Bersama kita melangkah

Sunday, May 16, 2010

Antara rasa takut dan harap


Bismillah
Assalamu'alaykum.
Hari Jumaat malam kelmarin semasa usrah akhawat, kami tadabbur surah masa. (baca:al-asr). Helaian PDF surah masa daripada tafsir fi dzilal al-qu'ran itu diselak satu persatu. Bersama-sama bermunaqasyah, bersoal-jawab, berkongsi rasa dan pandangan. 

Lalu hati yang kering seakan basah kembali. Basah dengan kalimah-kalimah Allah yang tiada taranya. Sebasah dan obsesnya saat membaca al-Qur'an juga buku-buku fiqrah jika antum benar-benar memahaminya.

Maka perkongsian itu di bawa kepada sesi tazkirah pada waktu qiyamullayl pagi tadi. Dan suasana pagi itu benar-benar mengajar erti menjadi seorang kakak di situ. But at the same time juga kakak itu adalah adik yang sentiasa memerlukan teguran dan bimbingan. 

Indah sungguh tarbiyyah Allah. Sungguh rugi kalau di kala itu, hati ini tertutup rapat untuk give and take, lantas mengetepikan perasaan rakan-rakan. Hu takut dengan kecaman Allah.

Lalu pagi tadi kami memahami bahawa amalan yang soleh itu merupakan buah tab'ie dan iman, juga merupakan gerakan automatik yang bermula pada saat bertapaknya hakikat iman di dalam hati manusia.

Sebaik sahaja ia bertapak dalam hati manusia, ia terus bergerak dan menonjolkan zatnya keluar keluar dalam bentuk amalan soleh. Inilah iman di dalam Islam. Ia tidak tinggal beku tanpa bergerak, tidak tinggal bersembunyi tanpa menjelma dalam satu bentuk harakat yang hidup di luar tubuh seorang mu'min.

Andainya iman itu tidak bergerak seperti ini, maka ia adalah suatu iman yang palsu atau suatu iman yang mati. Ia sama dengan bunga yang tidak berbau. Maka, amalan soleh harus tercetus dari keimanan itu secara tabi'ie jika tidak maka keimanan itu tidak akan wujud.

Memang tiada jawapan untuk pertanyaan iman, kerna Allah memberi pilihan untuk kita menjawab sendiri. Kalau masih malu berbicara soal iman, maka dirimu jauh dari golongan bertaqwa. Jika dirimu sendiri menjauh, kamu yang rugi, Allah tidak rugi, sahabatmu tidak rugi, da'wah pun tidak rugi. Semuanya soal mahu atau tidak.

Maka jika pendakian terasa berat, ingatlah bahawa Allah ingin menguji. Maka teruskan melangkah. Hidup ini sekejap sangat. Banding dengan akhirat, dunia macam sekelip mata sahaja. Rasa lemah, down, futur itu common, kita kan manusia biasa? Bukan malaikat. Yang penting jangan hilang rasa bertuhan. Ingatlah, Allah itu dekat dengan urat nadi kita.

Jangan pernah berhenti walau rasa nak berhenti!

Sumber: Tafsir fi dzilal al-qur'an. Juzu' 30 (PDF) 
Gambar: superheroesvision.blogspot.com


No comments: