Bersama kita melangkah

Monday, September 22, 2008

~soalan kuiz li nafsi~

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
keluarga, sahabat2, Iman inside, Islam

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
beg kuliah, tiket bus balik raya^_^

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
bumi Allah ^_^

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
inshaAllah selagi Allah mengizinkan ia kekal (apa jua jenis hubungan)

5. Adakah anda dilamun cinta?
ya.. (cinta itu banyak jenisnya~!)---cinta yang aula---

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
one of restaurant dkt alamanda,pjaya

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
aku terima nikahnya----ustaz hasrizal----

8. Apakah nama penuh kamu?
oh.....^_^

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
due2...may b sebab i'm the eldest

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Untuk pertama kali maksudnya tak pernah jumpa sebelum ni kan. RasuluLlah!

11. Christina atau Britney?
None of the above.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
ya mesti. melatih kekuatan jari-jemari

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
makkatul mukarramah dgn amsterdam! nak main dengan bunga2 di sana. huhu

14. Pelukan atau ciuman?
Pelukan. Suka peluk ibu, adik, sahabat!!

15. 8 perkara yang amat saya sukai.
1. handphone saya
2. tenet
3. sahabat2 saya....oh rindunyer
4. memasak kot daripada buat kek atau kuih-muih ^_^
5. buku
6. kanak-kanak! baby!
7. travel sendirian (mcm bahaya, tp inshaAllah innallaha ma'ana)
8. roses and lavender

16. 7 perkataan yang sering diucapkan
1. assalamu'alaykum
2. oh yeke, xpelah
3. tq
4. jazakillahu khayr kathir
5. knp ye?
6. huhu
7. dah2...jgn2

17. 7 buah buku yang paling terbaru dibaca.
1. al-Quran & Tafsir
2. aku terima nikahnya ^_^
3. salju sakinah
4. ketika cinta bertasbih 2
5. maza ya'ni
6. faridatul faraid---org bg tp xabis bc lg---
7. makna sebenar bid'ah--as-syeikh al-hafiz abu al-fadl

18. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
1. Dilema---hijjaz
2. Zinnirah---UNIC
3. Hakikat Bahgia---UNIC
4. Nasuha---mestica
5. epilog silam---haikal
6. kesaktian cinta---Hafiz Hamidun
7. sunnah orang berjuang---hijjaz
8. azimat ibunda---far-east

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
tahun lepas..2007..

1. belajar bersabar (sabarlah duhai hati)
2. jangan suka buat assumptions! husnuzzon tu penting!
3. belajar memaafkan orang lain
4. hargai insan yang berada di hadapan mata kita
5. say thanks...syukran kathir
6. berwaspada dengan perihal manusia
7. kepercayaan tu penting!
8. terus terang & jujur

20. rasa hati ingin menge"TAG"
imtiazsofea...hihi...sila2 ^_^

Saturday, September 20, 2008

~Moga hati Thabat di jalanNya~


Berkorban Demi Cinta
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Thursday, September 18, 2008

~sedih~


hari nie saya sedih sangat.....+_+

ingatkan lepas balik kuliah tadi nak tukar layout blog nie....

tapi jadi makin worst....

jadi saya terpakse rebuild blog saya.....

dan ada beberapa posts saya buang sebab tak related dengan tarikh....

sdehnyer......

sedih.......

sedih......

sedih......

~kalau buat baik dapat apa?~


bismillah.....

Semalam sewaktu solat tarawih, seusai mengambil wudhu’ dan menunggu Imam untuk solat witir tiga rakaat, saya mengambil kesempatan “mengacau” seorang budak kecik bernama Mohd Adel. Comel! Sangat comel! Sebab die montel dan debab. Umur dalam 3 tahun setengah, tapi berat dieeeee…..23 kg! tapi comel. Sebab tu saya suke sangat cubit pipi die setiap kali die datang untuk “bertarawih” di surau.

Tapi malam semalam, saya cubit die beberapa kali, berbeza dari malam2 yang biasa. Mungkin sebab die rimas kot, die tarik telekung saya. Tapi kudrat kanak2, apa sangatlah kan. Jadi saya tak kesah pun dan saya biarkan je. Tapi lepas die tarik telekung saya, die bertindak ganas pula dengan beberapa kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 12 tahun yang datang jamaah.

Seorang sahabat saya menghampiri budak kecik ni…

“Adel nak dadih x?”

Mata die terus je blink2….sparkling eyes. Macam mata sin chan bila nak dapat sesuatu yang best.^_^

“Nak…” die kata. Sopan je. Dah xde tarik telekung, xde pukul2 orang lagi.

“ok kalau BAIK, lepas solat nanti ustazah bagi kay”(sahabat saya membahasakan diri dia ustazah)

Lepas je solat witir, waktu selawat dan bersalam-salaman, Adel pun salam kami. Kali ni siap kiss pipi kami lagi. Tapi muke die still innocent mcm nak tuntut sesuatu. Lepas tu die cakap pulak dengan ibu die….

“ibu, nak dadih….

Ibu die pun kata…."kalau buat BAIK dapat apa?

Adel dgn confidentnye jawab"dapat DADIH.."


dua kali mak die tanya....."kalau buat BAIK dapat apa?


"dapat DADIH.."

Haaa??Saya dengan sahabat saya terkejut budak kecik tu jawab camtu…haha

Maksudnya apa yang sahabat saya cakap tu die accept dan absorb terus dalam minda dia….mak die yg tanya soalan tu pun terkejut anak die jawab mcm tu....(mak die mesti yakin patutnya Adel akan jawab "dapat pahala")

Itulah kanak-kanak….mereka akan ikut apa yang kita cakap dan sampaikan. Jadi, sebagai ibrahnya cerita ini. Didik dan tarbiyyah lah anak2 sebaik mungkin. Boleh psycho mereka dengan makanan, jajan n etc….tapi kena pandai2 guna method supaya mereka tak salah faham….haha…klaka lah Adel nie. Saya dan sahabat saya tersenyum je lps tgk die berlari2 dengan dadihnya…….(^_^)

~Ghibah di kalangan para da'ei,perlukah dijahit?~


Bismillah.........


Beberapa hari yang lepas, atau yang lebih tepat lagi kelmarin, saya diasak dengan istilah ‘gosip da’wah’. Pertama kali menyapa deria. Wujudkan gosip da’wah? Orang berda’wah juga ada gosipnya? Kalau memang bergosip bercerita tentang hal ehwal masyarakat dan ummah serta cara untuk mengembalikan kegemilangan Islam tu, lain la. Itu saya kira bukan gosip namanya. Saya yakin ramai da’ie di luar sana yang sentiasa memikirkan masalah addeen dan masalah ummah. Dan, tak nafikan juga, ada yang terhanyut dengan gosip yang di’islamik’kan.. lalu terhasillah istilah gosip da’wah...


Pada saya, sama saja. Daging yang busuk, kalau dibungkus dengan pembungkus atau pembalut warna warni, lambat laun pasti berbau busuk juga. Entahlah. Kenapa tidak saja berpegang kepada yang ini;


Al-Waajibaatu akthar minal awqaat,


Lalu,


Da’ie yang sibuk tidak akan sempat bergossip!


Tapi, jika dipandang dari sudut yang positif, kadang-kadang yang dikatakan gosip da’wah ni menarik juga. Selalunya, yang saya perhatikan, ianya wujud atas dasar keprihatinan dan dasar ukhuwwah. Kalau takde ukhuwwah, takde la sifat nak ambil tahu. Kadang-kadang berita baik kita, orang lain yang sibuk hebahkan. Mungkin menumpang gembira lalu segera menyampaikannya kepada orang lain.
Itu agaknya gosip da’wah.


Positive always!

husnuzzon!


:)

jadi, perlukah bergosip?ana rasa daripada kita bergosip lebih baik kita fikirkan masalah ummah yang semakin hari semakin pincang!huhu.....

Bismillah...

Kira-kira dalam hidup saya..


Lagi 2 jam, inshaAllah saya teman adik pergi beli barang..


Lagi 6 jam, inshaAllah saya rewang di rumah Kholah saya..


Lagi 15 jam, inshaAllah saya kena hadiri kenduri rumah ‘ammun saya..


Lagi sehari setengah, inshaAllah saya akan pulang ke campus..


Lagi 3 hari, inshaAllah saya dah berada berada di campus..


Lagi 9 hari, inshaAllah Ramadhan datang lagi..ahlan wa sahlan


Lagi sebulan inshaAllah adik saya dah balik Jordan balik..


Lagi dua bulan InshaAllah Syawal menjelma lagi..


Lagi 4 bulan, inshaAllah saya tamat semester 3..


Lagi 4 tahun InshaAllah saya akan grad…


Lagi 4 tahun, inshaAllah saya berada di…


Tapi, saya tak tahu..


Lagi berapa saat saya akan bernafas.


Saya tak tahu,


Lagi berapa tahun saya bernyawa?


Layakkan dikira dengan tahun?


Atau mungkin bulan?


Minggu?


Hari?


Jam?


Minit?


Saat?


Detik?


Layakkah dihitung?


Ya Allah, panjangkanlah usiaku dalam keredhaan dan keberkatanMu......

~jaulah ke UTM~part 2

Lepas maghrib, sap dan saya decided nk rasa berjamaah di Masjid UTM. Waktu yang saya tunggu2!saya nakkkk sangat rasa solat jamaah kat masjid tu. Alhamdulillah.Masa kami sampai tu, azan baru je nak berkumandang. Semput jugaklah sebab kami rushing dari ktf.hehe.Tapi malam tu jamaah perempuan tak ramai. Mungkin sebab cuti kot. Tapi cantiiiiikkkk sangat masjid nie. Tenang je. Bersih!I’m impressed dengan bentuk binaan rumah Allah ni.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk kami jamaah kat masjid nie. Imam baca surah Al-Luqman malam tu, stat ayat 12 saya rasa. Ntahlah, saya rasa macam pernah dengar potongan ayat tu. rasa zuqq! Dalam hati. Sayu sangat. Teringat dosa-dosa yang banyak. Teringat ibu babah dekat rumah. huhu.

Saya rasa masa ramadhan nanti mesti lagi meriah masjid nie, 'imarah dengan para jamaah. Saya selalu mengimpikan surau di campus saya akan begini juga keadaanya terutamanya menjelang Ramadhan tidak lama lagi nie.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kami dinner dekat meranti malam tu (waaa….cuti ni asyik makan malam je)penuh cafe sebab malam tu final badminton antara Malaysia dan China. Saya rasa macam saya ni lack of knowledge je about Olympic kat Beijing nie. Entahlah, tak minatlah.

Chubby datang masa tu. Lama jugaklah tak jumpa beliau, setahun jugaklah. Sahabat saya yang sorang ni PALAPES dekat sini. Setiap kali kami ziarah UTM mesti die tengah training. Tapi saya hargai beliau,pada sebelah malam beliau pasti akan spend masa juga untuk kami. Lagi gamatlah korum kami malam tu….

Kami ajak Chubby ke bilik Shariana untuk membantu misi menghabiskan kek coklat yang kami beli siang tadi. Kek kami dihurung semut!tapi tak masuklah. Nasib baik ada cover. Yang kelakarnya masa saya alihkan kek tu atas meja, yelahkan Shariana nak menyapu karpet, tiba2….Chubby terjatuhkan kek tu!kami jerit takut kek tu ruined je..

Alhamdulillah, nasib baik ok lagi kek tu. Saya rasa kalau kami berkumpul, pengetua kolej pun boleh datang jenguk kami kot. Yelah, 4 orang tapi macam ada sepuluh orang. hehe. indahnya waktu bersama mereka….

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saya rasa seronok sangat semalam. Dah lama tak pergi jaulah macam nie. Jmpa sahabat-sahabat lama. Terharu sangat saat berpisah dengan mereka tadi huhu.

Tapi satu je saya rasa serba salah, ada seorang sahabat saya tak dapat join. saya sedih sangat sebab tak dapat ajak dia. kebetulan beliau tukar number handphone dan gagal dihubungi. saya tau die kecik hati tapi saya dah cuba mcm2 cara nk hubungi dia,tp ttp gagal. Jadi saya akan tebus balik InshaAllah.sayang antunna semua!

Ada rezki kami nak jaulah ke UTM lagi….InshaAllah…:)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

A place lots of memories,
Humayra'
UTM, Skudai.

~berjalan,bermusafir,berfikir~(UTM,Skudai)


Bismillah.
Assalamu'alaykum.

Semalam saya dan sap bertolak dari muar jam 7.45 pagi untuk pergi ke Skudai. Tapi di sepanjang perjalanan, setelah berbual sedikit kami masing-masing terlelap. Maklumlah malam sebelumnya kami tidur agak lewat (pukul satu lebih tu lewatlah bagi saya)bercerita tentang alam persekolahan yang saya rasa tidak pernah ada penghujungnya cerita kami itu.

Jadi tidak hairanlah jika kami sangat kukuh chemical bonding nyer hingga menjangkau umur dewasa ini pun pantang jika cuti, kami pasti akan spend masa untuk berjumpa.Ntahlah, bagi saya, ukhuwwah antara kami sangat manis dan rasa sayu je kalau tak dapat jumpa.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kami stay di bilik Shariana. Maklumlah beliau tinggal single sekarang. Tahun akhir lah katakan.hehe. Sap mula mengeluarkan ole-olenya dari Jepun. Apa lagi saya dan shariana berpeluang untuk memilih kerana ole-ole yang sap bawak agak terhad. Berebut2 jugalah kami macam kanak-kanak.Tapi itu yang best bagi saya. Kalau kami berjumpa, pasti tidak kering gusi. Ada sahaja aksi lucu daripada mereka.

Finally, saya dapat amik bookmark n brooch from korea. Oklah tu kan, penat saya berebut dengan Shariana hehe. Tengah hari tu kami makan di Meranti. Saya suka sangat makan dekat situ walaupun saya tau UTM ada arked n SUB untuk foodcourt kot tapi mereka tidak pernah bawa saya ke situ. Jadi saya rasa makanan dekat Meranti pun dah cukup best dah Alhamdulillah.

Lepas je melawat bilik sahabat saya Farah Suraya dekat H25(wah, bes jugak bilik single beliau. Mmg bilik awak strategic farah!:) )kami pergi ke pesta konvo. Saya rasa ini kali kedua kami perlu berjalan jauh. Tak ukur pulak jalan tu berapa KM dah kami jalan.

Dalam perjalanan tu kami singgah di booth cenderahati UTM, Mimi ada dekat situ. Sian die. Ngantuk je nampak.huhu. Lama jugaklah kami berjalan-jalan dari satu gerai ke satu gerai.Tapi tak beli apapun. Window shopping je. Bila penat kami duduk kejap, tak pun masuk tengok exhibition student RMC n fakulti dekat situ…(tempat nie bes sebab ada air-cond…nyaman!:))

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Masa dekat tasik UTM pun best jugak. Tak taulah…Setiap kali pergi UTM mesti saya ajak mereka untuk pergi tasik nie. Tenang je. cuba captured gambar masjid, tapi sayup sangat. Saya dah habis zoom dah tapi saya puas hati jugaklah dapat snap masjid nie.

Sebelum maghrib kami dah balik bilik. Kesian farah, dia puasa semalam huhu. Saya yang tak puasa ni penat, saya rasa beliau pasti dua kali ganda fatigued. Balik je bilik, sap n sheri berebut-rebut makan kek coklat. Kelakar betul. Saya dah collapse da masa tu.penatnyer(akibat tido lambat…seharian tu tak hilang-hilang ngantuk saya huhu)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Cherish our sweet moment,
Humayra',
UTM, Skudai.

Wednesday, September 17, 2008

~tika jari ini menari~


Bismillah
Assalamu’alaykum.

Alhamdulillah, akhirnya launched juga blog ini walaupun masih kosong lagi dekorasi page nya. Baru nak berjinak2lah katakan. Diri ini tidak pernah bermimpi untuk "membina" blog sendiri sebelum ini.

Cuma sahabat-sahabat di sekeliling sejak kebelakangan ini banyak m'induce sang empunya diri ini untuk buat blog:) Apatah lagi sejak blok ini baru dipasang wireless maka,24 hours lah tenet di pasang(nikmat atau ujian?)huhu


Walaupun sebenarnya diri ini sudah mempunyai dua diary peribadi yang ditulis sejak lepas PMR lagi, jadi serasa inginkan kelainan pula kali ini. Sahabat-sahabat yang rapat pasti mengerti diri ini insan yang jenis suka tulis diary.

Tapi itu dululah. Sekarang mungkin sudah berkurang. Jika ada betul-betul cerita yang tidak boleh di shared dengan sahabat-sahabat, yang mana Allah sahaja patut tahu, saya lebih prefer meluahkannya di dalam diary.

Namun apa yang pasti diary itu mengandungi banyak kisah tentang suka duka sang empunya jasad ini sepanjang umur yang telah Allah pinjamkan setakat ini.Alhamdulillah.


Aulanya, motif diwujudkan blog ini bukanlah untuk menceritakan secara detail perjalanan atau kronologi hidup ini sepanjang hari seperti yang biasa kita tulis dalam “diary manual”. Setiap peristiwa yang berlaku sepanjang hari atau minggu atau bulan adalah perkara yang bersifat peribadi.

Namun jika peristiwa tersebut boleh memberikan ibrah kepada kita semua, saya tidak keberatan untuk kongsi bersama. Apa yang penting, diri ingin menjadikan blog peribadi ini sebagai salah satu wasilah atau cara atau medan untuk berbincang hal-hal Agama khasnya, isu dan informasi terkini yang lebih bersifat intelek dan Islami yang mana mampu membuka minda dan pemikiran kita sebagai seorang mukmin dan student InshaAllah.


Doakan yang terbaik! Ameen.
Humayra',
Baity Jannaty.