Bersama kita melangkah

Monday, April 1, 2013

Dewan Sri Siantan, Putrajaya's Story

Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah. Dua minggu lepas selesai sudah sesi Penilaian Khas kami yang telah dijalankan di Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Saat nama diupload di laman sesawang SPP, rahang seakan terjatuh kerana PK ini bakal diadakan di Putrajaya. Surely, it would be a very long journey.


We stayed at Sepang which is one hour and half heading to Putrajaya. To be specific, saya bermusafir ke Sepang dan tumpang tidur di rumah Nad. It was my first time experience since the others sudah pun merasmikan rumah nad yang ohsem itu. :)

Saya tiba ke Sungai Pelek agak malam juga. Seriously memang otak sudah tepu dan tidak mampu menerima sebarang maklumat yang heavy (I could say: alasan). Cuma bertemankan orang bijak bestari ini dapatlah kami berbincang sedikit sebanyak tentang isu pendidikan. Dan apa dia Penilaian Khas itu pun kami sendiri masih blur. Cuma perkara yang membuatkan kami melonjak kegembiraan ialah dapat bereunion sebentar walaupun tidak cukup korum.


Seawal jam 4 pagi kami dengan terpaksa cergasnya bangun dan bersiap-siap. Bila akan menghadiri sesuatu perkara yang serius jadi kami bingkas dan menjadi serius untuk gerak awal. Alhamdulillah, sempat solat Subuh di masjid Putrajaya which is dah berzaman tak singgah di situ. Very calm and masyaAllah i love the environment.

Sampai ke Dewan Siantan sharp on time alhamdulillah. Sarapan nasi goreng kampung pun dalam kereta sambil selak-selak nota. And for sure nasi goreng tak habis sebab masing-masing nervous. Rama-rama di dalam perut = Butterfly in the stomach (to be exact meaning)

Akhirnya, blazer di sarung, name tag dipakai, kasut hitam yang lebih kasual dan skematik disarungkan ke kaki. Bismillahirrahmanirrahim.. Tawakal sepenuh-penuh tawakal dipanjatkan kepada Allah.

Masuk-masuk dalam dewan duduk dalam group masing-masing semua muka berkaliber and I was like a kampung girl. Ayat-ayat yang terpacul semasa discussion pun sangat intelectual. And I pun pura-pura be a professional :)


Alhamdulillah 'ala kully hal, after an hour bila arahan suruh berhenti berbincang dan dijemput minum pagi, that's all for the time being! Everything is settled Alhamdulillah. Surat tawaran DG41 juga disuakan kepada kami. Senyum sampai telinga.

Kepada yang lain2, yang masih menunggu result interview, jangan bersedih. InsyaAllah rezeki Allah yang beri. Kepada adik2, please and please try harder to achieve the very best result! InsyaAllah khayr la semua ye ameen~ 

Selebihnya, kami solat Zohor di Masjid besi dan merapatkan jurang ukhuwwah yang terpisah beberapa bulan di Alamanda. Walaupun hanya makan bersama and have a lovely chit-chat sudah dapat mengubat rindu kami, thank you Allah for this miracle friendship! 

Tetapkan kami dalam rahmatmu selalu Ya Allah~



Wednesday, March 6, 2013

Tahun akhir berakhir

Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Saya rasa tahun 2012 berlalu dengan amat pantas. Terlalu pantas sehinggakan apa yang dilakukan seperti sekelip mata sahaja. Bohonglah jika saya katakan saya tidak merindui zaman belajar tahun akhir.

Walaupun amat horror dan terrible. Sebenarnya tahun akhir saya amat manis. 

Tahun akhir memerlukan kami melaksanakan satu kajian atau research mengenai masalah murid. Saya tahu kajian ini mungkin tidak sehebat master namun bagi saya ia memang amat-amat mencabar dan menguji kesabaran.

Saya salute dengan orang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, gigih menyiapkan writing atau report kajian. Malangnya saya yang masih bujang sangat terkontang-kanting menyiapkan laporan dalam masa yang ditetapkan. Patutlah Allah tak izinkan saya bernikah lagi tahun lepas. =)

Melaksanakan kajian terhadap murid yang lemah Jawi sangat menguji kesabaran. Dalam masa empat minggu kita perlu melakukan intervensi terhadap murid-murid tersebut. Jika secara logik, manakan murid yang lemah dapat berubah dengan masa yang amat singkat?

Dan sifat sabar itulah sangat2 dituntut ketika ini. Easier said than done kan?


Masih terbayang-bayang dan terngiang-ngiang saat presentation. Saya wakil perempuan pertama yang present dan sudah pastinya menjadi benchmark kepada yang lain-lain. Allahuakbar bimbang sangat presentation akan jadi 'kelaut' ketika itu. Tapi bila difikir2kan balik, "lame" nya rasa ketika itu. =)

'Ala kully haal semuanya dah berakhirrrr. Syukur sangat report pun sudah dibukukan dan sudah approved by Dr. Khairuddin b. Said.

Kini, saat adik-adik junior bertanyakan tentang kajian, saya agak terkedu untuk menjawab atau memberi pendapat dan nasihat. Yelah, kajian sendiri tidak seberapa. Banyak pengajaran boleh didapati, dah yang paling penting JANGAN BERTANGGUH! Itu yang selalu saya kesalkan sehingga kini.

Yang pasti, zaman tahun akhir sudah berakhir dan saya masih merindukan environment yang hectic  and stressful itu.

Semoga Allah izin buat master pula lepas ini? insyaAllah =)

Monday, December 19, 2011

Semput

Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Terkadang terasa apakah dia terlalu kaku di jalan ini? Berhadapan dengan masalah yang sama, ujian yang sama. Sehingga terkadang merasakan diri terlalu tepu di jalan ini. Terasa ruuhi  hilang melayang-layang. Dan dia yakin lagi pasti, bukan dia sahaja merasai bahang futur ini, mungkin ada, ada di antara mereka juga merasainya.

Istighfar! 

Usia dakwahnya baru setahun jagung. Dia seakan sudah longlai. Ke mana perginya hamasah yang dulunya gilang-gemilang? Menjulang-julang bak obor yang membakar terang?

Istighfar lagi.



Sedarlah bahawa semua ini tarbiyyah daripada Allah. Sungguh, ia turun ke hati dan dirasai dengan penuh rasa cinta oleh orang-orang yang betul-betul menyerahkan cintanya kepada Illahi.

Dahulu bila dia tiba-tiba melakukan perubahan, twist 180 darjah. Ramai yang bertanya, 

"join usrahkah sekarang?"  

Mungkin mereka kaget melihat perubahan mendadaknya.

Daripada bertudung 'butterfly' kepada bertudung labuh.

Daripada fesyen sophisticated kepada fesyen ala-ala ustazah.

Daripada solat ala-ala dinasour kepada solat sharp on time.

Mengapakah? Mengapakah berlaku penghijrahan tersebut?

Apatah lagi 2-3 minggu ini sedang hot tentang video osem APG 11. Video yang dihasilkan rata-rata menceritakan tentang epik zaman jahiliyyah kemudian berubah ke arah kebaikan. Semuanya bermula dengan izin Allah. Bermula dengan wujudnya bulatan gembira.



Pulang dari ISK, dia rasa lebih khadam dengan tanggungjawab da'wah yang perlu dipikul. Betul, seorang 'abid itu amat mulia di sisi Allah. Namun ia seakan tidak lengkap tanpa acuan khalifah.

Tiada guna jika seorang abid itu faham tajwid, mengaji dengan betul, faham tafsir al-qur'an tetapi tidak share dengan orang-orang di sekelilingnya.

Tiada guna jika seorang 'abid itu faham tentang islam tetapi tidak share dengan manusia di sekelilingnya.

Menjadi 'abid itu perlu, tetapi menjadi abid dan khalifah itu lebih perlu. Dia faham benar dengan surah ar-rum. Dia tidak mahu masuk ke syurga sorang-sorang. Dia mahu menarik semua, kamu, kamu dan kamu berpimpin tangan masuk ke syurga. Tidak mahukah?

Bila Allah menjentik hatinya mengikut suara hati ke arah jalan ketaqwaan itu.

Hatinya kembali berbunga riang. Api hamasahnya kembali menyala garang.

Sungguh! Dia tidak mengharapkan yang lain melainkan berdoa agar Allah tetapkan hatinya di atas jalan cinta yang membawa dia dekat denganNya. Jalan yang memperkenalkan dia tentang keindahan hidup dengan rasa penghambaan dan pergantungan hanya pada yang esa!

Friday, December 9, 2011

Pergi Honeymoon


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Mesti mama saya yang kat Japan itu gembira sebab doa dia dah termakbul. Eh doa apa itu? Jodoh ke? Tak. Tak. Mama suruh pergi join program masa cuti sekolah. Baik Makkkk. Doakan saya ye! Ok Bai. :)

Seerah.
Berapa ramai yang mampu membaca, meneliti dan menilai seerah.
Bukan semata mampu untuk tahu semua fakta
Tetapi faham seerah dengan mata hati?

Cukuplah dulu belajar sejarah si sekolah menengah kerana mahu dapat A.

Cukuplah terasa lembab sebab bila dah naik umur 18 tahun,

Baharu sedar yang khalifah sudah tiada selama-manya.

Ini Sejarah Kita.

Kali ini lihat seerah dengan hati
Supaya kita takkan biarkan sejarah itu berulang, berulang 
dan berulang kembali.

Monday, October 10, 2011

The spirit

Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Pertama kali melihat jadual semester ini, dia terduduk. Rasa seperti mahu menjerit, "Alhamdulillah! Semester ini ada hafazan!" Hati berbunga-bunga riang kerana Allah beri peluang untuk menghafaz walaupun bukan satu al-Qur'an tetapi beberapa surah panjang di dalam al-Qur'an.

Namun masuk fasa praktikum, hati yang berbunga-bunga riang tadi seakan-akan menjadi layu. Tahu sibuk bukanlah alasan tetapi terasa momentum diri yang tadinya tinggi tiba-tiba jatuh merudum. Gugur persis daun-daun kuning yang melewati musim luruh.

Dia gusar juga bimbang. Rakan-rakan seperjuangan yang lain bertungkus-lumus menghafaz. Berlumba-lumba tasmi' bersama ustaz. Tetapi dia? Masih termanggu-manggu, tertunggu-tunggu mencari booster.

Satu hari, sedang dia asyik menghafaz di dalam kegusaran, datang seorang akhawat yang sangat dicintainya, sangat dikasihinya. I was chatting with dear friend of mine. She was so curious how come people can memorize the surah as she said she was too slow to do so.

Dia kelu untuk menjawab. Kerana dirinya sendiri is lousy too in 'hafazing' the surahs, but effort pays. Tetapi dia cuba memberi nasihat, "Always stick to your tafsir, and each time yang free, kena ulang hafaz."

Kena sabar, maintain the deeds, improvise, and of course, kena jauhkan diri daripada perkara yang melalaikan yang membuatkan kita hilang saham di akhirat nanti.

Jadi dia perlu bersabar. Kuncinya dia perlu istiqamah, perlu kuat. Kena fokus and remember Allah is those who are mu'mins! So He is there watching over you! huu. Dia super jealous dengan orang yang menghafaz laju. Apa rahsia diaorang ek? *Sobbing guling-guling*

Seriously, I'm missing akhawats. :(

Tuesday, August 23, 2011

Deep Love

Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Alhamdulillah, mahu tarik nafas lega sebentar. Hampir empat bulan blog ini terbiar lesu. Selesu semangat tuannya yang kadang-kadang naik dan selalunya turun dan jatuh merudum. A lot things have been going on in my life recently, ups and downs and roller-coaster rides. But alhamdulillah 'ala kully haal. :)


Again, alhamdulillah thumma alhamdulillah. Our blessed month is here again. We thank to Allah for allowing us to welcome the presence of this month, giving us another chance to recharge our imaan, to gain us much as we can, to bring ourselves closer to Allah.

Yang sedihnya, Ramadhan berbaki beberapa hari sahaja lagi. Subhanallah how time flies so quickly and its already 23th Ramadhan. Huuu. Have we been treating our our beloved guest the very best we can? I hope so. Sobsss.

Weekend yang lepas, rasa seronok sangat dapat berjumpa mereka. Walaupun dapat berkumpul empat orang sahaja (tak cukup korum), rasa best sangat sebab dapat jumpa masa Ramadhan.

Dan kali ini aku merasakan kelainannya. Aku sudah mula rindukan mereka. Kami rent hotel di Kuala Lumpur untuk satu malam. Cuba berjimat-jimat dan tidak membazir walaupun aku tahu pekerjaan mereka bukan calang-calang pekerjaan.


Aku merasakan gathering kali sangat bermakna. Atau lebih tepat lagi seperti semakin matang. Hihi. Aku sudah mula rindu suasana lumba-lumba solat sunat, tazkeerah ringkas daripada mereka, kenakalan mereka dan segalanya tentang mereka.

Selama lebih kurang tujuh tahun menyulam cinta, aku merasakan cintaku pada mereka sangat dalam dan tidak boleh disangkal. Aku sentiasa mengharapkan kami berubah di bawah bimbingan dan panduan Allah. Ameen!

Ok air mata sudah mula bergenang. Sengaja aku coretkan kisah kami di sini. Agar ia bisa menjadi kenangan yang kekal abadi.

Oh Ramadhannnnn, don't leave me just yet! T_T

Friday, March 18, 2011

Uways sudah sampai ke Lipis!


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
I think I've lost touch with my blog. I can't seem to write anymore. :)

Ok hari ini rasa macam bersemangat sikit hendak menulis. Had a loonggggggg day today. But alhamdulillah 'ala kully hal. Uways dah sampai ke Lipis! Alhamdulillah.

Sangat kasihan dengan Baba dan Ibu sebab kena hantar Uways ke Lipis kemudian perlu patah balik ke Muar semula. Dan bila fikir-fikir balik, kesiannya mereka perlu naik dua bas untuk sampai ke Muar. 

Sudah minta izin untuk drive sendiri ke Lipis tapi masih belum mendapat lampu hijau sepenuhnya. Since Uways pun dah selamat sampai ke Lipis, so boleh tarik nafas lega sebab minggu depan sudah mula praktikum!

I don't know why, after several years tinggal berjauhan pun masih lagi ada perasaan homesick. I don't know macam mana angah, amir, Sap and others boleh handle their feeling untuk 'tahan' tidak balik ke rumah.

And I'm always be thankful to Allah sebab selalu cuti setiap kali school holidays! huhu. Ok sila abaikan kisah homesick. :)

Next week on Monday, I've started my practical at SK Lubok Kulit, Kuala Lipis. The Joy of teaching and giving is certainly indescribable.

Hope everything will be fine inshaAllah! *nervous*

Lepas ini kena drive Uways dengan sangat berhati-hati and sedang mencari kekuatan untuk drives sendiri balik ke Muar bulan 5 nanti. Oh hidup perlu untuk berdikari. 

Tapi nak cakapnya di sini, saya saaaaaaaaaaaayang Baba dan Ibu saya. (ok homesick tahap tera giga). Hope mereka selamat sampai ke Muar and can adapt with hustle and bustle of citylife in Kuala Lumpur.

P/S- Jatuh cinta dengan ikan patin masak tempoyak!

Wednesday, December 22, 2010

Sayonara Dr. Normah!


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Merenung jauh. Menembusi dinding biliknya. Mengenangkan banyaknya pahit manis yang dilalui sepanjang lebih kurang lima minggu percutian ini.

Dia tahu bagaimana pahitnya rasa perpisahan itu. Biarpun payah mahu menerima, dia tahu bahawa Allah sedang memerhati, sedang menilai segala tindak-tanduk.

Usrah wida' malam semalam sangat membasahkan hati. Dia pasrah bahawa malam itu kali terakhir dia bertemu dengan naqibahnya itu. Naqibah yang baru empat kali ditemuinya sepanjang cuti semester ini.

Sekali lagi dia kagum dengan keajaiban Allah yang mencipta manusia yang bisa memegang hati manusia yang lain. Dia khadam benar dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kakak naqibahnya itu.

Dipostingkan ke bahagian ICU hospital Muar selepas habis urusan masternya. Kakak itu redha meninggalkan zauj dan anak-anaknya di Kuala Lumpur.

"Sekurang-kurangnya ummi tak tinggalkan Huzayfah dekat padang pasir macam nabi Ibrahim tinggalkan Hajar dengan Ismail. Huzayfah ada Allah, ada Abi. Cuma ummi je jauh sedikit." 

Taujihat tentang erti pengorbanan diterangkan kepada anaknya yang masih lagi hingusan. Namun anak itu redha seredha-redhanya.

Dan kakak itu datang ke bumi Muar dengan semangat berkobar-kobar. Menyemarakkan da'wah di sini alhamdulillah. Namun sungguh pinjaman Allah itu sekejap cuma. Kakak dipostingkan kembali ke 'tanah air' nya kembali di Hospital Serdang.

Dia khadam betul-betul kata-kata kakak itu malam tadi. Tidak mahu sesaat pun terlepas daripada mendengar butir-butir terakhir daripadanya. Ah, dia sangat kagum dengan hamasah kakak itu.

Mungkin sudah masanya untuk mengorak langkah ke hadapan, dengan secebis kekuatan dari langit.

Pesan kakak lagi, berdirilah di setiap penjuru mana kamu berada. Tegakkanlah da'wah disetiap penjuru kamu berdiri dan jangan meruntuhnya.

Moga impian Umar al-farouqi bukan angan-angan kosong semata,

"Aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”. 

I heart you Kak Normah. Semoga berjumpa lagi. Jika tidak di dunia pun, inshaAllah di syurga nanti!

Friday, December 10, 2010

Teruslah walaupun sukar


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah in so many ways rejuvenate. Malam tadi sekali lagi menyaksikan pertemuan hati-hati yang diikat kerana Allah. Bertemu di dalam usrah yang amat bermakna. Entah mengapa semacam ada satu perasaan lembut yang menyapa jiwa.

Satu tajuk seerah daripada buku Mustafa Siba'ie cuba dikhadamkan sebaik mungkin malam tadi. Dan sungguh, hati ini cair sekali lagi mendengar susur jalan da'wah yang dilalui ar-rasul yang tercinta suatu ketika dahulu.

Sangat tabik dengan baginda ar-rasul. Saat Allah menguji wahyu tidak diturunkan dalam satu masa yang agak panjang, baginda menangis, merintih, kecewa, rindu! Merasakan adakah Allah ada berkecil hati dengannya sehingga penurunan wahyu ditangguhkan buat beberapa waktu ketika.

Rindu. Rindu Rasulullah pada ayat-ayat cinta Allah. Sungguh dalam dan agung rasa cintanya pada Allah. Kerana baginda tahu, dia perlukan kekuatan. Kekuatan yang diturunkan Allah melalui wahyu itu. Meyakini tanpa ragu bahawa jalan da'wah yang bakal dilaluinya itu sungguh pasti amat sukar sekali.

Tetapi baginda yakin dan pasti, jalan yang dilalui penuh jerih payah ini akan diganjari syurga. Ya syurga yang sedang menunggu bagi memujuk hatinya menggugah kecekalan meredah titik-titik hidup ini.

Kata kakak naqibah, sila tadabbur ayat 111 surah at-taubah. Kerana jual beli Allah yang amat mahal itu buat kita. Agar kita juga yakin dan pasti bahawa Allah juga sedang mengganjari kita dengan syurga kelak.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang mu'min baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. [At-taubah: 111]."

Apa yang penting ialah iman dan taqwa.

Semoga kita semua kuat untuk sampai ke garisan penamat kelak. Rumah kita yang termahal inshaAllah! Syurga nan abadi. 

Thursday, December 9, 2010

Special edition Part 2: Siakap Stim


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Okay bertemu kita sekali lagi pada tengah hari ini. Ada idea nak masak apa for lunch today? Let's cekidauttt again the recipe. 

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 10 biji cili padi (diketuk) – optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit helba
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar

Cara-cara:
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
  2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, helba, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
  4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
  6.  Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.


And time flies. Masa puasa haritu pun pernah buat jugak. Tetapi itu usaha sama empat orang rakan kongsi. Terliuq kan? Ikan siakap stim memang bagus untuk kesihatan. Tak guna minyak!


Okay, yang ni bibir ikan ini munggil sedikit. Jadi sila abaikan. Hueh. Selamat mencuba ye!

Wednesday, December 8, 2010

Special edition Part 1: Mee Hoon Bakso


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Itchy to scribble something.
Baiklah, entry kali ini berlainan sedikit. Sempena cuti sekolah yang sangat bayak harinya telah memberi peluang kepada kita untuk mengasah skill memasak. Jadi menu kita pada hari ini ialah mee hoon bakso. Pernah buat? Let's cekidaut!!

Bahan utk bebola daging:
  • 600g daging cincang
  • 70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
  • 50 g tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • sudu kecil garam

Cara membuat:
  1. Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati.
  2. Bulat-bulatkan sebesar ibu jari. Letakkan sedikit tepung jagung ditapak tangan semasa menggentel supaya bebola daging tak melekat di tangan. Lakukan sehingga habis kemudian ketepikan

Bahan utk kuah: 
  • 2 liter air (10 cawan air)
  • 3 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 4 ulas bawang putih }dicincang halus
  • serbuk lada sulah secukup rasa
  • rempah sup
  • rempah kurma
  • beberapa batang serai
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 2 batang celery } dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang } dihiris
  • 3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
  • sedikit bawang goreng
  • 1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat kemudian dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat

Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau dan keperangan.
  2. Masukkan rempah sup dan kurma sehingga garing.
  3. Masukkan air, kuib pati ayam, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.
  4. Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.
  5. Setelah daging terapung masukkan celery.
  6. Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon, daun bawang, hirisan cili, taugeh, isi ayam yang dicarik, bawang goreng dan sambal kicap.
  7.  Tuangkan sup dan bebola daging atasnya.
  8. Hidangkan panas-panas.

Ok, gambar adalah ihsan dari syeikh google. Tetapi saya telah mencubanya petang tadi dan alhamdulillah, sedap! Selamat mencuba! =)

Tuesday, November 30, 2010

Erti tarbiyyah


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Kadang-kadang tersibuk dengan urusan lain, terlupa untuk berkongsi cerita. Cerita beberapa hari yang lalu. Cerita hari yang biru. Cerita Open Your Eyes Camp (OYE Camp).

Menapak dengan langkah seorang da'ie yang diberi amanah besar. Perasaan? Haru biru, cuak, gentar. Bercampur-baur menjadi satu. Pulang dengan kaki seorang pengembara, masih banyak kerja. Masih panjang perjalanan.

Er, tiba-tiba bosan dengan entry sendiri. Jadi mari lompat pada pengajaran. 

At the end of the program, I realize that tarbiyyah itu ada di mana-mana.

Tarbiyyah semasa makan.

Tarbiyyah semasa tidur.

Tarbiyyah sabar melayan karenah adik-adik.

Tarbiyyah patuh pada masa.

Tarbiyyah mencapai manisnya ukhuwwah.


Dan rasa sangat suka semasa makan. Bukan, bukan kerana tidak sabar mahu makan nasi kerana kelaparan amat. Tetapi tidak sabar untuk duduk bersimpuh di hadapan satu talam dan  sama-sama mengaminkan doa, sama-sama menyuap nasi ke mulut. Berlaga-laga tangan, suap-menyuap. Tak kisah dengan amount nasi yang sedikit, kerana yang memberi rasa kenyang itu ialah Allah.

Juga tarbiyyah sabar tidur di atas simen. Kagum melihat dua orang kakak yang sedang mengandung hanya tidur di atas simen yang sejuk, mengadu sakit-sakit belakang, sengal-sengal kaki, tetapi masih mampu lagi tersenyum! Ah, lupa sekejap keenakan tilam berspring empuk di rumah.

Banyak. Banyak yang dipelajari sepanjang tiga hari dua malam tersebut. Semangat adik-adik mengingatkan kembali saat di mana diri sendiri masih mentah dan berada di tempat mereka. Subhanallah, memang guru tarbiyyah itu di mana-mana dan tidak mengenal siapa.


Kan?

Lagi pula jika kita ada matlamat terbesar. Redha Allah. Tell me, what amount of work yang tidak tally dengan syurga? How big is the mujahadah yang terlalu besar untuk redhanya?

Dan pada akhirnya, as the sun set petang itu, and i was alone, terselinap satu perasaan yang indah di dalam jiwa. Perasaan melihat indahnya alam dengan mata sendiri. Melihat alam dengan hati sendiri. Subhanallah.


Sesungguhya tarbiyyah itu bukan sahaja di dalam bentuk yang kita kenal, bila berjaulah, bermukhayyam dan sebagainya. Tetapi tarbiyyah itu sesungguhnya berada di mana-mana sahaja. Bila-bila masa.

Sudah mula rindu dengan amat sangat. Semoga ukuhuwwah persahabatan kita tetap utuh walau masa berganti masa, teman berganti teman, tubuh dimamah hari, juga andai jiwa sampai akhirnya.

Semoga.
Moga-moga.
Mohon dengan amat sangat. InshaAllah ameen! Jumpa lagi akhawat fillah inshaAllah. *Loads of love*

Friday, November 19, 2010

Mari berjiwa besar

Bismillah,
Assalamu'alaykum. Tadi terbaca e-mail yang sudah lama di dalam inbox. E-mail kepada ukhti itu. Tapi sekarang rasa macam mahu tujukan e-mail ini kepada diri sendiri. Bolehkah? 


“Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang benar benar menunaikan apa yang telah mereka janjikannya kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur syahid dan di antara nereka pula ada yang menunggu (mati syahid). Dan mereka tidak mengubahkan janji mereka sedikit pun.” (al-ahzab, 21:40)


Jom kita ambil pengajaran daripada sahabat sewaktu mereka diuji. Sahabat dahulu bukan malaikat. Mereka juga punya perasaan sedih, marah, takut, risau. Dan mereka bukan diuji sikit-sikit, malah menggerunkan jiwa!


“Di sanalah orang-orang Mu’min diuji dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang amat kuat.” (33:11)

Walaupun mereka berada di dalam ketakutan, di mana mata mereka meliar dan nanar, pernafasan mereka sebak, namun hubungan mereka dengan Allah tidak pernah putus.

Kefahaman mereka tidak menyimpang dari Sunnatullah dan mereka yakin kepada keteguhan Sunnatullah yang tidak pernah bergoyang. 

Mereka yakin bahawa titik akhir Sunnatullah itu akan terlaksana apabila titik awalnya telah terlaksana. Oleh kerana itulah mereka jadikan kecemasan yang dialami mereka itu sebagai landasan untuk menunggu pertolongan dari Allah. 

Ini adalah kerana mereka percaya kepada firman Allah S.W.T. sebelum ini:

“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki syurga sedangkan kamu belum menerima DUGAAN seperti orang-orang Mu’min yang terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa malapetaka dan kesusahan dan mereka telah digoncangkan ketakutan sehingga Rasulullah s.a.w dan orang-orang Mu’minin yang ada bersamanya pernah bersungut bilakah tibanya pertolongan dari Allah? (Lalu dijawab): Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (2:214)

Kita macam mana?

Ya, jatuh teruk, tapi hari ini kita berjanji untuk menang. Untuk kuat. Kerna ini jihad, dan kerna Allah di sana sedang memerhati. Sedang tunggu untuk memberi pahala yang besar. Kita tidak boleh kalah kepada kesakitan ini, kerna ia sakit yang sementara dan punya reliever. 


Dan berjanji, seusai pertikaman panjang, bahawa kita akan kuat. Dan akan menang. Kita tidak boleh kalah dengan syaitan! Kita tidak patut disibukkan dengan perkara kecil, sedang cita-cita kita besar. Kita kan mujahidah?!

Jadi mari didik diri agar berjiwa besar.

Seperti ar-rasul yang tegar menidakkan Jibril untuk membalas kebobrokan Thaif.

Persis Umar yang bersedia mendengar kritikan perempuan di khalayak umum, sedangkan Islam begitu pesat berkembang pada zaman pemerintahannya.

Seumpama Hajar yang tidak canggung ditinggalkan bersama si bayi kecil di tanah gersang.

Redhalah wahai jiwa.

Moga kelak, episod ini menjelma menjadi sebukit pahala. Dan tidak menjadi punca ke neraka!

Maka berlapang dadalah!

May Allah help you, you and you along this way, to His path. InshaAllah ameen!

Thursday, October 14, 2010

Rasa


Bismillah, 
Assalamu'alaykum.
Jika mampu, mahu sahaja dirakam rasa itu. Supaya sentiasa berperasaan begitu. Agar rasa itu kekal, rasa yang datang dalam setiap saat.

Berat bukan? Apabila dicampakkan disuatu tempat kawasan yang jauh, yang sukar dijejaki, yang payah dikunjungi, apalagi bila mana suatu tanah itu belum cukup subur.  Melihat dari jauh mereka-mereka itu bersama-sama mencipta saat-saat indah.

Mencari sinar seiring dengan kesungguhan mencari jalan kebenaran, jalan keredhaan. Berkongsi suka-duka. Soalnya bukan bila mana akhawat itu bertemu dan terus sahaja mampu berkasih sayang, ikhlas kerana Allah. 

Soalnya adalah bila mana akhawat yang tidak sempurna yang hanya kerana taqdir yang disusun olehNYA boleh bertemu dan kemudian bermujahadah melahirkan kasih sayang dan ithar.

Dan harinya berdoa agar ditingkatkan tahapan ukhuwwah. Agar wujud ketenteraman dalam diri insan-insan yang berukhuwwah. Agar persahabatan menjadi tangga-tangga kecil yang utuh. Yang dapat menampung pendakian ke tangga-tangga seterusnya.

Soalnya itulah ukhuwwah.

Tidak mudah malah perlu mujahadah.

Soalnya inilah da'wah.

Sedihnya. Sedihnya. Rindunya. Rindunya. Cemburunya. Cemburunya.

Berat bukan bila berseorangan di waqi' sendiri? Fighting loneliness.

Ya menguatkan!
Semoga dengan satu rasa yang dipinjamkan ini lebih banyak menerbitkan saat-saat indah seperti sebelumnya.

Visit me in Lipis, please?

* Gambar akhawat Aussie rasanya. Pinjam ye! =)

Tuesday, September 14, 2010

Panjat Anak Tangga


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Ingat lagi malam itu, ada satu program bedah buku di surau. Masa itu berbondong-bondong jama'ah surau yang hadir. Maklumlah, tajuk bedah buku malam itu "Di Jalan Da'wah Aku Menikah." Jadi selepas program itu berakhir, ramailah yang berniat mahu khadam buku tersebut.

Maka tadi on ym dan melihat status kakak itu. Kakak Glasgow yang selalu meniti dibibir akhawat tidak kira secara maya atau yang pernah bersua. Rasanya semua macam teruja, wah kakak itu sudah mahu menikah!

Dan pasti ramai yang sudah berkunjung ke blog barunya. Mungkin visitors akan bertambah dari semasa ke semasa. Seorang lagi akhawat di jalan da'wah ini bakal menaiki tangga. Alhamdulillah! 

Kata kakak naqibah dari Notts, "Kak AZ, MashaAllah. Sangat amazing. Macam lipas kudung. Sangat komited dengan da'wah. Hatta program kecil pun, jika melibatkan akhawat, sanggup datang walaupun perlu drive berjam-jam."

Dan muharikah.wordpress seperti tidak asing lagi. Tulisannya seringkali dapat menyentuh dan membasahi hati akhawat yang lain. Oh kuatnya penangan doa rabithah bukan?

Sungguh pernikahan itu punya ibadahnya yang tersendiri.

Mengapa ya?

Rupa-rupanya nikah itu punya tarbiyyah yang cukup besar.

Tarbiyyah sabar.

Tarbiyyah bertolak-ansur.

Tarbiyyah istiqamah.

Tarbiyyah redha.

Tarbiyyah jihaad.

Tarbiyyah kasih-sayang. Sakeenah, mawaddah dan rahmah.

Dan semestinya banyak lagi.

Kerana mawaddah dan rahmah itu anugerah bagi Allah buat orang yang bernikah.

Sungguh jika seorang da'ie itu bernikah untuk suka-suka. Nescaya da'wah akan jadi semput!

Moga dengan baytul muslem yang dibina menjadikan da'wah lebih gemilang! Segemilang pada zaman salahuddin al-ayubi. Sekencang pada zaman Muhammad al-Fateh, inshaAllah.

Selamat menaiki anak tangga kakak!