Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Terkadang terasa apakah dia terlalu kaku di jalan ini? Berhadapan dengan masalah yang sama, ujian yang sama. Sehingga terkadang merasakan diri terlalu tepu di jalan ini. Terasa ruuhi hilang melayang-layang. Dan dia yakin lagi pasti, bukan dia sahaja merasai bahang futur ini, mungkin ada, ada di antara mereka juga merasainya.
Istighfar!
Usia dakwahnya baru setahun jagung. Dia seakan sudah longlai. Ke mana perginya hamasah yang dulunya gilang-gemilang? Menjulang-julang bak obor yang membakar terang?
Istighfar lagi.
Sedarlah bahawa semua ini tarbiyyah daripada Allah. Sungguh, ia turun ke hati dan dirasai dengan penuh rasa cinta oleh orang-orang yang betul-betul menyerahkan cintanya kepada Illahi.
Dahulu bila dia tiba-tiba melakukan perubahan, twist 180 darjah. Ramai yang bertanya,
"join usrahkah sekarang?"
Mungkin mereka kaget melihat perubahan mendadaknya.
Daripada bertudung 'butterfly' kepada bertudung labuh.
Daripada fesyen sophisticated kepada fesyen ala-ala ustazah.
Daripada solat ala-ala dinasour kepada solat sharp on time.
Mengapakah? Mengapakah berlaku penghijrahan tersebut?
Apatah lagi 2-3 minggu ini sedang hot tentang video osem APG 11. Video yang dihasilkan rata-rata menceritakan tentang epik zaman jahiliyyah kemudian berubah ke arah kebaikan. Semuanya bermula dengan izin Allah. Bermula dengan wujudnya bulatan gembira.
Pulang dari ISK, dia rasa lebih khadam dengan tanggungjawab da'wah yang perlu dipikul. Betul, seorang 'abid itu amat mulia di sisi Allah. Namun ia seakan tidak lengkap tanpa acuan khalifah.
Tiada guna jika seorang abid itu faham tajwid, mengaji dengan betul, faham tafsir al-qur'an tetapi tidak share dengan orang-orang di sekelilingnya.
Tiada guna jika seorang 'abid itu faham tentang islam tetapi tidak share dengan manusia di sekelilingnya.
Menjadi 'abid itu perlu, tetapi menjadi abid dan khalifah itu lebih perlu. Dia faham benar dengan surah ar-rum. Dia tidak mahu masuk ke syurga sorang-sorang. Dia mahu menarik semua, kamu, kamu dan kamu berpimpin tangan masuk ke syurga. Tidak mahukah?
Bila Allah menjentik hatinya mengikut suara hati ke arah jalan ketaqwaan itu.
Hatinya kembali berbunga riang. Api hamasahnya kembali menyala garang.
Sungguh! Dia tidak mengharapkan yang lain melainkan berdoa agar Allah tetapkan hatinya di atas jalan cinta yang membawa dia dekat denganNya. Jalan yang memperkenalkan dia tentang keindahan hidup dengan rasa penghambaan dan pergantungan hanya pada yang esa!


No comments:
Post a Comment