Bersama kita melangkah

Monday, July 13, 2009

Allah yusahhil lana

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Saat sedang mengira-ngira betapa banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan saat diri "dicutikan" minggu ini, Allah taqdirkan terjumpa satu gambar yang memberikan sejuta makna buat diri ini ketika sedang membelek-belek gambar lama di laptop.

Terkesima dengan susunan gambar yang cukup molek untuk mentafsirkan pelbagai tafsiran tentang dunya pentarbiyahan. Susunan gambar yang cukup indah untuk dijadikan contoh supaya tanggungjawab yang tergalas tadi bisa dilaksanakan dengan baik di bawah keizinan Allah.


Secara jujurnya, saya percaya ramai yang sudah pun mengetahui tentang apa dia 10 muwasafat tarbiyah yang acap kali dibincangkan semasa usrah, melalui pembacaan, munaqashah dan sebagainya.

Namun cukupkah dengan hanya sekadar "tahu"? . Semestinya ia tidak cukup untuk membawa diri demi mendalami peri pentingnya 10 muwasafat ini terhadap perkasaan dan pemantapan tarbiyyah.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Makanya, proses pemahaman merupakan aspek yang sangat muhimmah (penting). Namun, pemahaman ilmu, jika tidak disertakan dengan amalan hanyalah sesuatu yang sia-sia. Lebih ditakuti jika sia-sia itu membawa ke arah celaka. Nauzubillah.

Atas dasar itulah, setiap ilmu yang ditimba perlu diamalkan kemudian diajarkan kepada orang lain.

Berpaksikan kepada 10 muwasafat tarbiyyah, fokus penulisan saya kal
i ini menyorot kepada kepada kepentingan menjaga tubuh badan.

"What? Jaga kesihatan? Come on lah...Benda basic je pun tak boleh buat ke?"

Nampak macam remeh bukan? Enteng bak kata seorang sahabat saya. Tetapi percayalah ia bukan sekadar untuk memastikan aktiviti seharian berjalan lancar apabila kesihatan fizikal terjaga, tetapi ia penting untuk memastikan tanggungjawab da'wah dapat berlangsung dengan baik.

Tetapi mengapa saya memilih point "Qawaiyyul Jism/ sihat tubuh badan". Kenapa tak ambil part menjaga masa ke, aqidah yang sejahtera ke. Kerana saya diserang sakit mata kah?

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Oh, saya tidak bermaksudkan sedemikian. Sebenarnya semua muwasafat tarbiyyah itu penting. Cumanya tumpuan pemikiran saya kepada Qawaiyyul jism adalah un
tuk memuhasabah diri.

Sepanjang empat semester menyertai GERKO di kampus, apakah yang t
elah diperolehi semasa bersukan di padang? Adakah cukup sekadar berseronok-seronok atau sekadar ingin merembeskan peluh supaya nampak anda seorang yang aktif?

Apa yang boleh dikaitkan tentang aktiviti qawaiyyul jism ini dengan proses tarbiyyah dan da'wah?



Sekadar memetik kata-kata as-syahid Imam Hassan al-Banna:

"Wajib ke atas setiap musleem memulakan dengan memperbaiki dirinya
, kesempurnaa itu dapat dilihat apabila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami"

Kata-kata mutiara pejuang ad-deen itu sudah cukup mengilustrasikan betapa pentingnya pembinaan karakter individu musleem yang cemerlang sebagai batu asas ke arah pertanggungjawaban Islami yang lebih menyeluruh.

Dalam konteks penjagaan tubuh badan dan minda, penting atas setiap individu musleem itu memelihara kesejahteraan kesihatannya.

Apatah lagi terhadap da'ie, tentu sahaja kesihatan menjadi pra-syarat kepada perlaksanaan da'wahnya kepada masyarakat.

Jika badan sakit-sakit, fikiran bercelaru, otak berserabut, macam mana pula mahu keluar berda'wah?

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Jadi macam mana mahu jadi sihat?

Sebagai pelajar tentu sekali rutin seharian kita padat dengan pelbagai aktiviti. Bermula dengan bangun sebelum fajar, qiyamullayl, solat subuh, menghadiri lectures.

Kita juga perlu menghadiri liqa' persatuan, menghadiri usrah sebagai ma
d'u, menghadiri usrah sebagai naqib atau naqibah, mengulangkaji pelajaran, menghadiri progran tarbiyyah dan sebagainya.

Jika tidak dimantapkan dengan stamina yang kuat dan ketahanan mental yang utuh, mana mungkin semua ini dapat dilakukan dengan baik? Maka bersyukurlah dengan kesihatan yang sentiasa Allah limpahkan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Jadi di sini mungkin ada beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama
hasil pembacaan dan perbincangan dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang pemakanan ini:

Tabiat makan

Ramai orang seringkali lupa untuk menjadikan sarapan sebagai rutin hari
an mereka sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Saya pernah terbaca tentang artikel mengenai pengambilan sarapan pagi ini:

"Segera makan sejurus bangun tidur malam (dalam 30 minit yang pertama). Ini kerana badan menyerap nutrisi semasa tidur. Oleh itu, ia memerlukan lebih nutrisi sebai
k sahaja dia bangun daripada tidur."

"Jika proses ini tidak dipenuhi, proses katabolik akan berlaku di man
a otot akan dipecahkan untuk mendapatkan tenaga. Ini tidak baik untuk badan."

"Bagi orang yang gemuk, ia akan menambahkan komposisi lemak tubuh dan
bagi yang kurus, ia akan mengurangkan lagi otot badan dan akan mengurangkan lagi stamina."

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, jangan sesekali meninggalkan sarapan kerana sarapan penting dalam menjana tenaga seharian!



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Senaman fizikal

Saya sebenarnya bukanlah seorang yang aktif bersukan. Sejak sekolah, aktiviti riadhah di waktu petang itulah seringkali saya "skip". Jenuh wisel kuning sahabat baik saya "berkumandang" setiap petang selepas Asar.

Berbuih mulut sahabat saya yang seorang itu menyeru untuk kami turun beriadhah. Tetapi mungkin pada masa itu semangat kesenioran menjalar di dalam diri, maka "seruan" biro sukan asrama ketika itu diabaikan.

Kredit to Nor Nadia Mahbob, ampun kan kami ye. Lucu mengenangkan saat itu. Mujurlah aktiviti riadhah setiap petang itu di "cover" oleh kanak-kanak riang yang skema seperti Sap. Kan?

Tapi itu cerita dulu. Cerita zaman muda remaja yang mengikut perasaan. Alhamdulillah sebaik menjejaki Kampus ini, saya telah mula berjinak-jinak dengan aktiviti sukan seperti bola baling, bola tampar dan bola jaring.


Er, diharapkan sahabat-sahabat di sekolah lama tidak terkejut dengan perubahan saya yang agak drastik dalam bidang sukan ini. Tetapi saya bukanlah aktif sehingga tahap atlit, sekadar menebus kembali aktiviti riadhah di sekolah dahulu.

Namun apabila menginjak dewasa kini, saya dapati minat sukan saya berubah. Dalam diam, saya ingin sekali belajar berenang!

Mempelajari swimming skills seperti
free style, back stroke dan breast stroke. Mungkin jika diizinkan Allah, ingin sekali belajar berenang di kawasan private. Mesti best kan?

Namun apapun, dalam beriadah, apa yang penting ialah untuk cuba istiqamah. Tidak mengapa jika dilakukan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi berterusan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Rehat yang mencukupi

Waktu rehat yang paling ideal ialah ketika waktu tidur kerana sesungguhnya Allah telah berfirman:

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang supaya kamu mencari kurnia Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi orang2 yang mendengar.(Surah Yunus: 67)

Tidur 4-6 jam sehari merupakan saranan yang baik untuk merancang tempoh tidur. Tidur yang terlalu lama pula mempunyai kecenderungan untuk menjejaskan kesihatan, malah diri lebih cenderung untuk berasa lesu dan mudah fatigue jika terlebih tidur.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

"Mukmin yang kuat itu lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan "

Namun tidaklah bermakna kasih sayang Allah itu terhad kepada mukmin yang sihat-sihat sahaja, dan bukanlah Allah tidak memandang langsung kepada mukmin yang sakit. Tidak! Mustahil bagi Allah untuk bersifat zalim.

Cuma bagi kita yang masih mempunyai kesihatan yang mengizinkan, tiada ruginya jika kita memelihara nikmat kesihatan yang kita ada untuk dimanfaatkan untuk kebaikan diri, keluarga dan ummah!

Apapun, jika sihat, bersyukurlah, dan jika sakit pun, bersyukurlah, kerana Allah itu Maha Pengasih. Wallahua'lam.

Bagaimana ingin memperkasa da'wah jika diri tidak sihat?

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Saya ingin cepat sembuh,
Aishah Humayra',
Baity Jannaty,
Daar et-ta'zeem
Du'akan saya!

9 comments:

comel lote said...

kak,
semoga cepat sembuh.
cepatla balik sini, biar semua berjangkit, semua pon boleh cuti.....hoho

ataalmlaj said...

Setiap muwasofat pada setiap mustawa ada point2nya.

Humayra' said...

to comel lote:
Thanx...anyway, akak dapat MC sampai jumaat...jgn jeles ye...! Allah yubarik fiki..

to ataalmaj?
yes, u're right...setiap mustawa ada point2nya, ada penerangan2nya...

ttp apa yg lebih baik adalah jika berbincang dengan yg lebih arif atau yg lebih senior supaya pemahaman yg diperoleh akan lbh jelas...

-yg saya coretkan itu hanya pendapat seposen dua shj-

hsdgeytjsdjxx said...

lama tak nmpak on9? tp blog hapdate...invi ka???

Humayra' said...

er? ha~ bolehla...invi tak invi sgtla...hehu

saja...suka tgk org available

Anonymous said...

wah! ecah dah menceburi bidang sukan??!

teringat ustazah hasiah terjerit2 panggil dr bawah, haha

Humayra' said...

erk? takdak la sampai menceburi...mcm berghiyo jer bunyinya...

cuma berjinak2 jer...jinak2 merpati gtu...bukanlah main sampai tahap serius...haha

-al-'aqlu saliim fi aj-jismi saliim-

betul ke? mcm terbalik...lupa daa

Nurnadiah Hani bt Ngah said...

kak ecah ponteng kelas....
kat rumah duk berdiet la tu...
sukan berenang renang di dapur...
huhu...
sakit mata akk da ok?

Humayra' said...

diet??? apakah?? haha
nad, mata akak masih merah lg...camne eh...

plan A: InshaAllah kalau sembuh akk g umah nad

plan B: Balik kampus ahad..erk2

waaaaaaaa...nk pergi umah nad!!! du'akan2

- sukan berenang kat dapur?cehss -