
E: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:
Sebagaimana kita mengkehendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.
Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka.
Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada Allah. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa.
Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.
Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya.
Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
F: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.
Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.
Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia.
Kita mengkehendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya.
la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk dilalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.
Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam.
Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.
Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu.
Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ok, selamat membaca! Merasakan peri pentingnya usaha yang keras dan persediaan yang rapi ke arah membentuk bayt al-musleem ini, seharusnya kita mengambil cara atau wasilah yang sepatutnya supaya bayt musleem yang bakal terbina akan kekal dan diredhai Allah InshaAllah.
Er, gambar-gambar di dalam post ini hanya menjadi sumber inspirasi buat diri sendiri. Bukan untuk tujuan lain. Babah dan Ibu sebagai qudwah hasanah buat diri sendiri. (^_^)
Batch 2nd Legacy SBPI Jempol 03/04? Takde yang nak langsung ke tahun ni? Jangan lupa jemput!
P/s- Tribute to all Naqibaats HELWI, minggu ini jangan balik tau! Tidak boleh tidak mesti berada di kampus pada hari Ahad. MT ada program khas untuk entunna semua. Supriseeee. Just wait n see. InshaAllah. (^_^)
Aishah Humayra'.
Baity jannaty.

21 comments:
ada yang dah berlangsung tapi tidak dijemput kita semua... sedih rasanya... sepatutnya perkara baik seperti ini adalah lebih wajar diwar-warkan... benar?
erm, itu benar. tetapi mungkin ada sebab2 tertentu yang menuntut mereka berbuat sedemikian..
ak tahu kisah mereka yang sebenar dan memang ada sebab yang memerlukan mereka merahsiakn utk semntara waktu...tapi mereka akan announce suatu masa nnt...mungkin msa reunion nnt...
apapun, maafkanlah mereka..
ya...betul2...baik tanya dia sendiri kalau nak kan kepastian dan kesahihan daripada korg duk bincang blkg2 kan....(^_^)
mungkin kita akan faham bila dengar drp orang yang terlibat....
anyway, petol...bila reunion???ramai nk grad da nie...ke nk tggu ko langsung dulu?hoho..xsesuai ok...jgn bg bdk lompat dulu...bg 87's dulu...hehe
and aku pun tahu kisah mereka yang sebenar....dan mmg agak berat untuk mereka bwk hal nie ke khlayak...
tp mereka akan announce jgk bila tba masa yg sesuai inshaAllah...
anyway, i love to see her adorable baby girl...chumil ok!
huehuehue...
rahsia sudah bocor.. ape lagi mahu disorok-sorok...
ataupon kita pulak yang kena raikan mereka??
ish cam tak betol plak...
nak aku langsung?
patutnya da lepas da nie... tapi apakan daya... perancangan allah itu lebih rapi lagi hebat
er, mmg ramai dh yg tau n tuan pnya badan pun dah sedia maklum...tggu jela respsi drp mereka...mana tau kat palace of golden horses ke kan...hoho...
oh dah terlepas lah nie, xpe2 ko kan kecik lagi...anyway, bgs jgk buat forum tuk our batch tu...cumanya ak lupe url die sbb dah lama xbukak...hehe
semangat eh sekarang dengan tajuk bm ni..?
er, semua org mestila semngat kan nk bina BM yang cemerlang, bahagia dan diredhai Allah...mesti2...mesti ada semngat tu...(^_^)
cuma tak tahu bila n dgn siapa...Allah knows best...
hek eleh.delete2 pulak coment orang.kalo tak bg org komen, toksah letak tempat coment la!mmg nak kawen sangat doh.
biarlah dia nak delete. kalau orang yang komen pun tak reti nak jaga perkara-perkara basic dalam mengkomen... saya pun delete jugak.
erm..1st of all...terima kasihla kpd yg bg komen...
saya peliklah, saya post ttg Bayt Muslim je...bukan bermakna diri ini nak kahwin...tp sejak dua menjak ni ada someone yg "mengganggu" ruangan komen saya....kenapa ye? saya ada ganggu anda ke?
rasa seperti tidak selesa dgn keadaan begini...n kalau ada apa2 yg perlu diselesaikan, sila tampilkan diri....xelok mengaibkan orang di sana sini...
terima kasih kpd ... (pengkomen ke 2). saya juga akan bertindak seperti dia.memadam komen yg tidak sepatutnya.maaf...
sy xtau siapa yg komen ni,hanya Allah yg tahu. n sy mtk maaf kl ada buat salah pd anda. cuma, mcm kata ... tadi, jg etika sms beri komen. be profesional. syukran lakum
ewah2..
kasarnye bhse..
bia la along sy nk cite psl kawen ke x..
awk tu msti xde org nk, kn?
tu psl x puas ati sgt tuuu..hahah..
sorila yerp..saye angah die..
sy x ske org ckp kasar2 ngn along sy..
psl sy pon jrg sgt33 ckp kasar2 ngn die..hihi..
long, i miss u (T_T)
haha...mekaseh angah...
xpela, biarla apa org nak kata kan...sy terima seadanya...alhamdulillah...
yg penting saya sayang angah saya!! miss u too...always~(^_^)
tau xpe...kenapa begitu kasar menegur? begitu kasar teguran itu...kalaupun kak aishah saya ni ada buat salah, tegurlah dgn cara yg baik....bukan menjatuhkan air muka dia...
kesian kak aishah saya yg lemah lembut ni kena tegur kasar sedemikian..sabar kak!
lgpun, salah ke dia nk cta bab kawin? dia nk masuk 22 da pn...dah layak utk cerita...walaupun statusnya masih mencari kan kak?hahah..die pn xtau sape utk die...xmesti dia tulis post nie dia nk kawin...
apapun,Allah knows best 4 u!
Barangsiapa yang sudah hampir masanya, maka janganlah menangguh-nangguh lagi! Kerana sesungguhnya ia adalah satu jalan yang memelihara diri serta kehormatan seorang individu muslim...
"Sesiapa yang berkahwin bererti dia telah menyempurnakan sebahagian daripada deennya, maka dia hendaklah bertaqwa dengan sebahagian yang masih tinggal".
(Riwayat Thabrani)
sy s2ju ngan amar...tp kne cari yg tol2 'estblishd'.huhu
'jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari’ (HR Thabrani)
"Sebaik shj tiba masanya, tiada siapa yg dapat menolak...."
saba kak ecah...
sape pun yg mengkondemkan akk...
pedulik kan la...
sy di belakang akk!!!
yeah!
pray 4 ur best...
jgn sedih2 k...
hmmm
Allah knows best~~
^_^
hehe...mekaseh my dear nad...xde ap2la kot...ok da rasanya...alhamdulillah (^_^)
akk du'akan jgk nad cpt2 langsung...haha....
....................................................................
Post a Comment