Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Pernah atau tidak, pada suatu hari kalian benar-benar rasa terkesan dengan ayat-ayat al-quran contohnya. Atau dengan kata-kata seorang sahabat. Atau dengan pesanan-pesanan dari manusia-manusia yang dihormati.
Dan dengan pukulan itu terus menyalakan semangat. yang merah. Yang marak, yang menyala. Dan, meski kaki masih tertanam di tanah, tidak berbuat apa-apa namun indah, bukan?
Kerana ketika itu setiap usaha kecil kalian rasa signifikan. Setiap gerak geri sungguh, sungguh, sungguh terasa sedang mujahadah mencari redhaNya.
Tapi...
Apabila menerima ketukan itu kali kedua, ketiga dan seterusnya semestinya tidak sama. Lain, berbeza.
Semangat tidak lagi menyala, asasnya hanya kerana, "aku sudah tahu itu".
Dan hidup diteruskan, mencari manisnya ketukan pertama itu. Mencari ke sini dan ke sana. Buat apa-apa sahaja. walau tahu tidak mampu. Tapi buat juga. Hanya kerana mencari indahnya ketukan pertama. Rasa itu. Semangat itu.
Kerana tidak akan sama setiap kali kau mendengar. Maka bersiap siagalah! Mungkin ia bakal mengecewakan. Berulang, ulang, ulang kali lagi. Apa yang difahami dan dilalui sudah berlainan.
Maka jika bersusah payah, mencari kembali indahnya yang pertama itu, Maaf. Sampai bila-bila juga, tidak akan pernah sama. Tapi jika bersusah payah, mencari redha ALlah. Maka teruskan langkah. teruskan. teruskan dan teruskan. (was taken from an ukhti but the blog is sirr)
2 comments:
Blog yang sirr, tapi bagi tau orang. What irony.
No-lah, the owner was already known i'm post this entry, but that ukhty tak nak alamat blog nyee di pamerkan dekat sini. Bukan post ni yg sirr, the url is sirr. huu. =)
Fahimta/ fahimti?
Post a Comment