Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Manusia ini special kan? Allah ciptakan hatinya mudah berbolak-balik. Kalau tak muntij dalam 'amalan, pasti hati rasa tidak keruan. Hence, medan bercakap itu tidak sama dengan medan beramal.
Susah kan nak muntij? Juga sukar untuk thabat.
Kadangkala tergesa-gesa juga dalam ber'amal. Itukah sifat manusia sebenar? Teringat surah al-isra' ayat 11. (17:11). Maka jangan jadi sedemikian. Perlu tenang, jangan gopoh. Tergopoh-gapah itu sifat syaitan. Kan?
Biasalah, kami kan generasi Y, generasi muda. Darah panas, semangat berkobar-kobar. Semuanya nak cepat. Ye ke? Memang, himmah memang kena tinggi, tapi sabar itu kena ada juga. Kan?
@@@@@@@@@@@@@@@@@
Menjadi seorang dai'e, kita perlu mempersiapkan diri setiap masa. Setiap detik, setiap ketika. Apabila memakai gelaran dai'e ini, tiada lagi alasan atau berdolak-dalih untuk lari daripada memikirkan masalah ummah.
Masalah ummah itu masalahnya, dan masalahnya adalah masalah ummah. Masa depannya adalah masa depan ummah dan masa depan ummah adalah masa depannya. Juga tertakluk kepada hartanya, tenaganya, jiwa dan raganya dan segala miliknya adalah milik ummah. Milik Allah, milik islam.
Secara pukalnya, ia bermaksud, hidup seorang dai'e ini walau dilihat dari sudut mana sekalipun akan memberi impak yang besar kepada ummah. Jika tidak sekarang, mungkin esok atau lusa, dan begitulah seterusnya.
Maka, menjadi seorang dai'e itu mestilah mempunyai jiwa yang besar tidak boleh sejemput. Begitu juga dalam beramal, perlu berjiwa besar dan bersungguh-sungguh. Bagaimana mahu mengislah ummah kalau hati kita masih lagi sejemput?
I miss having akhawat around.
But alhamdulillah esok dapat jumpa makcik-makcik. Moga dapat meniup kembali abu-abu semangat yang kian meluntur ini. Baru jumpa lima kali dah jadi macam anak sendiri eh? =)
p/s- Esok kena nekad isi borang itu. Supaya dapat beramal jami'e bersama. Biar benar-benar berada di atas trek yang sama. Biar mudah untuk ke step seterusnya. Allah permudahkan ya?
1 comment:
orang muda ramai yang tergesa-gesa...
dan orang muda jugak lambat laun bakal jadi tua...
kalau tak diubah sikap gopohnya sampai ke tua pon gopoh juga...
bila doprovok mudah melatah...
orang muda ramai gopoh kerana mereka tidak mahu sabar...
tidak mahu sabar kerana salah faham erti sabar...
pada mereka sabar itu pasrah dan mengalah...
sedangkan maksud sebenar bukan begitu...
sabar sebenarnya merujuk kepada sikap taat dalam menjalankan perintah allah, menjauhi perkara yang dilarang allah dan tabah ketika menghadapi dugaan...
sabar juga sangat rapat dengan sikap baik sangka dan berfikiran positif...
sekadar berkongsi maklumat untuk renungan bersama :D
Post a Comment