Bersama kita melangkah

Sunday, July 12, 2009

Jangan pernah berhenti


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Kayfa haalukum people out there? InshaAllah entum/ entunna bil kheyr sentiasa hendaknya. AlhamduliLlah 'ala kully haal wa ni'mah. Syukur di rafa'kan di atas limpahan ni'mah yang tidak pernah putus daripada Allah walau kadang-kadang ada juga ujian singgah menguji diri.

Agak lama rasanya tidak menulis sesuatu di sini. Kadangkala idea
datang mencurah-curah untuk menukilkan sesuatu, terasa begitu banyak benda yang ingin ditulis, tetapi kadangkala rasa itu hilang dek kerana kebuntuan yang melanda.

Hampir tiga minggu saya membiarkan laman sesawang ini sepi tanpa sebarang entry. Mencari-cari dari sudut mana penulisan harus dimulakan kembali.
Topik apa, isu apa, situasi apa. Semuanya berlegar-legar di minda. Namun saban hari, masih kekal tidak terisi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mungkin 2-3 minggu ini saya lebih selesa dan seronok melihat sahabat-sahabat lain meng"update" blog masing-masing. Biarlah saya menjadi 'silent reader' blog mereka untuk beberapa saat waktu dan ketika walaupun jauh di lubuk hati, ingin sekali mencoret sesuatu, tapi masih belum diizinkan Allah.

Tetapi hari ini, saya masih lagi tiada idea yang bombastik untuk dikongsikan bersama. Hanya tulisan santai yang mungkin masih tunggang terbalik ayatnya.


Entah kenapa pagi tadi saya "membongkar" kembali archieve blog kesayangan saya ini. Sedar tidak sedar, rupa-rupanya hampir setahun Allah izinkan saya
menulis di sini.

Thank you to some people who kept insisting me to write blog. They convinced me that writing blog can be a means of da'wah if your intention to writ
e is because of Allah and you wish that people can gain something in their life from their reading.

And InshaAllah someday it may touch and reach other people's hea
rt, open their heart to gain the ultimate aim which is jannah. Who knows right? Only Allah knows.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Rasa macam kelakar sahaja bila baca balik post-post yang lepas. Seusai membaca satu-persatu, diri tergelak sendiri. Oh ini ke rupanya rupa post saya dulu-dulu?

Macam ayat kanak-kanak tadika pun ada. Narrative and monotonous. Panjang pulak tu. Memang membosankan. Hehu. Jadi saya mencadangkan sesiapa yang insomnia tu, bolehlah baca posts saya, InshaAllah akan tertidur.

Itu kenangan satu tahun lepas. Terasa macam baru semalam saya bertatih-tatih menulis.


Saya teringat semasa berbual-bual dengan sahabat di KMJ dahulu.

"Budak hayat kalau menaip message atau apa-apa yang berbentuk tulisan, mesti panjang berjela-jela ek?"


"Tapi budak fizik mesti ayat dia simple. straight to the point"

Saya terdiam. Mengiyakan tidak, menidakkan juga tidak. Tetapi akhirnya saya memberi pendapat seposen dua. Pendapat hati ke hati sebagai ex-budak hayat.

"Mungkin budak hayat banyak kena tulis essay subjek biology, b
udak fizik banyak derive formula. Sebab itu ringkas dan padat."

Tapi tak semestinya tulisan panjang berjela penuh dengan isi dan tulisan ringkas dan padat tak punya isi langsung. Itu bergantung. Allah cipta cantik dah, betul tak?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tapi apapun yang penting dalam menulis, panjang atau pendek bukanlah ukuran, yang penting message yang ingin disampaikan terkesan di hati pembaca.

Agar apa yang ditulis menjadi satu "produk bermanfaat" hasil daripada proses penelitian, penafsiran dan pemikiran sang penulis terhadap lautan pengalaman hidup yang pernah direntasi. InshaAllah!

Mana mungkin kita akan mereguk hikmah yang tersembunyi jika apa yang dibaca adalah sia-sia atau lebih mudahnya tidak berinput atau berinfo. Menulis sesuatu
yang memberi 'ibrah atau topik-topik yang berat memang agak sukar dilaksanakan.


Masakan tidak sukar, kita perlu teliti dalam mengeluarkan hukum, perlu waspada dengan hujjah yang bakal dikeluarkan, perlu peka dengan selera pembaca, perlu banyak bertanya dengan orang yang lebih banyak ilmu, perlu memperluas bacaan.

Bukan menulis dengan carca merba sahaja atau bahasa mudahnya cincai. Dalam Islam tiada yang dilakukan dengan cincai, acuh tak acuh, kerana apabila dilakukan sedemikian, hasil dan natijahnya nanti juga akan cincai, hancur bersepai. "What u give, u get back."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Namun ingatlah, sebanyak mana pun kita menulis, sekerap mana pun kita bertinta, selaju mana pun kita berkarya, hasil tulisan kita masih tidak mampu untuk menandingi ilmu Allah.

Lautan yang luas sekalipun, jika airnya bisa dijadikan tinta, masih belum belum cukup untuk menterjemah, mentafsir dan menta'wil ilmu-ilmu Allah. Allahu'akbar...

Tapi apapun, menulislah dengan hati, bukan dengan nafsu. Menulislah selagi masih berpegang kepada Al-qur'an wa assunnah. Kerana menulis juga merupakan fitrah semulajadi manusia.

Jangan pernah berhenti menulis jika tulisan entum, entunna, anda, kamu bisa menggerakkan hati pembaca untuk terus mengingati Allah!

Er, saya kira saya perlu berhenti di sini dahulu untuk mengelakkan "accident" dari menulis dengan lebih panjang lagi sebelum sesiapa yang membaca entry akan berasa mengantuk ataupun keep on yawning continously. Hehu.

Sorry for that. Till we'll meet again, Assalamu'alaykum! (^_^)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jangan pernah berhenti,
Aishah Humayra',

19 Rejab 1430 Hijriyyah.
Baity jannaty?

No comments: