Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Nusaybah. A name that's always came cross my mind lately. A name that knocked my mind, my heart. Dan bangun pagi itu seperti diburu seerah serta nama-nama seperti Khansaa', Fathimah, Sumayyah. Betapa mereka itu hebat!
Dan nama Nusaybah muncul lagi.
Bicara ukhti semasa sharing moment seakan-akan datang ke minda. Kisah sahabiyyah bernama Nusaybah semasa perang Uhud menimbulkan keinsafan dalam diri. Lemahnya terasa dari sudut fizikal sedangkan sahabiyah dulu begitu kuat.
Berjuang mempertahankan Rasulullah SAW sehingga Rasulullah SAW mengungkapkan kata bahawa dia tidak melihat yang lain selain Nusaybah yang mempertahankannya.
Bukan dengan sikap lemah seorang perempuan, “Eh jangan dekat, bahaya”.
Bukan dengan sikap itu. Sebaliknya menurut riwayat, dia memegang dua pedang dengan kedua-dua tangannya melawan ribuan tentera musyrikin yang datang untuk membunuh Rasulullah SAW.
Kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang terus mengawasi dan membela bersama Rasulullah SAW, Nusaybah sanggup menjadikan kudrat tubuhnya sebagai pelindung rasul SAW.
Medan pertempuran semakin sengit. Lewat sehingga Nusaybah rebah sendirian. Tiba-tiba Ibnu Mas’ud datang mengawasi bersama kudanya, kalau-kalau ada korban yang masih boleh ditolongnya. Sahabat itu, begitu melihat sekujur tubuh bergerak lemah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu.
Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “Apakah kamu ini Isteri Zayd?”
Nusaybah samar-samar memperhatikan ibn Mas'ud. Lalu bertanya, “Bagaimanakah dengan Rasulullah? Selamatkah baginda?”
Beliau tidak kurang suatu apapun..Allah dan para pencintanya bersama baginda SAW”
“ Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”
“Engkau masih luka parah, wahai isteri Zaid yang disegani….”
“Engkau mahu menghalangi aku membela Rasulullah?”
“ Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”
“Engkau masih luka parah, wahai isteri Zaid yang disegani….”
“Engkau mahu menghalangi aku membela Rasulullah?”
Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nusaybah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke pertempuran. Banyak musuh yang dipatahgantikannya.
Namun, kerana tangannya sudah cedera parah.akhirnya dikatakan didalam sebuah riwayat ada lebih kurang 13 kesan tusukan pedang pada tubuh beliau termasuklah kesan selar dibahagian lehernya.
Diriwayatkan oleh Ikrimah dalam sebuah hadith: Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak nampak yang berperang itu perempuan melainkan kelibat kehebatan lelaki..(aw kama qal)
MashaAllah, terdiam terduduk. Betapa dia juga manusia biasa, tetapi hamasahnya, juga himmahnya, himmah 'aliyyah!
Tidak cemburukah?
4 comments:
cemburu...............sangat
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. kan? ana pun. Jom berusaha jadi macam nusaybah? hueh
teguh peribadinya... tinggi cintanya^^
assalamu'alaykum..ukhti. ana jannah! alhamduLilah immah thabithah..nusyabah itu nama yang tersimpan..ada makna tu hehe.bila mahu dtg bp? jemput dtg rmah ana ye.sekejap sangat kita jumpa. apapun...sangat cantik aturan ALlah utk satu pertemuan hati
Post a Comment