Bersama kita melangkah

Thursday, January 28, 2010

Basirah




Bismillah.
Assalamu'alaykum.
In the name of Allah, the most Gracious and the most Merciful. Tuhan yang mengatur tiap-tiap apa yang diciptakannya. Kadang-kadang "tersibuk" dengan urusan lain, terlupa untuk berkongsi cerita di sini.

Tak tahulah mengapa suka sangat dengan nama BASIRAH. Pernah ada seorang ukhti memperkenalkan dirinya dengan nama Basirah. Terus jatuh hati lalu dinamakan blog ini juga dengan nama basirah.

Tahukah Allah itu Maha Adil? Diberikan kita enam deria untuk kita menempuhi kehidupan sementara di alam ini.

Tetapi betulkah ada enam deria? Semasa belajar sains dahulu, hanya tahu ada lima deria sahaja. Begitu juga subjek biologi, hanya lima deria sahaja diketahui. Deria rasa, sentuh, lihat, bau dan dengar.

Itulah kelima-lima deria yang zahir dan memerlukan jawarih (anggota badan) untuk berfungsi. Yang keenam ini istimewa. Tanpa jawarih ia boleh berfungsi. Tidak diberikan, tetapi harus dicari dan diusahakan.

Apakah dia?

Basirah... Ketajaman hati. Jika mata kita melihat melalui basar (baca: basor) yakni penglihatan, maka hati kita melihat melalui basirah. Penglihatan mata terhad dan sering menipu, tetapi penglihatan basirah tepat dan tidak bertepi, kerana ia dipandu dan dipimpin oleh Allah.

Untuk jiwa-jiwa yang kering, yang perlu simbahan api tarbiyyah. Ingatlah,

"Basar sering menipu, manakala basirah sentiasa tepat kerana ia dipandu oleh Allah. Maka tanyalah pada basirah dan jauhi tipu daya sang basar."

Jom? Pupuk hati untuk melihat dengan basirah.

Aw kama qaal.

- Tarbiyyah itu pasti akan membina dan merubah, dengan izin Allah -

No comments: