Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Teringat satu kisah semasa cuti sekolah bulan Disember yang lepas. Kisah yang masih segar-bugar. Masih baru. Masih biru di hati. =)
Kata Makchu, bancuh sahaja air itu. Bancuh sahaja dengan kordial apa yang ada. Buat dalam 50 cawan. Penceramah jangan lupa. Bancuh sahaja.
Kata Ummi, air masak tak banyak. Air dekat sinki pun tiada. Gula tiada. Makchu tak sempat beli. Jadi pandai-pandai mahu jadikan air secukup rasa.
Bulat mata kami ketika itu. Terkebil-kebil mendengar pesanan Makchu dan Ummi. Nak buat air, tetapi air tiada, gula pun tiada. Kordial ada tiga, tapi tiga-tiga tinggal separuh.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Macam mana nak buat air untuk mereka? Anak-anak pensyarah? Anak Engineer? Doktor? Guru? Tanpa gula? Tanpa cukup rasa?
Makcik-makcik relax sahaja. No worries katanya. Ini rezeki Allah bagi. Kami budak yang baru makan "sedikit garam" senyum sahaja. Senyum-senyum cuak orang kata. Ikut sahaja kata makcik. =)
Maka, terhasil lah air anggur campur roselle untuk adik-adik dan air oren campur roselle untuk penceramah. Sampai sekarang kalau bercerita dengan Nani, pasti senyum sampai ke telinga. Banyak betul kenangan dengan dia, akhawat DQ itu. Selama lima hari di sana, dialah teman setia.
Namun, bukan kisah air oren campur roselle yang cuba diselitkan. Tetapi kisah qana'ah.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Qana'ah itu menerima dengan cukup. Menerima dengan REDHA dengan apa yang ada. Malah tidak sesekali mengeluh. Tidak pelik jika dikatakan qana'ah itu menjadi asbab orang-orang terdahulu bahagia.
Bahagia kerana urat darah qana'ah sama menjalar di dalam veins mereka. Pada zaman ketika Islam baru cuba hendak berkembang, qana'ah telah meresap ke dalam urat darah mereka.
Lalu menyebabkan agama yang syumul ini tersebar luas. Mereka tidak pandang harta benda, mewah dan pangkat. Berasa cukup dengan apa yang ada.Tetapi mereka 'murah' jiwa dan badan untuk Islam. Untuk da'wah.
Kerana sifat qana'ah juga ar-rasul yang mulia pernah bersabda:
"Qana'ah itu adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap" [HR Thabarai daripada Jabir]
Maksud qanaah itu amatlah luasnya. Menyuruh percaya yang betul-betul akan adanya kekuasaan yang melebihi kekuasaan manusia, menyuruh sabar menerima ketentuan Ilahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri, dan bersyukur jika dipinjamiNya nikmat, dan redha jika terbang pula nikmat itu kelak.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Mohon dengan amat sangat ya Wahhab, agar dicampakkan rasa syukur di dalam jiwa setiap hamba-hambaMu. Rasa cukup dengan apa yang diberikan.
Innahu kaana 'abdan syakuura. Forever we thank you Allah.
Habis sahaja slot adik2 banat senyum-senyum. Air akak 'unik' lah. Cehs. =)
1 comment:
kak..we hv to discuss!
Post a Comment