Bersama kita melangkah

Wednesday, January 28, 2009

Duhai kalian, mengertilah...^__^


My Islamic discussion group there..

Bismillah.
Assalamu’alaykum.
Lewat malam semalam, handset “kayu” milik diri ini berbunyi tanda satu message telah masuk. Sang pengirim merangkap sahabat baik meminta pendapat tentang masalah yang dihadapi oleh temannya di kampus:

“Ntahla, sy rasa jauh hati sebab sy rasa naqibah slalu terlupe kewujudan sy dalam usrah. Padahal sy yg banyak bwa sahabat2 sy join dlm usrah tu. Tp kalau ade halaqoh atau foward2 msg ni sbg peringatan, jarang naqibah buat mcm tu dekat sy berbnding dgn sahabat2 yg lain. Kadang2 kalau ada halaqah atau usrah jam’ei, sy jarang di inform. Selalu je sy dapat maklumat dr org lain n jd org paling last tau. Kebetulan ada seorang kawan ajak saya join usrah lain. Patutkah saya keluar dari usrah yang lama ni? ”

Begitulah lebih kurang mesej tersebut berbunyi. Lama mata ini tertancap pada skrin handphone. Merenung, berfikir macam mana nak bagi respond peribadi kepada sang sahabat ini. Respond sudah diberi, tapi tak taulah berkesan atau tidak. Maafkan insan yang lemah lagi dhoif ini. T___T
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Pagi tadi, satu folder daripada laptop ini digeledah. Mujur masih wujud lagi folder ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan musykilah-musykilah yang berlaku. InshaAllah.

Jika direnung, dikaji, diamati, diteliti.

Siapakah sebenarnya yang bersalah dalam hal ini?

Sang naqibah?

Ataupun

Madu’nya?

Lalu diri ini ingin membawa musykilah ini dari akar hingga ke umbi persoalan yang berselirat di kotak fikiran kita sekarang. Diri ini pasti semua sudah sedia maklum tentang apa dia maksud usrah, tujuannya, matlamatnya dan sebagainya. Namun hari ini, saya ingin mengupas tentang punca kegagalan tarbiyyah dalam usrah dan bagaimana pendekatan tarbiyyah berkesan dalam usrah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Apakah antara punca kegagalan tarbiyyah dalam usrah?

1) Kewujudan ahli yang sering mempertikaikan kepimpinan naqib/naqibah dan memperlekehkannya. Ini akan mewujudkan suasana buruk sangka atau mencacatkan kethiqahan seseorang pemimpin.
2) Naqib yang merasa diri serba boleh, ditambah pula sikap pandang rendah kebolehan orang lain. Stail naqib ini akan mengesani ahli usrahnya, dan seterusnya akan ada yang pro dan ada yang kontra, di sinilah bermulanya suasana tidak sihat dalam organisasi yang seterusnya menjejaskan proses tarbiah.
3) Kesibukan harian menyebabkan tidak semua dapat menghadiri usrah.
4) Sifat-sifat keperibadian yang tersendiri. Contohnya, pendiam, amat kurang memberi respon, sombong, bakhil dan sebagainya.
5) Tingkat ilmu yang tidak sama dalam satu usrah. Ia membuatkan kurang semangat berlumba-lumba atau bosan kepada yang telah faham.
6) Kewujudan ahli yang suka banyak cakap, berjenaka atau bergurau yang melampau. Ia akan mempengaruhi lingkungannya meniru perangai itu.

Mungkin itu antara punca-punca kegagalan tarbiyyah dalam usrah. Fenomena ini tidak semestinya wujud dan tidak semestinya tidak wujud dalam sesebuah usrah. Namun, diri ini yaqin, insan-insan yang menyertai usrah ini ialah insan pilihan Allah. Maka, insan pilihan Allah akan sentiasa bijak dan matang dalam menangani sesuatu masalah sesama naqib dan mad’u secara berhikmah. Am i right? inshaAllah.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Jadi bagaimana pula pendekatan tarbiyyah berkesan di dalam usrah?

1) Semua tahap kepimpinan (naqib) mesti mewujudkan suasana ahli dapat mendengar, membaca dan menyaksikan sesuatu yang Islamik. Ia dilakukan dengan mewujudkan suasana jama`iyah.
2) Naqib/naqibah menjadi qudwah mitahiyah kepada ahli (role-model).
3) Memperbaiki keaiban dan kekurangan. Tarbiah dibangunkan atas asas mengubati kelemahan dalam semua aspek. Naqib perlu mengesani kelemahan-kelemahan ahli untuk memperbaikinya.
4) Naqib/naqibah menghubungkan mad’u dengan satu matlamat yang praktik. Naqib mesti meletakkan di hadapan ahli, matlamat yang mampu dicapainya dalam masa terdekat atau boleh ditentukan, bukan matlamat yang terlalu jauh yang dia melihatnya sukar dicapai
5) Galakkan mad’u berfikir. Naqib jangan sekali-kali menjadikan mad’unya sebagai “pak turut” sahaja; yang hanya menerima maklumat dan arahan, tidak tangkas berfikir, tidak kritis dan sebagainya.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


adik2 usrah^__^(sebahagiannya)

Tiga perkara penting bagi para naqib dan naqibah serta ahli-ahli usrahnya:

1.Keyakinan ahli usrah kepada kepimpinan.
Kepercayaan atau thiqah ahli kepada kepimpinan termasuklah naqib amat penting. Thiqah inilah yang membuatkan ahli merasakan semua arahan yang diterimanya patut ditaati dan dilaksanakan kerana ia datang dari kepimpinan yang berwibawa, layak dan berhak mengeluarkan arahan tersebut. Ia merasakan kepimpinan lebih berkelayakan daripada dirinya. Naqib mestilah membina kepercayaan ini di kalangan ahli usrahnya.

2.Membangun kepercayaan diri sendiri sebagai ahli dalam usrah.
Naqib juga mesti membina keyakinan diri setiap ahli usrah. Sebagai ahli dalam organisasi dan usrah dia mesti yakin bahawa dia berkelayakan untuk turut sama membangun organisasi.

3. Mewujudkan perasaan mahabbah dan ukuwwah dalam usrah.
Naqib/ naqibah yang baik ialah naqib/naqibah yang sentiasa “care” dengan madu’nya. Apabila bergerak dalam sesuatu pasukan da’wah, mereka akan “share” apa sahaja dengan mereka yang seangkatan dengannya dari segi ruh, perasaan, masalah dan apa-apa yang berkaitan dengan da’wah. Jadi no wonderlah jika, “sharing is caring” itu penting dalam rencah dunia da’wah. It’s crucial. No doubt!


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mungkin entry kali ini agak panjang, dan mungkin entum/entunna semua akan berfikir 4-5 kali untuk membacanya. Apapun, diri ini memang tidak layak untuk mengupas panjang tentang masalah ini. Namun, walaubagaimanapun hati ini berdu’a agar paling tidak pun, sedikit ilmu dapat dikongsi bersama. InshaAllah.

Pesanan peribadi kepada para naqibah, alertlah tentang kondisi mad’u entunna setiap masa kerana mereka juga insan lemah seperti kita yang dahagakan ilmu dan tarbiyyah.. Dan kepada ahli usrah, fahamilah kondisi para naqibah yang kadangkala diri mereka juga terumbang-ambing dengan masalah. Bukan lupa, tetapi mungkin terlepas pandang. Mungkin mudah mengingati yang satu tetapi agak sukar mengingati yang ramai. Apapun, husnuzzon itu penting!^___^

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bukan mudah menjadi seorang naqibah,
Humayra'.
Baity jananty.
Muar johor.

Friday, January 23, 2009

Rindu.(fullstop)

Bismillah.
Assalamu'alaykum.

Akhirnya, masanya tiba jua! Alhamdulillah. Hari ini akan pulang ke Muar dan bercuti selama lebih kurang seminggu. Perasaan rindu kepada mereka di bawah sering menggamit dan membahagiakan hati ini. Tersenyum sendiri tatkala mengingati mereka. Moga Allah kekalkan kemesraan hati-hati ini. InshaAllah.

Apa istimewanya cuti kali ini? Semua adik-beradik ini akan pulang serentak. Means, semua ada masa cuti ini. Keenam-enamnya! Ini adalah suatu perkara yang amat sukar dan jarang berlaku kerana kami masing-masing jauh bertebaran di atas muka bumi Allah ini. Tapi cuti kali ini, InshaAllah semuanya ada walaupun untuk jangka masa yang pendek. Tak sabarnya!



Adik bongsu yg perempuan ye!^_^


Amir and angah


Amir, angah and naya akan pulang

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

So, diri ini mengakhiri entry kali ini dengan ucapan, Happy Hols everybody! Di mana sahaja anda berada di bumi Allah ini. Terus-terusan melakukan 'amal dan kebajikan. Fastabiqul Khayrats!

Quatation from my lovely sister ever, really inspired me!

"When you have no one around, you only have Him. Akan sampai satu masa, hati kamu itu pasti kamu dapat rasakan, ia nya milik Allah. Allah alone. At that time, kepada Allah sahaja hati ini berserah, and you really hope Allah SWT can hear all your wishes. have you ever feel it? so what is your next action? Keep on believing in Allah! Yakin sangat dengan Allah!

Sooner or later, you feel the sweetness of eeman, the sweetness of being His slave, the sweetness of being with Him everytime. Yes! Every second, you feel Allah is with you, insya Allah!

Alangkah indahya.. apabila hati itu hanya milik Allah! dan benar, rinduNYA itu hadirkan kekuatan, alhamdulillah!
"

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
ziyaadah Al-'Ilm:
fastabiqul khayrats-berlumba-lumba melakukan kebaikan
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Gelap rasa dunia ini tanpa cahaya Illahi,
Humayra',
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Tuesday, January 20, 2009

O Allah the Almighty....^_^



Bismillah.
Assalamu'alaykum.
SubhanAllah wa Alhamdulillah wa La ila Ha Illa Allah. Setinggi2 syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat islam dan iman yang masih kekal menjadi milik diri kita semua. Alhamdulillah. Sebenarnya sebelum subuh tadi diri ini telah "selamat" mencoret satu entry untuk dikongsi bersama entum dan antunna sekalian.

Namun, sedang jari menari-nari meng"edit" beberapa perkataan, Elektrik tiba-tiba terputus. Jadi semua yang telah ditaip lebur dalam sekelip mata.
Tiba-tiba teringat quotation ini"Saat aku merancang, diri ini telahpun diRancang". Huhu.

Sounds like ana ni berada di suatu kawasan pendalaman je kan. Yela, tiba-tiba je elektrik jetak, bak kate oghe klate. sO, kena datang ke Kuala Lipis dahulu then baru boleh judge ia bagaimana.^_^. Setiap bakal guru mesti sentiasa berimaginasi berada di tempat pedalaman, yeke? Hoho.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Okay, back to the main point. Since isu serangan di Gaza pun masih lagi hangat diperkatakan, jadi diri ini ingin membawa semua merenung, mengislah, memuhasabah diri untuk berfikir sejauh manakah kita sebenarnya telah membantu meringankan beban dan kesengsaraan sahabat-sahabat se'aqidah kita di sana.

Baiklah, saya ingin mengambil satu contoh alternatif yang kita ambil dalam usaha meringankan beban mereka dan diri ini pasti boikot adalah salah satu jalan yang diambil oleh entum/antunna sekalian. Betul atau tidak? Namun sejauh manakah kita sebenarnya memboikot barang-barangan mereka.

Sudah cukupkah kita memboikot secara Kaaffah? Atau baru 30%. 15%?. Hatta mungkin hanya 5% dan juga tidak mustahil, tiada langsung. Na'uzubillah. Dan diri ini percaya, di luar sana, masih ada lagi yang:

Menjamah Mc D sebagai makanan ruji.

atau

Meneguk nescafe sebagai minuman favourite. (booster)

atau


Bersolek dengan jenama make-up loreal.

Sukar bukan. Kerana apa? Kerana hampir kesuluruhan produk-produk di negara kita dimonopoli oleh bangsa itu. Anda dalam dilema? Diri ini juga kadang-kadang berada dalam keadaan dilema.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Berikut adalah beberapa situasi yang menunjukkan seseorang yang ingin istiqamah dan berusaha untuk terus memboikot, tetapi dalam keadaan dilema.

Situasi 1:
Ana dah 3 tahun guna handphone nokia ni. Macam mana ya?

Situasi 2:
Sahabatku! Jom g makan Mc D? Ana belanja!

Situasi 3:
Ana dah beli produk-produk ini sebelum kempen boikot lagi. Tapi masih belum habis. Macam mana ya?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Semua di atas adalah contoh semata-mata. Tapi mungkin boleh terjadi kepada diri sendiri, keluarga, sahabat dan sebagainya. Jadi bagaimana kita ingin meleraikan kekusutan dan kebuntuan ini? Berikut mungkin ada beberapa langkah yang boleh kita ambil dan dijadikan 'ibrah dalam kehidupan masing-masing.

(1)Berusaha dengan berterusan untuk menerangkan kepada rakan-rakan baik kita agar mereka istiqamah memboikot mana-mana barangan amerika dan israel.

(2)Jangan berputus asa, kerana barangsiapa yang berputus asa dari rahmat Allah nescaya Allah menyatakan: "yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang kafir" (surah Yusuf)

(3)Mencadangkan alternatif-alternatif lain yang lebih baik dari sekutu-sekutu amerika dan Malaysia.

(4)Banyak-banyak berdoa agar Allah membantu saudara-saudara kita di Malaysia khasnya, agar mereka sedar betapa pentingnya amal yang istiqamah. Terutamanya dalam jangka masa panjang.

Nasihah ini dipetik daripada blog seorang sahabat: atmkeikan.blogspot.com. Moga bermanfaat buat semua. Wallahu'alam.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Ini nak masuk cerita lain. Subuh tadi, ada seseorang akhawat telah meng"add" diri ini di ym. Sungguh diri ini tidak sangka sebegitu pantas ia berlaku. Alhamdulillah.^_^. Salam Ta'aruf Kak 'Abyd! Lalu, sang empunya jasad ingin mengucapkan terima kasih dari jauh kepada "orang tengah" yang telah membantu. Syukran katheeran!

It’s amazing u know when Sometimes, ada orang yang kita tak kenal but they do give an impact on us. Bagi yang mengenali diri atau tidak mengenali, hampir setiap insan yang saya kenali di luar sana, rapat atau tidak, boleh dikatakan setiap daripada kamu ada memberikan tauladan ke atas diri ini. InshaAllah, jasad ini mendu'akan setiap 'influence' yang positive dari kalian akan Allah berikan pahalanya kepada diri kita semua! Ameen.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Ziyaadah Al-'Ilm:
kaaffah-keseluruhannya
istiqamah-berterusan
'ibrah-pengajaran
akhawat-saudara perempuan

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Nuur 'alan nuur,
Humayra',
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Pahang.

Saturday, January 17, 2009

Maafkan Kami Wahai Palestina...

Petang yang damai itu
kusuap beriyani rindu
lauknya sepinggan ceria
di sisi segelas bahagia.

Di kejauhan sana
kau jamah roti-roti luka
kuahnya semangkuk sengsara
ditemani secangkir air mata

Puasa itu ibarat pohon,
bunganya iman, taqwa buahnya,
rantingnya ukhuwah, ithar daunnya.

Senja itu,
bunganya kuncup tidak mewangi,
buahnya pahit tidak bersemi,
rantingnya patah tidak berganti,
dedaunannya kering tak siapa peduli.

Maafkan aku Palestina
sore ini, daun-daun ithar gugur lagi.

Petang yang damai itu
aku disuap beriani rindu
berulamkan sepinggan tawa, ceria, bahagia.

Di sana engkau merasa
roti keras berinti sengsara
berkuahkan semangkuk air mata, luka, duka.

Lapar kita sama
puasa kita jauh berbeza

Maafkan aku, wahai Palestina
hari ini, ithar masih lagi tiada
hilang sudah bisikan cinta
yang tinggal cuma rintihan derita.


Sajak dipetik dari: www.makannasik.blogspot.com

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Diri ini pasti, ramai yang sudah pun menyalurkan perasaan dan bantahan terhadap serangan Zionis di Gaza tidak kira sama ada melalui Demonstrasi aman menentang Israel laknatullah, boikot, menghantar petisyen dan sebagainya.

Semua yang dilihat majaroti berbaju putih campur hitam. Beralun-alun suara, gah laungan ALLAHUAKBAR menggegar langit. Bersaksikan gunung-ganang berpasak teguh rona hijau, semuanya semacam membuak-buak dengan semangat, dengan amarah, dengan dendam.

Alhamdulillah. Siapa kata Muslim ‘buta’? Rata-ratanya sudah celik!

Namun, semangat sahaja tidak cukup untuk membunuh Zionis. Ayuh sahabat-sahabat. Kita berjuang dengan ilmu. Jerit-pekik kita tidak akan bermakna jika kita jauh ketinggalan. Mengapa Umat Islam lemah? Kerana kita tiada jati diri yang kukuh sedangkan Barat di agung-agungkan tanpa disedari. Kita sebenarnya yang pincang, ampuh!

Yahudi laknatullah akan terus-terusan mempertahankan prinsip Zionis mereka kerana mereka bangga dan yaqin, dengan cara itu, mereka menolong agama mereka sebenarnya. Prinsip yang sudah lama sebati dalam kotak hati mereka. Umat Islam akan terus ditindas, itu janji mereka! Lalu di mana kesatuan Umat Islam ketika ini?

Segala-galanya akan kembali seperti sediakala jika kita masih dahaga akan hiburan. Jika kita masih mengagung-agungkan lagu pop, baju pendek nampak pusat, rambut perang karat, kita tidak akan kemana, masih di takuk yang lama!

Jadi Ayuhlah! Berjuanglah dengan mata pena dan ilmu kerana Allah! Teruskan berdu'a untuk Gaza!


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Ziyaadah Al-Ilm:
Ithar:mengasihi sahabat lebih dari diri sendiri

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Seindah Permata Yaquut wal marjan,
Humayra',
IPGM Campus Tengku Ampuan Afzan.

Tuesday, January 13, 2009

Wahai Allah pencipta hati ini...

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Astaghfiru Allah Al-’Azeem, Astaghfiru Allah Al-’Azeem, Astaghfiru Allah Al-A’zeem.. Benar, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Entah berapa besar kerugian entah diri ini alami akhir-akhir ini. Meski sudah berkali-kali diberi peringatan tapi ianya umpama mencurah air ke daun keladi. Hendak dibicara lagi berkenaan perkara ini, tapi.. hati menolak. Cukup katanya, biar Allah dan hati ini saja yang tahu.

Allahumma A’fu ‘Anni Fainnaka ‘Afuwun Kareem

Wahai Tuhanku, maafkan aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan Mempunyai Kemuliaan


Alhamdulillah. Syukur di rafa'kan kepada Allah kerana telah selamat melangkah semester yang baru. Tatkala menghitung "perjalanan" semester, hati selalu berdetik; sahabat-sahabat seusia sudah pun selamat di semester enam dan ada yang bakal menamatkan degree mereka pada semester ini, tetapi sang empunya diri baru "merangkak-rangkak" memasuki semester 1 setelah habis sesi foundation selama tiga semester. Maksudnya ada lapan semester lagi atau lebih tepat lagi 4 tahun!

Sudah menjadi resam dan adat, ijazah pendidikan memang mengambil masa 4 tahun untuk selesai. Hati kadangkala risau, resah, gundah. Lamanya lagi nak grad. Sahabat-sahabat yang lain mungkin sudah selesa mengecapi alam pekerjaan, tapi diri sendiri baru hendak melangkah. Namun, siapakah kita untuk melawan atau mengubah Qada' dan Qadar Allah?


"Inna kulla syai'in kholaqnaahu bi qadrin"
(Sesungguhnya KAMI menciptakan setiap sesuatu mengikut Qadr nya--ketentuan yg telah ditentukan- al-Qamar: 49)

Dan sungguh benar, hanya Dia pendengar yang PALING setia dalam keadaan apa sekalipun. Kita semua akui, manusia memang selalu memerlukan teman di sisi. Namun bukanlah setiap masa dan ketika teman itu boleh sentiasa bersama denganmu bukan? Peratusan sang teman untuk memahami dan mendengar sepanjang masa adalah sangat sedikit.

Hingga yang mana pada akhirnya, kita PASTI akan meluahkan segala-galanya pada Allah. Diiringi dengan rayuan dan tangisan. Sungguh, hanya dengan tangisan dan rayuan, hati yang gundah bisa tenang setenang-tenangnya selepas mengadu. Tidak perlu bersusah payah meraung, Allah pasti sudah mengetahui apa yang terbuku di hati.


Namun, sudah menjadi adat manusia, dalam keadaan susah, baru tercari-cari Sang Pencipta tetapi dalam keadaan senang mungkin ingat-ingat lupa. Kitakah manusia itu? Ampunkan Kami Ya Allah duhai Sang pemilik hati ini...

Sungguh, hati terasa seakan-akan sayu beberapa hari ini. Nak kata homesick. Minggu depan balik raya Cina. Between baru sahaja call rumah lepas Asar tadi. Lagipun masa di Sabah dulu, logiklah untuk homesick. Ya. Hati terasa kosong. Plain. Undefined. Duhai Hati, bila benar mahu menjanjikan taubat sejati buatNYA? Beribu kali sudah berjanji denganNYA bukan? Bila mahu ditunaikan janji2 itu? bila umur sudah dimakan usia? Sungguh, kerdil rasa diri ini. Wahai yang Maha Pengasih, bantulah hambaMu ini.

“
Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sungguh, Dia Maha Pengampun kepada mereka yang bertaubat”
(Surah Al-Israa ;25)



Diri mungkin perlu diperbaiki, dimuhasabah. Perlu didekorasi, dikoreksi.
Humayra',
Pahang.

Monday, January 12, 2009

Allah memilihmu dan kamu pilihan Allah







$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Mungkin dahulu kita adalah penggemar Mc'D, KFC, Nescafe, Maggi, Kit Kat and etc. Tapi apa kata jika pada hari ini, kita bersama-sama memboikot all those things supaya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesengsaraan mereka. Ayuh!!!






$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

"Wahai Saudara-saudaraku di Palestin, berbahagialah dengan jaminan syahid dan kemenangan abadi di akhirat. Sungguh kamulah barisan paling hadapan Umat Islam dalam mempertahankan kesucian Agama Allah Subhanahuwata'ala.

Allah memilihmu dan kamu pilihan Allah. Maafkan kami wahai saudara-saudara Palestin kerana tidak bersama mengangkat senjata menyertai jihad yang suci lagi mulia ini.Ihzimhum, Ihzimhum, Ihzimhum Ya Allah."

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Ziyaadah Al-'ilm
Ihzimhum- kalahkan mereka(musuh)
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Humayra'
IPGM kampus Tengku Ampuan Afzan,
Bumi Allah,
Pahang.

Wednesday, January 7, 2009

Yes, because my mum is amazing!^_^

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Hari ini adalah birthday mak saya yang ke 48. along, angah, amir, naya, apit n una mengucapkan: "Happy birthday ibu!"

Ya benar, kami mungkin nakal. Tapi kami sayaaaanggg ibu!^_^
Kasihmu tiada terganti. Terima kasih!

Special wishes to:
  • wak sahak n wak nor (zauj n zaujah birthday sama. sweet kan!)
  • yana mohd bani
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil,
Humayra',
Baity jannaty.

Tuesday, January 6, 2009

Tidak gentar walau di goyah



Bismillah.
Assalamua’alaykum.
Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat oleh Allah untuk bernafas di bumi ini, di atas “pentasNYA” dengan limpahan kurniaan Iman, Islam dan Ihsan InshaAllah. Ya. Sesi persekolahan dan kuliah sudah pun bermula tetapi sang empunya diri ini masih lagi di beri peluang oleh Allah untuk bercuti sehingga 11 hb ini Alhamdulillah.^_^

“Cikgu-cikgu pun naik sem lambat ye. Kosongla sekolah kalau gini.”

Ini adalah antara mesej daripada sahabat2 yang “jealous” kerana diri ini bercuti hampir lebih kurang dua bulan. Hihi. Ya benar. Lama betul cuti semester kali ini. Apapun, kala keseorangan di rumah, rindu sentiasa menggamit buat sahabat2 and adik yang jauh di mata. Sap, angah, pam, sheri, bell, cik ain, moy, dydo, cha, dan and doyo. Rindunya.

Jasad sudah seminggu kekurangan antibody. Demam, pening, dehydrated dan batuk berpanjangan. Sungguh tiada niat untuk mem”publish” tentang keadaan diri ini di khalayak. Tetapi merasakan diri yang sentiasa dikelilingi khilaf dan dosa mungkin salah satu factor sang empunya jasad ini mendapat kurniaan “sakit” dari Allah. Kredit to sap: “Sap, sudah sembuhkah kamu? Syafakillah ye.”

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$




Ingin membawakan topic yang biasa. Tapi mungkin berat bagi masyarakat kita untuk menunaikan nya sekarang. SOLAT JAMA'AH. Isu biasa yang selalu kita dengar. Dikupas sedikit dari buku yang pasti ramai sudah pun memilikinya; daripada Prof. Muhd Kamil Ibrahim dalam nukilannya “Travelog Da’wah-Meniti Hari Esok”.

“Salah satu aspek kualiti yang tidak pernah dilaporkan dalam mana-mana pertandingan kualiti ialah kualiti di sisi Allah.

Namun, perjuangan saya yang tersirat dan paling utama adalah mencapai kualiti tersebut. Pada musim cuti semester ini marilah kita berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa bagi membuka hati terutamanya bagi mereka yang berada di dalam kampus supaya dapat meluangkan masa bersembahyang di masjid.

Pada akhir zaman, hanya segelintir sahaja yang terbilang. Segelintir itu biarlah daripada warga UiTM Johor. Kita berdoa untuk diri kita sendiri supaya Allah membuka pintu hati, tergerak perasaan dan menyentap emosi supaya takut dan gentar kepadaNYA

Ampunilah kami Ya Allah”

Ini mungkin luahan hati beliau yang mengharapkan Jamaah di masjid kampusnya mantap dengan barisan saf solat jamaah. Beliau merupakan pengarah di situ dan kuasa pentadbiran terletak di tangannya. Saya kagum dengan ke”obsess" an beliau untuk melakukan solat jamaah. Saya kira ramai yang sudah mengikuti perkembangan diri beliau baik di kaca TV mahupun buku-bukunya.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Tadi mungkin situasi di UiTM Johor. Teringat jamaah di KMJ pula. Ya. Jamaah di KMJ tidak kurang mantapnya, Alhamdulillah. Mungkin satu masjid tidak penuh. Tetapi sekurang-kurangnya ada jamaah untuk kelima-lima waktu dan walaupun Imam-imam nya adalah orang yang sama dan ada juga mereka melakukan rotation sebenarnya.

Mungkin pembaca tertanya-tanya. Macam mana boleh tahu Imam yang sama. Mengintai la ni. Haha. Jangan salah faham. Untuk pengetahuan, masjid KMJ spesifik lagi bahagian Muslimat ialah di bahagian atas. Jadi entire ruang masjid di bahagian bawah for sure nampak.(tapi sekarang dah pasang curtain kalau tak silap)

Ada seorang Imam tu, saya ingat sampai sekarang. Selalunya waktu subuh beliau akan menjadi Imam. Beliau akan baca surah Al-Baqarah. Ayat agak tengah-tengah juga. Jadi apabila selalu diulang-ulang, ia sedikit sebanyak melekat pada minda jamaah yang lain. Besar sungguh pahala Imam itu bukan? Itu antara kaifiyat solat jamaah.

Kalau dalam du’a Qunut, Imam ni akan panjang sikit du’anya. Beliau pasti akan menambah du'a untuk keselamatan rakyat Palestin, Acheh, Iraq, Iran dan yang sewaktu dengannya. (Qunut Nazilah) Mungkin cara Imam ini yang berlainan dapat menarik lebih ramai jamaah.

Jadi tidak hairanlah jika semangat memperjuangkan Palestin masih menjalar dalam diri beliau sehingga kini. Ya benar. Kadang-kadang bilangan jamaah amat luar biasa jumlahnya. Di bahagian musleemat juga. Alhamdulillah.

Apapun, semangat jamaah di KMJ harap dapat diteruskan pada batch2 yang seterusnya. Ameen. Rindunya suasana di sana.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sama juga keadaan di kampus saya sekarang. Bilangan jamaah kadangkala menaik kadangkala menurun. Persis graf Iman yang kadangkala yazid kadangkala yanqus. Pernah diusulkan kepada lujnah da’wah dan tarbiyyah supaya diwujudkan skuad Subuh untuk mengejutkan para pelajar. Tetapi ia bukanlah suatu perkara yang mudah.

Namun, walaupun masih jua Imam yang sama dan ada juga rotation. Alhamdulillah, semangat jamaah di kampus masih lagi “hidup”.

Walaupun kita punya pelbagai alasan untuk mengatakan diri sibuk dengan kuliah, assignment, projek dan sebagainya. Tetapi dalam isu “taqarrub” kepada Allah sepatutnya alasan-alasan pincang seperti itu patut ditolak tepi.

Ada seorang lecturer BI di kampus. Ya, beliau juga sangat komited dalam menunaikan solat jamaah. Sekiranya kami ganti kuliah sebelah malam, sesi pembelajaran pasti akan dihentikan sebentar bagi memberi laluan menunaikan waktu Isya’ secara berjamaah.

Yes. Itu seorang pendidik yang baik. See. Kalau ikutkan banyak alasan boleh dicipta. Nak habiskan syllabus lah. Boleh lewatkan sikit Isya’. Tapi disebabkan mahukan pahala jamaah, Sir memberi izin laluan kepada semua untuk solat berjamaah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Nampak seperti remeh. Enteng. Bukan isu berat. Tapi hakikatnya, banyak kebaikan yang akan diperoleh. Bukankah antara pemuda yang dijanjikan syurga ialah pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid? Bukankah dengan berjamaah akan lebih menambah kekhusyukkan seseorang?

Bagi kaum musleemat pula, ya benar, solat di masjid itu tidak wajib bagi kamu. Tetapi pahala solat jamaah itu yang perlu kita grab. Jika tidak sempat berjamaah di surau atau masjid, mungkin boleh berjamaah bersama roommate tersayang. Ya. Saya sayang roommate saya. Begitu juga jiran di sebelah bilik. (saje iklan). Mungkin ada yang tinggal single room. Itu terpulang, mungkin boleh berjamaah bersama jiran sebelah bilik dan sebagainya.

Apapun, kita masih muda. Badan masih sihat dan mantap InshaAllah. Jadi marilah kita bersama-sama mengatur langkah untuk meng’imarahkan masjid. Lecturer saya selalu berpesan”orang lelaki yang tidak berjamaah di masjid/surau eloklah pakai purdah”. Faham? Lebih baik jadi perempuan lah kalau gitu.

Dan para musleemat, anda dituntut juga untuk solat di masjid secara berjamaah. Mungkin ada yang berkata “kalau suami tak izinkan tak bolehkan?”. Yup. Itu bagi yang sudah berkahwin. Yang belum, sila teruskan usaha anda. Wallahu’alam

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

"Sungguh benar Kadangkala di dalam dunia ini, kita tidak sedar kita menyukai, merasai, meminati benda atau sesuatu yang sama dengan orang lain. Ini bukan kebetulan tetapi ialah taqdir Allah.

Tetapi jika kita buang perasaan hasad, iri hati, selfish dan sebagainya, mungkin rasa simpati dan kasihan itu akan wujud dan tidak tergamak untuk menyakiti individu yang lain. Mungkin dalam sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyakiti hati orang lain sedangkan kita bergembira dengan apa yang telah kita lakukan.

Jadi, dalam kita menulis, menaip atau menceritakan sesuatu perkara, WE SHOULD think other people’s feeling before we do something that’s maybe hurting the others. Apa yang kita miliki di dunia ini bukanlah 100% milik kita dan tidak pernah kekal kerana segalanya adalah milik Allah. Du’akan moga semua insan berubah ke arah yang lebih baik. Ameen."

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Ziyaadah Al-Ilm:
yazid- menaik
yanqus-menurun
taqarrub-mendekatkan diri
'imarah-memeriahkan/meramaikan
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Allahumma 'aafini fi badani,

Humayra'
Baity Jannaty,
Muar, Johor.

Thursday, January 1, 2009

Andai itu takdirnya,kami redho demiMU Ya Allah

“HANYA orang mati yang selamat di bumi Gaza.” Sebaris ayat yang dibaca di sebuah blog amat meruntun jiwa lantas melarik air mata yang sememangnya tidak mampu dibendung melihat penderitaan saudara seagama nun jauh di bumi Palestin.

Bait-bait ayat yang tertera di blog itu adalah luahan penduduk di Semenanjung Gaza yang bukan sahaja menyaksikan bumi mereka hancur, malah merelakan anak, isteri, suami, ibu, ayah dan sanak saudara menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Hakikatnya, air mata yang terlerai ini hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan kesengsaraan rakyat Palestin yang mana nyawa mereka kini ibarat sampah di jalanan. Jika pun sampah, ia masih dikutip orang dan masih punya harga. Tetapi tidak bagi nyawa rakyat Palestin yang tiada gantinya.

Nyawa penduduk Gaza dilambung bak bola dan diperjudikan sejak Sabtu lalu tanpa sedikit pun perasaan belas ihsan, jauh sekali menggunakan kewajaran ‘aqal untuk paling tidak pun bersifat peri kemanusiaan.

"SEORANG muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya dab seorang yang berhijrah ialah siapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh ALLAH "(Hadith Riwayat al-Bukhari, Abu Daud wa An-nasa'i)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Maka kerana itu, penduduk Gaza kini tidak lagi merayu-rayu dunia supaya berasa kasihan kepada mereka. Untuk apa mereka merintih, merayu? Sedangkan mereka tahu dunia tidak boleh berbuat apa-apa selain berhimpun di jalanan mengutuk dan mengkritik serangan seumpama itu. Mereka sudah lali dengan apa yang berlaku. Namun jauh di sudut hati mereka, perasaan syukur pasti terselit kerana masih ada yang sudi “merasai” apa yang mereka rasa walaupun sekadar mengadakan perhimpunan dan meminta petisyen di sana sini.

Penduduk Gaza amat dhoif dan dinafikan kemudahan elektrik serta bekalan air. Mereka yang sepenuhnya bergantung kepada bantuan PBB cuba untuk terus survive dan menghirup udara yang tercemar walaupun rasa diri mereka amat payah dan hanya berserah serta pasrah untuk terus bertahan di tanah air mereka sendiri. Lalu, apa lagi yang mampu mereka katakana selain MATI yang menjadi cita-cita utama mereka kini.

Mereka tahu dan sangat mengerti bahawa nyawa mereka akan berpisah dari badan pada bila-bila masa sahaja. Tiada ruang mahupun sudut di bumi Gaza yang terlepas daripada “tapak penggambaran” kekejaman Israel lantas jika ada di kalangan penduduk di situ terbunuh, mereka bukan lagi “hero” dalam sinetron yang tidak berepisod ini. NAMUN ingatlah, di sisi Allah. Mereka adalah para syuhada’ yang berjihad di jalan Allah. InshaAllah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mereka juga adalah paparan kesengsaraan yang tiada siapa pun sudi peduli jauh sekali menjadikan episod luka ini sebagai suri tauladan dalam hidup mereka. Tanpa kita sedari, mereka sebenarnya merupakan lantunan sebenar kekejaman dunia yang tergamak mengizinkin Zionis meratah sebuah kehidupan yang tidak sepatutnya berlangsung dalam keadaan sesedih ini.

Mengapa dunia mesti berpura-pura menunjukkan keprihatinan? Mengapa kuasa besar bersuara untuk membuka ruang kepada perdamaian sedangkan merekalah yang bertanggungjawab mencetuskan api sehingga kini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila.

Di mana OIC di saat mereka terseksa? Di mana umat Islam? Di mana KITA wahai para shabab sekalian. Adakah umat Islam sebegitu lemah sehingga membiarkan nyawa saudara kita di Gaza melayang-layang di ruang udara? Adakah kita sebenarnya yang “membantu” atau “menyokong” kuasa besar itu dan secara tidak langsung membantu melenyapkan umat Palestin dari muka bumi ini.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Hakikatnya, kelemahan Umat Islam dan negara Islam semakin terserlah. Seharusnya kematian penduduk Gaza diiringi dengan senyuman bukan lagi tangisan lantaran hanya orang yang mati sahaja yang selamat di bumi itu dan dalam keadaan sedar atau tidak kita adalah antara penyumbang kepada kematian mereka.

Lalu apa yang mampu kita buat? Specifically rakyat2 di bumi Malaysia? Kita menghirup O2 yang sama. Menghembus Co2 yang sama. Juga meneguk H2o yang sama. Bezanya cuma kita di “bumi” yang berlainan. Sudah-sudahlah berkonsert or joined mana-mana konsert sempena tahun baru ini. Fikirlah akan nasib mereka di sana. ‘Imarahkan masjid. Lakukan solat hajat. Mungkin hari ini hari kita. Entah esok lusa kita pula diserang. Lantas bersediakah kita? Andai walau hanya sisipan du’a yang mampu kita sumbang untuk mereka. Ayuh, Lakukanlah! Allah Maha Mengetahui. InshaAllah.

"Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang yang benar-benar beriman.Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia " (Suratun Al-anfal:74)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Rabbij 'al hazal balada Aamana,
Rabbij 'al hazal balada Aamana,
Rabbij 'al hazal balada Aamana.

Humayra',
Baity Jannaty,
Salam nur Hijriyyah.
Moga tahun baru hijrah memberi seribu manfaat dan kebaikan.