Bismillah,
Assalamu'alaykum.
AlhamduliLlah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang melontar lempar sejuta keampunan dan peluang kepada hamba-hambaNya untuk memperbaiki dan mengislah diri dari sehari ke sehari, sedikit demi sedikit.
Segala puji bagi Allah juga, Tuhan yang Maha Lembut dan Maha Memujuk hamba-hambaNya dengan sifat pengasihnya memberi pengampunan kepada manusia yang bertaubat memohon ihsan agar diampunkan dosa lampau yang sudah layu dan dosa kini yang masih membugar segar.
"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung."
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji Allah, mengembar (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud dan menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. [9: 111-112]
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Kita ini sebenarnya manusia biasa yang melakukan sebuah jualan. Perasan tak? Jika sedar bahawa kita sebenarnya penjual dan Allah itu pembelinya. Dan jualan ini merupakan jualan yang panjang dan bukannya jualan bermusim yang datang masa sale sahaja.
Jualan ini panjang dan berbeza dari sehari ke sehari. Kalau usaha lebih sikit hari ini, inshaAllah laba daripada hasil jualan juga meningkat. Hanya yang membeli iaitu Allah yang lebih mengetahui tentang keuntungan jualan ini.
Jadi bagi seorang dai'e, apakah dia jualan itu?
Jual beli dai'e dengan Allah ialah kerja da'wah. Kerana apa?
Kerana memang kita dilahirkan sebagai seorang khalifah. Title khalifah yang telah digalas di atas bahu kita. [2:30]. Iaitu sebagai seorang pemimpin yang menjadi qudwah hasanah, yang dilihat, dihidu dan diperhati tingkah lakunya.
SunnatuLlah seorang pemimpin apabila dia akan memimpin orang-orang yang bersamanya, di sekelilingnya sama ada dia sedar atau tidak dan sama ada orang yang dipimpin itu sedar atau tidak bahawa dia sedang dipimpin.
Dan apa yang diikuti itu, yang baik itu sebenarnya hasil da'wah.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Jadi wahai dai'e sekalian, jualan kita ini, sekiranya ia molek dan disukai Allah, sudah tentu Allah akan membayarnya dengan apa yang kita suka iaitu syurga yang AMAT mahal harganya. Oleh itu, sudah tentu jualan kita itu memerlukan usaha yang keras lagi payah untuk menghasilkannya.
Namun, jualan itu, jika ia buruk di mata Allah dan hanya sambil lewa sahaja kita menjualnya dan tidak seperti apa yang Allah harapkan, maka fikirlah bayaran apakah yang Allah akan bayar kepada kita.
Perlu diingat bahawa jualan ini sebenarnya telah lama dilakukan. Bukannya baru bermula pada zaman kita ini. Zaman yang kononnya globalisasi ini, semuanya tanpa sempadan. Zaman liberalisme, sekularisme, pluralisme dan isme-isme yang lain.
Bahkan jualan ini sebenarnya telah berlaku sejak zaman ar-rasul lagi dan bersambung ke zaman sahabat, tabi'ien, dan juga tabi' tabi'ien yang telah dahulu melakukan jualan jenis ini. Sama ada kita mahu menyambung jualan mereka atau keluar dari jalan yang menjual jualan ini, terpulang.
Yang pasti, jualan ini akan terus-terusan bersambung dan tidak akan putus. Pasti akan bersambung dan terus bersambung sehinggalah sampai satu tahap Allah akan kata ia akan berhenti di mana pada waktu itu Allah akan membayarnya.
Jadi kita mahu menyertai atau tidak jualan ini?
Mahu jadi penjual ashabul yameen atau ashabul shimaal?
p/s-Gelombang nasheed Maher Zain sedang melanda. Tapi al-Qur'an jaga lupa baca! =) -
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
InshaAllah we'll find the way,
Aishah Humayra',
13 dzul hijjah 1430 Hijjriyyah,
Baity Jannaty.
1 comment:
kak, syukran tmankan fzan hr tuh..hehe..
tak kan ku lupkan..kali fzan lpe mknanya dh mkn byk smut gergasi :p
erm..jual2..tp byknyer kiter x sdar ngan smue tu..
jual dunia..
jual maruah
jual pribadi
jual agama
tp bape byk yg jual dri kpd Allah
dah la Allah ciptakan kita
tp Allah juga bli kita
n bg ganjaran plak tu.
haihh..manusia2
Post a Comment