Bersama kita melangkah

Saturday, October 18, 2008

~lensa kaca mataku~


situasi 1:

S:"akak ni sombonglah....penat kite lambai2 dekat akak dari jauh...tapi akak tak respond pun"
A:"eh?ada ke awak lambai akak semalam?xperasan pun...hihi...asiif jiddan2..."

situasi 2:

H:"akak ada problem ke?kenapa kite senyum dekat akak masa dekat cafe semalam akak tak balas pun"
A:"eh takde problem....awak ada senyum kat akak ke....sorrylah akak tak nampak :)"

situasi 3

A:"ten, apa yang lecturer tu tulis ek? kabur la...huhu"
F:"Bapok besar da kak tulisan lect tu, akak xnampak ke...hihi"

situasi 4:

D:"Akak kenapa buat dek je....penat saya lompat2 bintang lambai2 dekat akak"
A:"situasi ni acah je...hihi":)

situasi 5:

Pagi semalam ada orang panggil saya dari jauh. Puas retina mata saya bekerja keras mengamati siapakah tuan punya suara tu. Bila dalam jarak 10 meter barulah saya dapat recognized tuan punya suara tu.

situasi 6:

Ada satu petang lepas hujan, terbentuk mist dekat kolej saya ni. Saya lihat ke luar tingkap. Lama saya cuba mengamati objek di bawah. Apa dia tu? Lepas ambil spec baru saya dapat lihat dengan jelas. Semut rupanya. :)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Cukup enam situasi yang menunjukkan tahap kerabunan saya makin increase. Huhu. Saya adalah insan yang paling degil untuk pakai spec. Sejak matrix lagi saya dah rabun. Dalam DKB pun kawan2 saya yang tolong bacakan notes dekat slide kalau saya tak nampak. Thanx Dydo, Cha and Ayied. :)

Masuk U baru saya berjinak2 dengan kedai spec. Tapi itupun waktu kuliah je saya pakai. Selagi tiada "dalil" yang menunjukkan orang yang rabun tak pakai spec akan bertambah powernya kalau tak fully pakai, saya akan tetap berdegil tidak akan pakai. Oh degilnya saya. :)

Tapi bila umur saya menganjak 20-an, saya rasa sangat memerlukan spec. Kalau dulu tertinggal spec masa kuliah saya rasa biasa je, tapi sekarang.....spec adalah sebahagian daripada hidup saya.(tapi masih lagi tak fully pakai..:))

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tapi pagi tadi saya ada terbaca article nie "Myopia(rabun jauh) dikategorikan berbahaya apabila berpotensi untuk menimbulkan kebutaan bagi penderitanya, kerana ia tidak boleh diatasi jika tidak memakai kacamata.

Myopia berbahaya ini akibat kerapuhan dari selaput jala (retina) yang makin lama makin menipis dari waktu ke waktu. Cara mengatasi gangguan penglihatan akibat myopia ini adalah dengan penggunaan kaca mata minus atau lensa kontak."

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Erk....rasa risau dan terkejut sekejap. Tapi....saya bukan tak pakai langsung. Huhu. (degil lagi tu). Tapi betu lah, sangat2 terasa ketidaknampakkan objek jauh sejak dua menjak ni. Serasa spec lama tidak mampu lagi menampung tahap myopia saya ini. Adakah power perlu ditambah? Adakah benar melihat sesuatu yang hijau boleh mengurangkan rabun? (baju raya saya wane hijau...boleh tengok selalu la...hoho) Apapun, tolong jangan berdegil wahai diri sendiri.:)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

humayra'.
Al-ardhullah
Bumi Pahang
18 Syawwal 1429 Hijriyyah

Friday, October 17, 2008

~Hazihi Sabilii~


Berapa kali aku kata aku bukan belajar di London! Aku belajar di Swansea, di salah satu tempat di Wales!

‘ Aku dah bilang kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’

Swansea ayah, Swansea! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di London.

‘ Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang telingaku.

‘ Aku dah bilang kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang kampong ni tahu yang anak ayah pergi London. Mana aku nak letak muka jika kau balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’

‘ Usrah-usrah tu bukan tak bagus. Aku suka anak aku jadi anak soleh. Tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Jangan sampai kau tak study langsung.
Nak belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan. Islam itukan wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita Islam hadhari’

Teringat dulu ayah pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa dalam buku kitab kuning katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu biar pada kadarnya, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

‘ Ayah memang kecewa dengan kau, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak ayah. Macam mana nanti kami nak tanggung malu jika kau balik tak bawak apa-apa? Kau nak cari kerja macam mana nanti? Nak tanggung anak bini kau lagi. Kau nak kasi mereka makan pasir ke?’

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Aku merenung lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari yang menerangi rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan dari bibirku. Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara dengan ayah di balik telefon.

Setiap kali aku mahu menjawab kata-kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka ayatNya yang menyirami api amarah hatiku;

@@@@@@@@@@@@@@@@@

‘Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’: 23)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Benarlah sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan hati yang tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan wanita yang dikatakan sebagai jelita. Hidung sedikit sepet, kulitnya sawa matang dan ada pancaran-pancaran jerawat di mukanya. Badannya sedikit gebu.

Tapi aku tidak melihat kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh abang usrahku akan kriteria calon isteri pilihanku, jawapanku hanyalah; dia seorang akhwat yang mengikuti tarbiyah dan melaksanakan ajaran Islam. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah menyesal membuat pilihan itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

‘Ayah…’ ujarku dengan nada yang lembut sambil menahan gelojak di hati yang tersinggung dek tuduhan-tuduhan si ayah.

‘Ayah, Hisham sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Hisham cuma fail satu modul sahaja.’

‘Sama jelah . Kalau dah fail tu fail juga…’ Ayah memotong.

‘Bukan begitu. Maknanya Hisham boleh ambil balik modul itu dan lulus. Tak perlu pun nak kena ulang tahun.’

Aku membayangkan betapa terkejutnya ayah tatkala menerima surat keputusan peperiksaanku di kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US tanpa membawa balik segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya menolong ayah menguruskan kedai runcit di kampung. Sedangkan dahulunya abang adalah pelajar terbaik sewaktu sekolah menengahnya.

‘Abang ikut tabligh kot, Angah.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’ begitu kata adik bongsuku tatkala ditanya.
Abang enggan berbicara denganku. Aku sendiri tak mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.

Barangkali kerana itu ayah melenting dan terkejut. Tapi Hisham tak ikut tabligh ayah! Hisham ikut tarbiyah!

‘Modul periksa itu modul terakhir Hisham kena ambil.
Tapi waktu periksa hari itu, Hawa dan Hisham kene demam panas. Hisham pergi juga ambil periksa waktu itu, walaupun tak dapat nak jawap soalan periksa betul-betul.’

Ayah berdengus kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku.

‘Apapun, ayah tak nak kamu gagal lagi. Kamu kalau ikut-ikut usrah pun jangan sampai tak belajar. Kita biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi pendakwah.’

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya. Ramai lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.

Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkanku dengan Hawa. Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah, saat itulah aku mengetahui erti kepada makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

‘Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get a life man! Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa baca Quran je?Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah ?Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana entah. Kau boleh tolak tau kalau orang ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’ Itulah kata-kata teman serumahku di kala mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

‘ Kau memang dah berubahlah, Sham.’ Dan di saat itu, aku mula merasakan hubunganku dengan teman serumahku semakin renggang. Nyata jalan kami adalah dua jalan berbeza. Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu juga.

Aku berasa bahagia tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara. Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu kamu takkan tersilau dengan hiburan sementara di atas dunia ini.

Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan sedemikian menjanjikan suka sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

‘ Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi,’ ( Al-A’raf: 7)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kerana itu Hisham ikut usrah ayah! Kerana Hisham mahu merasai cahaya itu! Dan Hisham mahu orang sekeliling Hisham turut merasai cahaya keimanan tersebut. Kegagalan yang Hisham hadapi sekarang ini bukanlah kerana kesibukan Hisham tapi adalah semata-mata kerana Allah mahu menguji Hisham. Sebab semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah berikannya ujian. Jangan ayah salahkan usrah hanya kerana Hisham gagal!

Mahu sahaja dilontarkan kata-kata itu kepada ayahnya yang separa uzur. Dia mahu ayahnya memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti kepada ayah tatkala dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia dapat di negara orang putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku pada dirinya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

‘Abang…’ Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.

‘Result abang dah dapat dah ini..’ Siti Hawa berlari-lari anak sambil membawa sampul putih ke arahku.

Aku membuka sampul itu dengan penuh hati-hati dan perlahan-lahan..

‘Alhamdulillah….’ Sambil menoleh ke arah isteriku dengan senyuman penuh makna.

Pantas jemariku mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan punat dial.

‘Assalamualaikum ayah, Hisham dapat first class honor.….’

Dan di saat itu dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana turut merasai keriangan hatinya…

@@@@@@@@@@@@@@@@@

humayra'.
Al-ardhullah
Bumi Pahang
17 Syawwal 1429 Hijriyyah
taken from muharikah.wordpress.com

Wednesday, October 15, 2008

~rambu-rambu lintasan hati~


Prasangka memang hanya lintasan hati. Kerananya, berprasangka sebenarnya adalah sifat manusiawi. Tak ada orang yang mampu memendam atau menahan lintasan hati. Tak ada orang yang tidak pernah memiliki prasangka buruk terhadap orang lain. Tak seorang pun bisa menghilangkan sama sekali lintasan hatinya. Itu sebabnya, para sahabat mengajukan keberatannya kepada Rasulullah saat turun ayat:

"Dan bila engkau menampakkan apa yang ada dalam hatimu, atau engkau menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu." (QS. Al-Baqarah : 284)

Para sahabat yakin tak mampu menghalangi lintasan hatinya, jika itu termasuk dalam hitungan amal mereka. Akhirnya Allah menurunkan ayat selanjutnya, "Allah tidak akan memberikan beban kepada seseorang kecuali sebatas kemampuannya."


Imam Ghazali menguraikan penjelasan buruk sangka dalam satu sub tema tentang ghibah, membicarakan keburukan orang lain.

Menurutnya, buruk sangka tak lain adalah ghibah bathiniyah (membicarakan keburukan orang dengan hati). "Sebagaimana Anda diharamkan untuk menyebut keburukan-keburukan orang lain, maka demikian pula Anda diharamkan untuk berburuk sangka pada saudara Anda," begitulah kata Imam Ghazali.

Jadi, apakah jalan terbaik bagi menghindari perasaan buruk sangka?

Pertama, tumbuhkan empati kepada orang yang menjadi objek buruk sangka. Rasakanlah bila objek buruk sangka itu adalah diri Anda sendiri yang sangat mungkin mengalami banyak kekurangan.

Tips ini sama dengan apa yang dianjurkan oleh Imam Ghazali, ketika ia membahas masalah ghibah. Untuk menghindari ghibah, menurut Imam Ghazali, salah satunya dengan merasakan bagaimana bila yang menjadi objek pembicaraan itu adalah diri sendiri. Bila kita senang mendengarnya, maka teruskanlah bicara.

Kedua, teliti dari mana sumber perasaan negatif, atau buruk sangka itu muncul. Bila ia datang dari informasi seseorang, langkah yang paling baik adalah melakukan pertanyaan lebih detail tentang asal usul berita yang tidak pasti itu.

Apakah sumber berita itu benar-benar telah diketahui secara autentik tentang kejadian yang memunculkan prasangka itu? Atau mungkinkah juga telah ditanyakan secara face 2 face atau hati ke hati kepada orang yang bersangkutan tentang benar tidaknya berita negatif tersebut. Maka, bila Anda merasakan bahwa informasi itu belum tentu benar, berupayalah menghapuskan memori informasi itu dari pikiran Anda.

Ketiga, bila sumber informasi itu muncul dari dalam hati sendiri tanpa sebab-sebab yang jelas, kecuali sekadar penampilan lahir atau kecurigaan belaka. Beristigfar, dan mohon ampunlah pada Allah swt atas kekeliruan lintasan hati negatif itu. "Seseorang tidak boleh meyakini keburukan orang lain kecuali bila telah nyata dan tidak dapat diartikan dengan hal lain kecuali hanya dengan keburukan," begitu nasihat Imam Al-Ghazali.

Keempat, sedarilah bahawa lahiriyah seseorang tidak selalu related dengan batinnya. Islam sama sekali tak mengajarkan penilaian seseorang dari aspek lahirnya. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kalian, tapi melihat pada hati kalian."

Dalam hadits shahih yang lain disebutkan pula bagaimana Rasulullah menggambarkan bahawa kondisi orang yang secara lahiriyah kurang baik, berdebu, rambutnya kumal, dan banyak dipandang hina oleh seseorang, tapi orang tersebut adalah orang yang paling didengar doanya oleh Allah swt. Sebaliknya, orang yang bersih, dan menarik penampilan lahiriyahnya, ternyata orang itulah yang memiliki penilaian tidak baik di mata Allah swt.

Kelima, salah satu pemicu buruk sangka adalah rasa was-was atau bayangan ketakutan yang akan kita terima akibat pihak tertentu. Untuk mengatasinya, tumbuhkan keyakinan kuat bahwa Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Kuasa atas seluruh gerak geri hambanya.

Apa saja yang terjadi merupakan kehendak dan kekuasaan Allah swt. Keyakinan ini akan memunculkan kepasrahan dan ketenangan, serta tidak mudah membayangkan resiko pahit yang belum tentu benarnya. Keyakinan ini juga yang akan mengusir perasaan was-was dan bayangan menakutkan yang tidak jelas ujung pangkalnya.

Keenam, untuk mematahkan gangguan syaitan, terapi yang paling penting adalah dengan dzikir kepada Allah dan berusaha memperbanyak amal-amal ketaatan. Keduanya akan sangat menciptakan suasana hati yang hidup, bersih dan jernih. Hal ini lebih jauh akan menumbuhkan kualiti iman yang semakin tidak mudah bagi syaitan untuk bersemayam di dalam hati.

Di sinilah, seseorang akan mendapat cahaya Allah swt sehingga pandangannya akan mengarah pada firasat yang benar. Takutlah dari firasat seorang mu’min karena ia melihat dengan Nur Allah. (HR. Tirmidzi)

Jadi bagaimana? Pernah rasa lintasan hati sedemikian kepada orang lain? Manusia diciptakan lemah. Tapi jangan sekali-kali kelemahan itu menjadikan kita putus asa dan rebah. La taia'su sahabat2 sekalian. Nasihat untuk diri sendiri jugak yang semakin hari macam kurang je ketabahnya huhu.

Nur 'ala An-nuur
Humayra',
15 Syawwal 1429 Hijriyyah

Tuesday, October 14, 2008

~walau jauh di hujung dunia~







Bismillah....

School in a Cave

Its very weird

It has been founded in China

This school lies in a heart of a cave


Di dunia yang telah mencapai satu tahap pembangunan yang cemerlang pada hari ini, masih banyak lagi perkara-perkara yang "dirahsiakan" (sirr) oleh Allah SWT atau pun saya sendiri yang tidak mengetahuinya atau pun tidak berusaha untuk mengetahuinya. Sesungguhnya, diri saya ini hanya seorang hamba-Nya yang lemah.

Satu baris kata, satu tajuk dalam peti emel saya yang berbunyi "Sekolah dalam Gua" membuat saya tersenyum seorang. Apa agaknya isi dalam emel itu? Apakah masih wujud sekolah dalam gua sebagai mana tajuk yang terpapar? Sungguh menajubkan dan menyejukkan hati saya apabila saya melihat isinya. Terasa pula ingin belajar dalam keadaan sedemikian. Tetapi mana mungkin manusia mampu mendapatkan sesuatu dalam satu masa yang sama?

Sekilas tentang kupasan isi pertandingan debat ala parlimen yang berlangsung di kampus saya petang tadi dimana tajuknya "sistem pendidikan di Malaysia wajar diubah". Isu menaiki sampan ke sekolah di Kapit dan Sungai Rajang hangat dibidas oleh kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

Saya sebagai penonton hanya mampu tersenyum dan bermonolog sendirian "macam manalah kalau saya 'dipostingkan' di tempat2 sedemikian kan". Sanggup ke? Dulu masa interview beria-ia (beghio---bak kata skulmate saya) cakap sanggup.Hihi. Tapi melihat gambar sekolah di dalam gua ni, rasa macam menarik dan unik pula. Tak sabar nak mengajar. Apapun saya kagum dengan kebesaran Allah ini.



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahman: 13)


Kerdilnya kita..

Tetapi mengapa masih tidak sedar akan kekerdillan itu?

Renung-renungkan.

Semoga dapat memberi ibrah buat semua.

humayra',
14 Syawwal 1429 Hijriyyah~
Lipis Inn.

Sunday, October 12, 2008

~sepi malamku tanpa sinaran tahajjudMu~


Hari pertama, tahajjudku tetinggal. Dan aku begitu sibuk akan duniaku. Hingga zuhurku, kuselesaikan saat asar mulai memanggil. Dan petangnya kulewati saja masjid yang mengumandangkan azan magrib. Dengan niat kulakukan bersama isya, itupun terlaksana setelah acara tv selesai.

Hari ke-2, tahajjudku tertinggal lagi. Dan hal yang sama aku lakukan sebagaimana hari pertama.

Hari ke-3, aku lalai lagi akan tahajjudku. Temanku memberi hadiah novel best seller yang lebih dari 200 halaman. Dalam waktu tidak sampai 1 hari aku telah selesai membacanya. Tapi, enggan sekali aku membaca Al-qur'an walau cuma 1 juzz. Al-qur'an yg 114 surah, hanya 1-2 surat yang kuhapal itupun dengan tergagap-gagap. Tapi, ketika temanku bertanya tentang novel tadi, betapa mudah dan lancarnya aku menceritakan

Hari ke-4, kembali aku lalai lagi akan tahajjudku. Petangnya aku datang ke Selatan Jakarta dengan niat mengaji. Tapi kubiarkan ustazku yang sedang mengajarkan kebaikan. Kubiarkan ustazku yang sedang mengajarkan lebih luas tentang agamaku. Aku lebih suka mencari bahan bualan dengan teman yang ada disamping kiri & kananku. Padahal selesai magrib tadi betapa sulitnya aku merangkai kata-kata untuk kupanjatkan saat berdoa.

Hari ke-5, kembali aku lupa akan tahajudku. Kupilih saf paling belakang dan aku mengeluh saat imam sholat jum'at kelamaan bacaannya. Padahal betapa dekat jaraknya aku dengan television dan betapa serunya saat perpanjangan waktu bola sepak kegemaranku malam tadi.

Hari ke-6, aku semakin lupa akan tahajudku. Kuhabiskan waktu di mall & wayang bersama teman-temanku, demi memuaskan nafsu mata & perutku sampai puluhan ringgit tak terasa keluar. Aku lupa.. waktu di simpang empat lampu merah tadi, saat wanita tua mengetuk kaca keretaku, hanya wang dua puluh sen kuberikan, itupun tanpa menoleh.

Hari ke-7, bukan hanya tahajudku tapi subuhku pun tertinggal. Aku bermalas-malasan ditempat tidurku menghabiskan waktu.

Selang beberapa saat di hari ke-7 itu juga, aku tersentak terkejut mendengar kabar temanku kini telah terbungkus kain kafan, padahal baru tadi malam aku bersamanya & tengah malam tadi dia dengan misscallnya mengingat aku ttg tahajud.

Kematian.. kenapa aku baru gemetar mendengarnya ?Padahal dari dulu sayap2nya selalu mengelilingiku dan dia boleh hinggap bila masa pun dia mahu..Seperempat abad lebih aku lalai ?

Dari hari ke hari, bulan dan tahun..Yang wajib jarang aku lakukan apalagi yang sunah..Kurang mensyukuri walaupun KAU tak pernah meminta..Berkata kuno akan nasihat ke-2 orang tuaku..Padahal keringat & airmatanya telah terlanjur menitis demi aku..

Rabb.. andai ini merupakan satu titik hidayah..Walaupun imanku belum seujung kuku hitam..Aku hanya ingin detik ini hingga akhir sisa nafasku..Tahajud dan solatku meninggalkan bekas saat aku melipat sejadahku?..
Aamiin.. Yaa Rabbal alamin...

"Ya Allah, kau jauhkanlah kami dari hari2 yang ternyata di atas ini, hindarilah kami dari sifat malas dan lalai ya Allah. Izinkanlah hari2 kami yang mendatang lebih baik dari hari ini. izinkanlah kami utk terus mengimarahkan sisa2 usia kami, untuk terus beribadah kepadamu Ya Allah.. berilah kekuatan kepada kami.amin"

humairaa~
Al-ardhullah
Bumi Pahang
taken from paksi.net

Friday, October 10, 2008

~bisakah dicari didunia ini seorang wanita bak bidadari~


"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi…."
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yang solehah?" saya terus mengusik.

"Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak lah ni."
"Oh begitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?"
"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"

"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."
"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.

UKUR TAQWA
"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertaqwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur taqwa tu?"tanya saya.

"Tu yang pening.Taqwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yang bertaqwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.

ADA CARA LAIN
"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"

"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan taqwa kita".

"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal ma'nawi"
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan taqwa orang lain."

LEBIH TEPAT
"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan taqwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. sebelum ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yang kita silap.

Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."


TERLALU IDEAL
"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sebab nak jadi lelaki soleh?"
"Tak begitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok juga tu!Serampang dua mata,"katanya.

"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dengan tahap sederhana."

"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sebab sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yang kita bincang sekarang ni?"

"Gini, awak mesti lebih ketat dalam menilai diri sdr. jangan ambil mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi untuk diri sendiri. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sikit … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."
"Oh saya faham"

" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yang rendah. Tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan solehah yang tinggi. Itu silap!"
"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."
"Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."

"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa-apa yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)

Humayra'
Campus,
Kuala Lipis Hill.

Thursday, October 9, 2008

~jangan ditangisi apa yang bukan milikmu~

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa (resah gelisah) yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus succsess, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Maka setelah ini wahai jiwa, janganlah kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sebenarnya iaitu hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan ditangisi apa yang bukan milikmu..... ^_^

Humayra'
Lipis Hill,
Pahang.

Wednesday, October 8, 2008

~setitis air pun nikmat drp Allah~


Bismillah....

Wah, lama btul tak update blog nie ye...huhu
pg ni pun xde apa nak post sebenarnya. Cuma nak berkempen di blok saya, hargailah air..^_^
Lately asyik xde air je kan dkt blok. Semua routine harian jadi agak sukar. Mandi pagi pun dah awal, kalau dulu dekat sekolah mandi lagi lambat dari waktu sekarang. Tapi ni ujian. Allah baru tarik nikmat sikit kan. Apapun, hargailah air kerana setitis air pun nikmat daripada Allah. Baju dalam baldi penuh, ampaian kosong. ^_^