Bersama kita melangkah

Friday, November 19, 2010

Mari berjiwa besar

Bismillah,
Assalamu'alaykum. Tadi terbaca e-mail yang sudah lama di dalam inbox. E-mail kepada ukhti itu. Tapi sekarang rasa macam mahu tujukan e-mail ini kepada diri sendiri. Bolehkah? 


“Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang benar benar menunaikan apa yang telah mereka janjikannya kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur syahid dan di antara nereka pula ada yang menunggu (mati syahid). Dan mereka tidak mengubahkan janji mereka sedikit pun.” (al-ahzab, 21:40)


Jom kita ambil pengajaran daripada sahabat sewaktu mereka diuji. Sahabat dahulu bukan malaikat. Mereka juga punya perasaan sedih, marah, takut, risau. Dan mereka bukan diuji sikit-sikit, malah menggerunkan jiwa!


“Di sanalah orang-orang Mu’min diuji dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang amat kuat.” (33:11)

Walaupun mereka berada di dalam ketakutan, di mana mata mereka meliar dan nanar, pernafasan mereka sebak, namun hubungan mereka dengan Allah tidak pernah putus.

Kefahaman mereka tidak menyimpang dari Sunnatullah dan mereka yakin kepada keteguhan Sunnatullah yang tidak pernah bergoyang. 

Mereka yakin bahawa titik akhir Sunnatullah itu akan terlaksana apabila titik awalnya telah terlaksana. Oleh kerana itulah mereka jadikan kecemasan yang dialami mereka itu sebagai landasan untuk menunggu pertolongan dari Allah. 

Ini adalah kerana mereka percaya kepada firman Allah S.W.T. sebelum ini:

“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki syurga sedangkan kamu belum menerima DUGAAN seperti orang-orang Mu’min yang terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa malapetaka dan kesusahan dan mereka telah digoncangkan ketakutan sehingga Rasulullah s.a.w dan orang-orang Mu’minin yang ada bersamanya pernah bersungut bilakah tibanya pertolongan dari Allah? (Lalu dijawab): Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (2:214)

Kita macam mana?

Ya, jatuh teruk, tapi hari ini kita berjanji untuk menang. Untuk kuat. Kerna ini jihad, dan kerna Allah di sana sedang memerhati. Sedang tunggu untuk memberi pahala yang besar. Kita tidak boleh kalah kepada kesakitan ini, kerna ia sakit yang sementara dan punya reliever. 


Dan berjanji, seusai pertikaman panjang, bahawa kita akan kuat. Dan akan menang. Kita tidak boleh kalah dengan syaitan! Kita tidak patut disibukkan dengan perkara kecil, sedang cita-cita kita besar. Kita kan mujahidah?!

Jadi mari didik diri agar berjiwa besar.

Seperti ar-rasul yang tegar menidakkan Jibril untuk membalas kebobrokan Thaif.

Persis Umar yang bersedia mendengar kritikan perempuan di khalayak umum, sedangkan Islam begitu pesat berkembang pada zaman pemerintahannya.

Seumpama Hajar yang tidak canggung ditinggalkan bersama si bayi kecil di tanah gersang.

Redhalah wahai jiwa.

Moga kelak, episod ini menjelma menjadi sebukit pahala. Dan tidak menjadi punca ke neraka!

Maka berlapang dadalah!

May Allah help you, you and you along this way, to His path. InshaAllah ameen!

2 comments:

Admin said...

inshaallah~
(maher zain)
^^,

kak aishah said...

thanks ayu! :)