Bersama kita melangkah

Wednesday, December 8, 2010

Special edition Part 1: Mee Hoon Bakso


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Itchy to scribble something.
Baiklah, entry kali ini berlainan sedikit. Sempena cuti sekolah yang sangat bayak harinya telah memberi peluang kepada kita untuk mengasah skill memasak. Jadi menu kita pada hari ini ialah mee hoon bakso. Pernah buat? Let's cekidaut!!

Bahan utk bebola daging:
  • 600g daging cincang
  • 70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
  • 50 g tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • sudu kecil garam

Cara membuat:
  1. Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati.
  2. Bulat-bulatkan sebesar ibu jari. Letakkan sedikit tepung jagung ditapak tangan semasa menggentel supaya bebola daging tak melekat di tangan. Lakukan sehingga habis kemudian ketepikan

Bahan utk kuah: 
  • 2 liter air (10 cawan air)
  • 3 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 4 ulas bawang putih }dicincang halus
  • serbuk lada sulah secukup rasa
  • rempah sup
  • rempah kurma
  • beberapa batang serai
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 2 batang celery } dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang } dihiris
  • 3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
  • sedikit bawang goreng
  • 1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat kemudian dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat

Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau dan keperangan.
  2. Masukkan rempah sup dan kurma sehingga garing.
  3. Masukkan air, kuib pati ayam, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.
  4. Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.
  5. Setelah daging terapung masukkan celery.
  6. Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon, daun bawang, hirisan cili, taugeh, isi ayam yang dicarik, bawang goreng dan sambal kicap.
  7.  Tuangkan sup dan bebola daging atasnya.
  8. Hidangkan panas-panas.

Ok, gambar adalah ihsan dari syeikh google. Tetapi saya telah mencubanya petang tadi dan alhamdulillah, sedap! Selamat mencuba! =)

Tuesday, November 30, 2010

Erti tarbiyyah


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Kadang-kadang tersibuk dengan urusan lain, terlupa untuk berkongsi cerita. Cerita beberapa hari yang lalu. Cerita hari yang biru. Cerita Open Your Eyes Camp (OYE Camp).

Menapak dengan langkah seorang da'ie yang diberi amanah besar. Perasaan? Haru biru, cuak, gentar. Bercampur-baur menjadi satu. Pulang dengan kaki seorang pengembara, masih banyak kerja. Masih panjang perjalanan.

Er, tiba-tiba bosan dengan entry sendiri. Jadi mari lompat pada pengajaran. 

At the end of the program, I realize that tarbiyyah itu ada di mana-mana.

Tarbiyyah semasa makan.

Tarbiyyah semasa tidur.

Tarbiyyah sabar melayan karenah adik-adik.

Tarbiyyah patuh pada masa.

Tarbiyyah mencapai manisnya ukhuwwah.


Dan rasa sangat suka semasa makan. Bukan, bukan kerana tidak sabar mahu makan nasi kerana kelaparan amat. Tetapi tidak sabar untuk duduk bersimpuh di hadapan satu talam dan  sama-sama mengaminkan doa, sama-sama menyuap nasi ke mulut. Berlaga-laga tangan, suap-menyuap. Tak kisah dengan amount nasi yang sedikit, kerana yang memberi rasa kenyang itu ialah Allah.

Juga tarbiyyah sabar tidur di atas simen. Kagum melihat dua orang kakak yang sedang mengandung hanya tidur di atas simen yang sejuk, mengadu sakit-sakit belakang, sengal-sengal kaki, tetapi masih mampu lagi tersenyum! Ah, lupa sekejap keenakan tilam berspring empuk di rumah.

Banyak. Banyak yang dipelajari sepanjang tiga hari dua malam tersebut. Semangat adik-adik mengingatkan kembali saat di mana diri sendiri masih mentah dan berada di tempat mereka. Subhanallah, memang guru tarbiyyah itu di mana-mana dan tidak mengenal siapa.


Kan?

Lagi pula jika kita ada matlamat terbesar. Redha Allah. Tell me, what amount of work yang tidak tally dengan syurga? How big is the mujahadah yang terlalu besar untuk redhanya?

Dan pada akhirnya, as the sun set petang itu, and i was alone, terselinap satu perasaan yang indah di dalam jiwa. Perasaan melihat indahnya alam dengan mata sendiri. Melihat alam dengan hati sendiri. Subhanallah.


Sesungguhya tarbiyyah itu bukan sahaja di dalam bentuk yang kita kenal, bila berjaulah, bermukhayyam dan sebagainya. Tetapi tarbiyyah itu sesungguhnya berada di mana-mana sahaja. Bila-bila masa.

Sudah mula rindu dengan amat sangat. Semoga ukuhuwwah persahabatan kita tetap utuh walau masa berganti masa, teman berganti teman, tubuh dimamah hari, juga andai jiwa sampai akhirnya.

Semoga.
Moga-moga.
Mohon dengan amat sangat. InshaAllah ameen! Jumpa lagi akhawat fillah inshaAllah. *Loads of love*

Friday, November 19, 2010

Mari berjiwa besar

Bismillah,
Assalamu'alaykum. Tadi terbaca e-mail yang sudah lama di dalam inbox. E-mail kepada ukhti itu. Tapi sekarang rasa macam mahu tujukan e-mail ini kepada diri sendiri. Bolehkah? 


“Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang benar benar menunaikan apa yang telah mereka janjikannya kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur syahid dan di antara nereka pula ada yang menunggu (mati syahid). Dan mereka tidak mengubahkan janji mereka sedikit pun.” (al-ahzab, 21:40)


Jom kita ambil pengajaran daripada sahabat sewaktu mereka diuji. Sahabat dahulu bukan malaikat. Mereka juga punya perasaan sedih, marah, takut, risau. Dan mereka bukan diuji sikit-sikit, malah menggerunkan jiwa!


“Di sanalah orang-orang Mu’min diuji dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang amat kuat.” (33:11)

Walaupun mereka berada di dalam ketakutan, di mana mata mereka meliar dan nanar, pernafasan mereka sebak, namun hubungan mereka dengan Allah tidak pernah putus.

Kefahaman mereka tidak menyimpang dari Sunnatullah dan mereka yakin kepada keteguhan Sunnatullah yang tidak pernah bergoyang. 

Mereka yakin bahawa titik akhir Sunnatullah itu akan terlaksana apabila titik awalnya telah terlaksana. Oleh kerana itulah mereka jadikan kecemasan yang dialami mereka itu sebagai landasan untuk menunggu pertolongan dari Allah. 

Ini adalah kerana mereka percaya kepada firman Allah S.W.T. sebelum ini:

“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki syurga sedangkan kamu belum menerima DUGAAN seperti orang-orang Mu’min yang terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa malapetaka dan kesusahan dan mereka telah digoncangkan ketakutan sehingga Rasulullah s.a.w dan orang-orang Mu’minin yang ada bersamanya pernah bersungut bilakah tibanya pertolongan dari Allah? (Lalu dijawab): Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (2:214)

Kita macam mana?

Ya, jatuh teruk, tapi hari ini kita berjanji untuk menang. Untuk kuat. Kerna ini jihad, dan kerna Allah di sana sedang memerhati. Sedang tunggu untuk memberi pahala yang besar. Kita tidak boleh kalah kepada kesakitan ini, kerna ia sakit yang sementara dan punya reliever. 


Dan berjanji, seusai pertikaman panjang, bahawa kita akan kuat. Dan akan menang. Kita tidak boleh kalah dengan syaitan! Kita tidak patut disibukkan dengan perkara kecil, sedang cita-cita kita besar. Kita kan mujahidah?!

Jadi mari didik diri agar berjiwa besar.

Seperti ar-rasul yang tegar menidakkan Jibril untuk membalas kebobrokan Thaif.

Persis Umar yang bersedia mendengar kritikan perempuan di khalayak umum, sedangkan Islam begitu pesat berkembang pada zaman pemerintahannya.

Seumpama Hajar yang tidak canggung ditinggalkan bersama si bayi kecil di tanah gersang.

Redhalah wahai jiwa.

Moga kelak, episod ini menjelma menjadi sebukit pahala. Dan tidak menjadi punca ke neraka!

Maka berlapang dadalah!

May Allah help you, you and you along this way, to His path. InshaAllah ameen!

Thursday, October 14, 2010

Rasa


Bismillah, 
Assalamu'alaykum.
Jika mampu, mahu sahaja dirakam rasa itu. Supaya sentiasa berperasaan begitu. Agar rasa itu kekal, rasa yang datang dalam setiap saat.

Berat bukan? Apabila dicampakkan disuatu tempat kawasan yang jauh, yang sukar dijejaki, yang payah dikunjungi, apalagi bila mana suatu tanah itu belum cukup subur.  Melihat dari jauh mereka-mereka itu bersama-sama mencipta saat-saat indah.

Mencari sinar seiring dengan kesungguhan mencari jalan kebenaran, jalan keredhaan. Berkongsi suka-duka. Soalnya bukan bila mana akhawat itu bertemu dan terus sahaja mampu berkasih sayang, ikhlas kerana Allah. 

Soalnya adalah bila mana akhawat yang tidak sempurna yang hanya kerana taqdir yang disusun olehNYA boleh bertemu dan kemudian bermujahadah melahirkan kasih sayang dan ithar.

Dan harinya berdoa agar ditingkatkan tahapan ukhuwwah. Agar wujud ketenteraman dalam diri insan-insan yang berukhuwwah. Agar persahabatan menjadi tangga-tangga kecil yang utuh. Yang dapat menampung pendakian ke tangga-tangga seterusnya.

Soalnya itulah ukhuwwah.

Tidak mudah malah perlu mujahadah.

Soalnya inilah da'wah.

Sedihnya. Sedihnya. Rindunya. Rindunya. Cemburunya. Cemburunya.

Berat bukan bila berseorangan di waqi' sendiri? Fighting loneliness.

Ya menguatkan!
Semoga dengan satu rasa yang dipinjamkan ini lebih banyak menerbitkan saat-saat indah seperti sebelumnya.

Visit me in Lipis, please?

* Gambar akhawat Aussie rasanya. Pinjam ye! =)

Tuesday, September 14, 2010

Panjat Anak Tangga


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Ingat lagi malam itu, ada satu program bedah buku di surau. Masa itu berbondong-bondong jama'ah surau yang hadir. Maklumlah, tajuk bedah buku malam itu "Di Jalan Da'wah Aku Menikah." Jadi selepas program itu berakhir, ramailah yang berniat mahu khadam buku tersebut.

Maka tadi on ym dan melihat status kakak itu. Kakak Glasgow yang selalu meniti dibibir akhawat tidak kira secara maya atau yang pernah bersua. Rasanya semua macam teruja, wah kakak itu sudah mahu menikah!

Dan pasti ramai yang sudah berkunjung ke blog barunya. Mungkin visitors akan bertambah dari semasa ke semasa. Seorang lagi akhawat di jalan da'wah ini bakal menaiki tangga. Alhamdulillah! 

Kata kakak naqibah dari Notts, "Kak AZ, MashaAllah. Sangat amazing. Macam lipas kudung. Sangat komited dengan da'wah. Hatta program kecil pun, jika melibatkan akhawat, sanggup datang walaupun perlu drive berjam-jam."

Dan muharikah.wordpress seperti tidak asing lagi. Tulisannya seringkali dapat menyentuh dan membasahi hati akhawat yang lain. Oh kuatnya penangan doa rabithah bukan?

Sungguh pernikahan itu punya ibadahnya yang tersendiri.

Mengapa ya?

Rupa-rupanya nikah itu punya tarbiyyah yang cukup besar.

Tarbiyyah sabar.

Tarbiyyah bertolak-ansur.

Tarbiyyah istiqamah.

Tarbiyyah redha.

Tarbiyyah jihaad.

Tarbiyyah kasih-sayang. Sakeenah, mawaddah dan rahmah.

Dan semestinya banyak lagi.

Kerana mawaddah dan rahmah itu anugerah bagi Allah buat orang yang bernikah.

Sungguh jika seorang da'ie itu bernikah untuk suka-suka. Nescaya da'wah akan jadi semput!

Moga dengan baytul muslem yang dibina menjadikan da'wah lebih gemilang! Segemilang pada zaman salahuddin al-ayubi. Sekencang pada zaman Muhammad al-Fateh, inshaAllah.

Selamat menaiki anak tangga kakak! 

Sunday, September 12, 2010

They're back!

Bismillah, 
Assalamu'alaykum.
Malam itu, Qalesya buat kerja hingga lewat malam. Sedar-sedar sahaja sudah jam 1 pagi. Astaghfirullah! Macam mana nak bangun awal ni? Sudah lewat!

- Oh tapi mujurlah Ramadhan sudah habis. Tak perlu bangun awal pun untuk sahur.
+ Eh tapi adakah tidak perlu qiyam lagi usai sahaja bulan Ramadhan?

Qalesya hendak keluar beraya. Dijeling qur'an terjemahannya.

- Hurm, nak bawak tak? Buat berat beg je. Bukannya sempat nak baca pun nanti. Sibuk berziyarah. Lagipun ini bukan bulan Ramadhan.

+ Er, habis Ramadhan tidak tilawah tidak perlu struggle sehabis daya untuk habiskan 1-2 juz sehari lagikah?

Qalesya beristighfar banyak-banyak. Dia sudah merasai bahang tipu daya syaitan telah kembali. Kembali kepada fitrah. Hanya beberapa jam selepas Ramadhan berlalu. Tetapi dia harus kuat! Kerana telah ditarbiyyah sebulan oleh Allah. 

Takkan mahu lepas begitu sahaja hadiah Allah itu?

Tuesday, September 7, 2010

Salamatus sadr

Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Walaupun macam sudah terlambat, tetapi mahu post juga berita tentang akhawat itu. Bukankah akhawat itu harta bagi seluruh akhawat yang lain?

Pagi ahad itu menerima sms daripada seorang akhawat BP.

"Assalamu'alaykum, ukhty Raihana Zainuddin akhawat Jepun telah kembali ke rahmatullah bersama bayi yang dikandungnya. Accident di Kerteh, akan dikebumikan di Kuala Kubu Baru."

Innalillahi wainna ilayhi roji'uun. Kaget. Terkejut. Sebak walaupun tidak pernah mengenalinya langsung. Terus, tangan pantas menaip mesej. Bertanya pada sahabat baik yang 100% sahih sedang belajar di Nihoon.

"Kenal sangat dia chah. Baru je jumpa haritu. Dia baru je quit Petronas. Nak bagi full komitmen pada da'wah." 

MashaAllah. Memang tidak pernah mengenali arwah. Tetapi membaca mesej tersebut, entah kenapa, rasa sayu yang amat. Dan cerita-cerita mengenai arwah daripada akhawat yang mengenalinya sangat menyentuh hati.


Benarlah, zauj ukhty Raihana sangat beruntung. Moga ukhty dan baby memperoleh syurga, inshaAllah! 

Wednesday, September 1, 2010

Of being a teacher

Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Semalam selepas solat dhuha, ada seorang guru senior datang mendekati. Maklumlah muka baru. Jadi kami ta'aruf sedikit sebanyak. Apa yang aku ingin tahu, dan apa yang dia ingin tahu. Selang bebarapa soalan, dia bertanyakan akan umurku. Lalu aku menjawab tentang umurku. Dengan kiraan yang sepatutnya.

Dan muka cikgu senior itu berkerut sedikit. Pelik mungkin dengan umurku yang tidak selari dengan tahun pengajianku. Lalu aku terangkan begini-begini. Dia juga terkejut mengapa aku meninggalkan course yang lama dan memilih course yang baru sekarang. Namun aku punya reason tersendiri.

Katanya mengapa tidak teruskan sahaja course profesional itu? Belajar di Universiti lebih mencabar. Dari segi intelektual.

Namun bagiku, ia punya kelebihan tersendiri. Mungkin setelah aku khadam dengan budaya IPG. Walaupun kadangkala agak sukar untuk aku adapt.

Pesannya lepas habis degree nanti ambil master. Kerja cikgu ini tidak mencabar. Cepat boring.

Aku tersentak. Kerana statementnya mengatakan menjadi guru sekarang tidak mencabar. Biarlah, dia lebih makan garam dan lebih banyak pengalaman. Mungkin itu pendapat peribadinya.

Lalu selepas solat dhuha aku telah diberi peluang untuk meng'observe' dua kelas. Satu kelas pendidikan al-qur'an dan satu lagi kelas bahasa arab.

Aku dapati murid kelas itu masih tidak mengenal bismillah. Masih terkial-kial membaca surah al-zalzalah. Apabila guru menegur, mereka memberikan jelingan tajam kepada guru.

Maka bagiku dari situ cabaran guru bermula. Cabaran membentuk akhlak dan peribadi murid itu sendiri. Cabaran mendidik dan mentarbiyyah mereka menjadi generasi qur'aniyy. Cabaran menjadikan mereka berlumba-lumba menjadikan syurga sebagai matlamat. Dan banyak lagi cabaran-cabaran yang lain.

Jadi statement mengatakan menjadi guru cepat boring menyebabkan aku berfikir banyak kali.

Dan Ramadhan kali ini terasa berbeza sedikit kerana seminggu spend masa di sekolah. May this Ramadhan bring us more closer to You and grant us sakeenah in whichever way You please.

Monday, August 30, 2010

Sikit sahaja tinggal



Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Kak, cuba lihat langit. Cantikkan bulan? SubhanaLlah.

SMS daripada seorang akhawat berpangkat adik masuk ke dalam kantung mesej. Lalu selepas tarawikh malam ke-15 hari itu, aku mendongak ke langit. MashaAllah, cantiknya bulan! Bulat penuh terang bercahaya.

Rasa seronok dik. Sebab kita berkongsi bulan yang sama. Walaupun nti jauh di sana, ana jauh di sini. Tapi Allah jadikan satu bulan yang sama untuk kita!

Tutup kisah bulan. Malam ini malam ke-22 Ramadhan. Sewaktu bertarawikh tadi, tiba-tiba rasa sayu. Kerana bakal ditinggalkan Ramadhan tidak lama lagi. Wajiblah bagi diri ini untuk terus meraikan kehadiran Ramadhan ini. Seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi. Berat.

Dan semoga kita semua jumpa malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu. Dan perbanyakkanlah du'a kerana kita sudah masuk fasa ketiga.

InshaAllah.

Masih ada masa. Allah masih beri peluang. Cuma, kita. Perlu pecut banyak!

Selamat mengejar 10 malam terakhir!

Friday, August 27, 2010

After a loooong silence



Bismillah.
Assalamu'alaykum.
A beginning in the middle. Ini entry permulaan setelah sekian lama mencari semangat yang hilang. Entah. Terasa separuh jiwa ini pergi. Undefined. 

Maka, the fate of this blog, after much deliberation, is that it shall continue to contain my thoughts and writings; although the writer is sort of kind of amazed and overwhelmed by its sudden transformation into a public entity after going trough some although expected, but unforeseen circumstances. 

And so, ahlan wasahlan wa marhaban bikum to all readers (if any), old and new! In the name of Allah, the most gracious, the most merciful, I shall continue writing, inshaAllah.


Ighfirly Ya Allah, ighfirly.