
Aishah Humayra'.
Bumi Fana'.
Daar El-Ma'mur.
2 comments:
kak, camne dengan pendekatan usrah terbaru kat maktab ni? any comment?
akk rasa alhamdulillah okay...
cuma waqi' kita xberapa sesuai untuk terus masuk bab2 yang terlampau "berat" sebab mereka perlu ditekankan dgn asas2 tarbiyyah dahulu...
contohnya menekankan pentingnya ukhuwwah...
sebab tu kita pelbagaikan tempat liqa' bagi halaqoh...tidak hanya di surau, ttp di padang,gym,kafe dan sbg ttp masih membincangkan hal-hal agama yg berkaitan...
tp kte kna igt, there's no "accident" ttg mad'u yg terdapat dalam usrah kita...semuanya dah ditentukan Allah dan setiap mad'u ada potensi yang baik dalam sesuatu hal kelak..inshaAllah...
apapun,sentiasa istiqomah dan sentiasa jadikan diri "uswah wa qudwatul hasanah" buat semua manusia di kampus ini...inshaAllah!(^_^)
Post a Comment