Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Kadang-kadang tersibuk dengan urusan lain, terlupa untuk berkongsi cerita. Cerita beberapa hari yang lalu. Cerita hari yang biru. Cerita Open Your Eyes Camp (OYE Camp).
Menapak dengan langkah seorang da'ie yang diberi amanah besar. Perasaan? Haru biru, cuak, gentar. Bercampur-baur menjadi satu. Pulang dengan kaki seorang pengembara, masih banyak kerja. Masih panjang perjalanan.
Er, tiba-tiba bosan dengan entry sendiri. Jadi mari lompat pada pengajaran.
At the end of the program, I realize that tarbiyyah itu ada di mana-mana.
Tarbiyyah semasa makan.
Tarbiyyah semasa tidur.
Tarbiyyah sabar melayan karenah adik-adik.
Tarbiyyah patuh pada masa.
Tarbiyyah mencapai manisnya ukhuwwah.
Dan rasa sangat suka semasa makan. Bukan, bukan kerana tidak sabar mahu makan nasi kerana kelaparan amat. Tetapi tidak sabar untuk duduk bersimpuh di hadapan satu talam dan sama-sama mengaminkan doa, sama-sama menyuap nasi ke mulut. Berlaga-laga tangan, suap-menyuap. Tak kisah dengan amount nasi yang sedikit, kerana yang memberi rasa kenyang itu ialah Allah.
Juga tarbiyyah sabar tidur di atas simen. Kagum melihat dua orang kakak yang sedang mengandung hanya tidur di atas simen yang sejuk, mengadu sakit-sakit belakang, sengal-sengal kaki, tetapi masih mampu lagi tersenyum! Ah, lupa sekejap keenakan tilam berspring empuk di rumah.
Banyak. Banyak yang dipelajari sepanjang tiga hari dua malam tersebut. Semangat adik-adik mengingatkan kembali saat di mana diri sendiri masih mentah dan berada di tempat mereka. Subhanallah, memang guru tarbiyyah itu di mana-mana dan tidak mengenal siapa.
Kan?
Lagi pula jika kita ada matlamat terbesar. Redha Allah. Tell me, what amount of work yang tidak tally dengan syurga? How big is the mujahadah yang terlalu besar untuk redhanya?
Dan pada akhirnya, as the sun set petang itu, and i was alone, terselinap satu perasaan yang indah di dalam jiwa. Perasaan melihat indahnya alam dengan mata sendiri. Melihat alam dengan hati sendiri. Subhanallah.
Sesungguhya tarbiyyah itu bukan sahaja di dalam bentuk yang kita kenal, bila berjaulah, bermukhayyam dan sebagainya. Tetapi tarbiyyah itu sesungguhnya berada di mana-mana sahaja. Bila-bila masa.
Sudah mula rindu dengan amat sangat. Semoga ukuhuwwah persahabatan kita tetap utuh walau masa berganti masa, teman berganti teman, tubuh dimamah hari, juga andai jiwa sampai akhirnya.
Semoga.
Moga-moga.
Mohon dengan amat sangat. InshaAllah ameen! Jumpa lagi akhawat fillah inshaAllah. *Loads of love*
No comments:
Post a Comment