Bersama kita melangkah

Wednesday, February 24, 2010

Rasa bahagia

Bismillah.
Assalamu'alaykum,
Duduk bertiga semalam, we got discussion. It's usrah actually. So, we did the muqaddimah for Fi Zilal Al-Quran. Something that knocked my mind, my heart. 

Kami tadabbur  juga surah Muhammad, kisah RasuluLlah dengan seorang Yahudi yang buta juga isu semasa tentang pembuangan bayi. Plus, dapat tips tarbiyyatul aulad daripada Fiza juga. =)

So last night, kami memutuskan. Rahsia bahagia itu tiada lain melainkan;

Islam
kerana apabila telah berserah diri kepada kuasa yang Maha Hebat dan Maha Bijaksana mengatur setiap urusan, pasti tidak ada kekecewaan. 

Iman
kerana membenarkan Allah, tuhan yang Maha Esa, tiada yang layak selainnya. Juga bergantung semuanya kepada kuasa Maha Hebat itu, mengharap sepenuh jiwa kepadaNYA.

Ikhlas
kerana seorang ikhlas itu tidak merungut. dan seorang ikhlas itu sedar, setiap baik buruk itu sebenarnya ladang pahala. maka, tiada istilah buruk sebenarnya.

Jadi, berbahagialah kamu wahai manusia muslim yang beriman dengan ikhlas kepada ALlah.

Kadangkala, terfikir.

What if ALlah says
you already had sixteen molecules of oxygen today.
you are going to get no more?

ALlah sangat sweet, kan?
tak pernah berkira.
tapi, kita? huuuuu

No comments: