Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Pernah suatu ketika saat mendengar khabaran itu, rasa seperti terjelepuk jatuh. Rasa bagai hendak gugur jantung dan terasa bumi ini seakan berpinar-pinar. Berdoa agar khabaran itu hanya mimpi semata.
Hati benar-benar rasa digoncang kuat kali ini. Beselang-seli dengan seribu pertanyaan. Namun sangat-sangat bermohon agar 'aqal masih dapat berfungsi dengan baik. Berbekalkan iman yang tidak seberapa. Baru diuji sedikit sudah goyahkah?
Teringat kata-kata seorang ukhti;
"Jiwa yang lemah bukankah untuk dikuatkan?"
Terduduk. Terdiam. Merenung kembali apa yang telah terjadi.
"Di sanalah orang-orang mu'min diuji dan digoncangkan hati mereka dengan goncangan yang amat kuat." [33:11]
Teringat kisah Habbaq, seorang hamba di zaman awal kemunculan islam. Diseksa pelbagai cara. Salah satunya diletakkan besi panas di atas kepala hingga sejuk, kemudian dipanaskan semula dan diletakkan kembali.
@@@@@@@@@@@@@@@@
See? Betapa Allah menguji para sahabat dengan dugaan dan ujian yang lebih teruk. Sahabat-sahabat terdahulu bukan malaikat.
Mereka juga punya perasaan sedih, marah, takut, risau dan mereka bukan hanya diuji sikit-sikit, tetapi kebanyakkannya menggerunkan jiwa!
Walaupun mereka berada di dalam ketakutan, di mana mata mereka meliar dan nanar, pernafasan mereka sebak, namun hubungan mereka dengan Allah tidak pernah putus.
Kefahaman mereka tidak menyimpang dari Sunnatullah dan mereka yakin kepada keteguhan Sunnatullah yang tidak pernah bergoyang.
Mereka yakin bahawa titik akhir Sunnatullah itu akan terlaksana apabila titik awalnya telah terlaksana. Oleh kerana itulah mereka jadikan kecemasan yang dialami mereka itu sebagai landasan untuk menunggu pertolongan dari Allah.
@@@@@@@@@@@@@@@@
Maka bersabarlah,
Was ta'inu bis sobri wassolah (2:153)
bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran, dan sentiasa bersiap siaga (3:200) untuk sebarang kemungkinan.
bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran, dan sentiasa bersiap siaga (3:200) untuk sebarang kemungkinan.
Kerana pada akhirnya,
Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. dan jika ada seratus orang yang sabar di antara kamu, nescaya dapat mengalahkan seribu orang kafir kerana orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti (8:65)
Maka, bangun pagi itu rasa seperti diburu sejarah serta nama-nama. Zinnirah, habbaq, Nusaybah, Mus'ab, ka'ab, Bilal, Sumayyah!
Betapa mereka itu hebat. Betapa mereka itu juga manusia biasa. Tidak mahu ambil 'ibrah dari situ kah?
4 comments:
masalah apa lah ni?
The problem that is difficult to be understood. Have you been through this?
Lagipun tak elok cerita masalah dekat umum. Lebih2 lagi kepada orang yang kita tak tahu pun siapa. =)
Btw, am i know u, miss anonymous?
but i know u kuang3
i bkn miss anon di atas
but i miss bz di bwh hoho ape aku merepek ni
btw,u may story mory ngn aku ...exam just for this week n isnin depan je.then i`m free
mohon doa!
haha. if u're that anonymous, i know it la my dear. the sentence structure is totally different.
I would disappoint more people by staying quiet rather than asking for help. Am i?
But I'm ok sap inshaAllah, no worries.
Thanx 4 being concern. To both of u. Ye anon2 sekalian. Seorang sangat kenal, seorang lagi macam agak2 je. Jazakumullahu khayran jaza'
Post a Comment