Bersama kita melangkah

Wednesday, July 15, 2009

Er, wujudkah?

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Pernah suatu ketika, seusai satu program di sebuah negeri selatan tanah air, saya dan seorang akhawat duduk minum petang bagi membasahkan tekak sebelum masing-masing pulang ke kampus masing-masing. Berbual-bual berkongsi rasa dan perasaan selagi masih ada sisa-sisa waktu kerana selepas itu, entah bila dua jasad ini bisa ketemu.

"Enti pernah dengar tentang 'Bangsa Naqibah'?."

Saya hampir tersedak. "Bangsa Naqibah? Apa tu? Negara mana yang ada bangsa tu?"

"Tempat ana. Sesetengah student di sana menggelar kami 'Bangsa Naqibah'".

"Serius? Maujudkah Bangsa Naqibah? Baru first time dengar. Kenapa diaorang cakap macam tu?"

"Entahlah". Sahabat saya yang seorang itu mengacau-ngacau airnya dengan straw. Sedih mungkin.

"Enti sedih?. " Saya cuba menceriakan kembali suasana.

"Tak sedih. Terkilan sahaja. Enti tahu kenapa mereka gelar kami macam itu?"

"Sebab...?"

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mereka kata, kami selalu jalan beramai-ramai. Lepas tu jalan tak pandang orang langsung. Sudahlah baju labuh, longgar, takdak shape, tudung tak berfesyen. Kolot!

Lepas itu kalau dengan orang lain senyap je. Tapi kalau dah jumpa "bangsa" yang sekepala bercakap mengalahkan bertih jagung!

Lagi...

Balik-balik asyik organised program agama. Program kita dia banned, boikot. Program dia paksa-paksa orang pergi. Program nyanyi kita dia kata lagho la, itu la. Nak berda'wah konon!

Dekat tangan asyik pegang buku itu sahaja. Ya, buku yang kadang-kadang bewarna hitam, kadang-kadang bewarna maroon. Mereka tahu "buku" itu bagus untuk dibaca. Tapi pernah sekali mereka mengajukan soalan:

"Tak boring ka memanjang mengadap kitab tu? Cubalah baca majalah lain ke. Terbuka sikit minda."

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Erk, AstaghfiruLlah. Berderau darah saya. Pantang jika mashaf suci itu diperkotak-katikkan.

"Cukup enti. Gusar ana kalau enti teruskan. Takut jatuh tahap ghibah pula nanti."

"Er, lain orang, lain ragamnya enti. Bersabar jelah. Mungkin satu hari nanti Allah beri mereka hidayah. Cumanya kalau lepas-lepas ini terserempak dengan mereka, enti leraikanlah pemahaman mereka. Supaya mereka takdak perasaan su'uzzon itu."

Itulah namanya cabaran dan pengorbanan. Ini jalan yang kita pilih. Jalan yang memberitahu erti ukhuwwah, jalan yang mengajar erti pengorbanan, erti hidup, tujuan hidup.

Jadi, waima perit dan pedih macam mana sekalipun, kita tidak lay
ak untuk merungut.

Sedangkan junjungan besar RasuluLlah, pejuang agama teragung dicaci, diugut, dilontarkan najis, tidak sekalipun mengeluh. Jadi apalah haq kita untuk meminta layanan yang baik? SubhanaLlah, keinsafan meresap ke dasar hati.

"Sabarlah ya ukhty. Allah bersama kita InshaAllah."


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sepanjang perjalanan pulang, minda saya ligat berputar, masih tertanya-tanya. Wujudkah Bangsa Naqibah?

Entahlah, biar orang mahu mengata tetapi jangan sesekali kita yang
membunuh perjuangan da'wah kita! Tidak sekali-kali! Biar kita penat, biar kita lelah! Tapi jangan sesekali kita rebah!

Cuma pesan saya, mungkin mereka mempunyai persepsi peribadi terhadap kita. Kita yang perlu mengubah paradigma mereka, pandangan mereka. Janganlah memilih bulu dalam berkawan. Besahabat sahaja dengan mereka, mesra sahaja dengan mereka. Agar mere
ka juga tidak akan berasa tersisih.

Bedampinglah dengan mereka selagi kita masih berada pada sunnatuLlah dan berpegang pada syari'atuLlah.

Siapa tahu? Mungkin mereka juga menginginkan seperti apa yang kita lalui, menyelami bersama apa yang kita rasai, tetapi dek kerana segan, mereka lebih rela mencer
ca, mungkin sekadar ingin melepaskan geram yang terbuku.

Tanpa sedar, kita sebenarnya yang membunuh perasaan mereka itu! Perasaan mereka yang sebenarnya inginkan udara tarbiyyah itu meresap jauh ke dalam jiwa mereka juga.

Ya, kita perlu mendekati mereka, bawa mereka mengenal dan mengingati ALlah, supaya jika wujud sekalipun istilah "Bangsa Naqibah", biarlah kita, mereka dan semua menjadi bangsa itu. Tiada yang tersisih!

Abu Hamzah Anas bin Malik, Radiyallahu 'anhu, who was the servant of the Messenger of Allah S.A.W, reported that the Prophet S.A.W said:

"None of you truly beleives (in Allah and in His religion) until he loves for his brother what he loves for himself". [Riwayah al-Bukhari wa Muslim]

Jalan da'wah memang perit. Tetapi ingatlah, ia tidak akan pernah berhenti tetapi semakin menuju ke arah kemenangan yang diredhai! InshaAllah.


Bangsa Naqibah? Hmmm...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Bangkitlah biarpun perit,
Aishah Humayra',
22 Rejab 1430 Hijriyyah,
Baity Jannaty,
Daar et-ta'zeem.

5 comments:

nuRRul syafi_iZZan said...

uish..benda2 kutukan mmbina ni mmg akan kedengaran ..bagaikan mnjadi halwa telinga kan??

sedih,hampa n so on...
tp percayalah ia adlah kmanisan dlm prjuangan..

tp jgnla sesekali mnjauhi mreka kan kak....

Humayra' said...

yes! betul tu. Walaupun berdesing kadang2 telinga mendengar, itulah halwa telinga yg paling manis...

sedih, hampa and all that are normal, kalau x, orang kata kita takdak perasaan pulak kan...(^_^)

Tapi itulah kemuncup2 dalam dunia da'wah...

u're right dear, jangan sesekali menyisihkan mereka! Nabi pun xpilih bulu dalam berkawan, takkan kita nak demand kan?

bersahabatlah selagi mereka tidak mengajak kita ke arah kemungkaran. Kita yg membentuk suasana, bkn suasana yg membentuk kita (^_^)

- anyway, nice song in ur blog, hari2 akak dgr, hehe-

Anonymous said...

masa tamrin ni kan, kak aishah agak "kejam"....

dia pecahkan belon orang guna jarum

mentang2la dia penganjur program ni haha~

tp bestttttttttt sgt masa tu kak! nak lagi, nak lagi

=)

Humayra' said...

ye eh kejam? bukan kejam la...sengaja akak test...semua alert ke x dgn barang amanah tu...(^_^)

siapa yg koya2 tu, belon dia pecah la...siapa yang alert, mati2an pertahankan, which is good...tp xbermakna yg pecah belon tu tak bagus...hehe...

macam tu juga kalau dgn mad'u, kena alert, concern, ambil berat and all that...ok?

ada sebab kenapa akak sengaja pecahkan belon tu...jgnla marah ye...(^_^)

Anonymous said...

salam, hope ada program susulan utk naqibaats lagi lepas ni, insyaAllah.