Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Pernah tak sekali dalam hidup anda, tekak rasa haus yang teramat sangat? Perasaan haus sampai minum air "sky juice" pun rasa macam minum air fresh orange?
Atau, pernah tak rasa haus tahap dehydrated, yang apabila akhirnya dapat minum air, barulah tersedar tika itu betapa haus dan keringnya tekak kita! Segelas "plain water" itu menjadi nikmat yang sangat hebat dan membuatkan kita rasa bersyukur yang amat!
Begitu juga tatkala jiwa dan hati gersang dan gelap tidak bersuluh. Hati rasa hampir fragile dah, atau barangkali sudah sampai tahap berhabuk!
Tetapi apabila disuluh dengan pancaran obor da'wah dan tarbiyah yang marak menyala, hati dan jiwa yang gundah kembali "bernyawa" setelah diisi dan digilap dengan cahaya Allah yang mana hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan lega itu menjalar di dalam jiwa.
Bahkan jiwa seorang mad'u juga begitu. Kadangkala gersang, kadangkala suram dek kerana kurangnya pentarbiyahan daripada sang dae'i. Namun, apabila sudah di top-up dengan pengisian yang sewajarnya, hati pasti kembali lega dan terubat.
Namun, bagaimana pula jika sang dae'i pula yang menghidapi "penyakit"?

Ba'da asar tadi, diri menyambung kembali kembara maya bagi mencari secicip ilmu. Mata lantas tertancap pada satu artikel daripada Indonesia (dalam majalah HIDAYAH), berkenaan dengan tajuk "Penyakit para dae'i".
Antaranya, penulis majalah itu meningatkan bahawa "Para penda'wah sekarang kekadang terlalu sibuk mengajar sehingga tidak sempat untuk belajar. Terlalu ghairah menyampaikan sehingga kurang menjadi "pendengar". Terlalu acap keluar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri."
"Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan da'wah secara lisan, atau tulisannya. Menjadikan aqalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar-putar itu sahaja."
Ilmu, kata-kata dan penulisannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga terbit bibit-bibit riya' di atas kehebatan diri dalam berda'wah. Hingga terkadang, manusia ditarik bukan kepada Illahi tetapi kepada diri sendiri.
Malang apabila penda'wah menjadi "peniaga" yang menjaja bahan da'wah dan tarbiyah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur dengam gelak-tawa dan puji-puja daripada masyarakat atas keterampilan gaya dan penyampaian. Persis seorang selebriti!
Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan "doktor", memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.
Sedarlah bahawa entum, entunna dan anda adalah dae'i, bukan selebriti!
Saya bukanlah menunding jari kepada sesiapa kerana bukan semua dae'i yang bersifat sedemikian. Namun, mungkin ia boleh dijadikan sebagai satu tazkeerah buat diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.

Jika difikirkan, mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, dalam zaman ceramah dan kuliah, masyarakat masih sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Hiburan semakin galak merobek ummah?
Apakah usaha da'wah para dae'i sudah semakin tawar? Apakah tarbiyah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan atau gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.
Maka, penda'wah atau penulis perlu membawa prinsip da'wah, Islam dan tarbiyah ke tengah. Harus diperjelas dan diperkemas! Bukan mengenengahkan personaliti ataupun input peribadi. Bawa orang kepada Allah, bukan bawa orang kepada diri. Bawa orang kepada Islam, bukan bawa orang kepada perkara-perkara yang suram.
Maka ingatlah bahawa,
Entum, entunna dan anda adalah dae'i, bukan selebriti!
Wallahua'lam.
Assalamu'alaykum.
Pernah tak sekali dalam hidup anda, tekak rasa haus yang teramat sangat? Perasaan haus sampai minum air "sky juice" pun rasa macam minum air fresh orange?
Atau, pernah tak rasa haus tahap dehydrated, yang apabila akhirnya dapat minum air, barulah tersedar tika itu betapa haus dan keringnya tekak kita! Segelas "plain water" itu menjadi nikmat yang sangat hebat dan membuatkan kita rasa bersyukur yang amat!
Begitu juga tatkala jiwa dan hati gersang dan gelap tidak bersuluh. Hati rasa hampir fragile dah, atau barangkali sudah sampai tahap berhabuk!
Tetapi apabila disuluh dengan pancaran obor da'wah dan tarbiyah yang marak menyala, hati dan jiwa yang gundah kembali "bernyawa" setelah diisi dan digilap dengan cahaya Allah yang mana hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan lega itu menjalar di dalam jiwa.
Bahkan jiwa seorang mad'u juga begitu. Kadangkala gersang, kadangkala suram dek kerana kurangnya pentarbiyahan daripada sang dae'i. Namun, apabila sudah di top-up dengan pengisian yang sewajarnya, hati pasti kembali lega dan terubat.
Namun, bagaimana pula jika sang dae'i pula yang menghidapi "penyakit"?

Ba'da asar tadi, diri menyambung kembali kembara maya bagi mencari secicip ilmu. Mata lantas tertancap pada satu artikel daripada Indonesia (dalam majalah HIDAYAH), berkenaan dengan tajuk "Penyakit para dae'i".
Antaranya, penulis majalah itu meningatkan bahawa "Para penda'wah sekarang kekadang terlalu sibuk mengajar sehingga tidak sempat untuk belajar. Terlalu ghairah menyampaikan sehingga kurang menjadi "pendengar". Terlalu acap keluar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri."
"Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan da'wah secara lisan, atau tulisannya. Menjadikan aqalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar-putar itu sahaja."
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Er, mungkin artikelnya di dalam bahasa Indonesia. Tetapi diri rasa benar-benar terkesima. Pengalaman memberitahu bahawa "hati kecil" sentiasa mengingatkan bahawa penda'wah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan "membakar" dirinya sendiri.Ilmu, kata-kata dan penulisannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga terbit bibit-bibit riya' di atas kehebatan diri dalam berda'wah. Hingga terkadang, manusia ditarik bukan kepada Illahi tetapi kepada diri sendiri.
Malang apabila penda'wah menjadi "peniaga" yang menjaja bahan da'wah dan tarbiyah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur dengam gelak-tawa dan puji-puja daripada masyarakat atas keterampilan gaya dan penyampaian. Persis seorang selebriti!
Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan "doktor", memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.
Sedarlah bahawa entum, entunna dan anda adalah dae'i, bukan selebriti!
Saya bukanlah menunding jari kepada sesiapa kerana bukan semua dae'i yang bersifat sedemikian. Namun, mungkin ia boleh dijadikan sebagai satu tazkeerah buat diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian.
Jika difikirkan, mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, dalam zaman ceramah dan kuliah, masyarakat masih sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Hiburan semakin galak merobek ummah?
Apakah usaha da'wah para dae'i sudah semakin tawar? Apakah tarbiyah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan atau gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.
Maka, penda'wah atau penulis perlu membawa prinsip da'wah, Islam dan tarbiyah ke tengah. Harus diperjelas dan diperkemas! Bukan mengenengahkan personaliti ataupun input peribadi. Bawa orang kepada Allah, bukan bawa orang kepada diri. Bawa orang kepada Islam, bukan bawa orang kepada perkara-perkara yang suram.
Maka ingatlah bahawa,
Entum, entunna dan anda adalah dae'i, bukan selebriti!
Wallahua'lam.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Meniti jalan juang membentuk kader-kader Islam,
Aishah Humayra'.
Daar el-ma'mur.
5 Rejab 1430 Hijriyyah.

9 comments:
erm..nice post..tringat satu ketika dlu adik kak ni sbuk DI JALAN RAYA N MEDAN berdakwah..ea la baru diberi smangat n baru mndpt tahu kwajipan berdKWAH..
tapi bila smpai di satu persimpangan,aku berhenti sejenak..berfikir..dakwah mmg x dinafikan keperluannye..tapi tarbiah diriku??? hehe
kini tlah ku temui jalannya...dakwah n tarbiah perlu seiring kan...semua org brcakap pasal tarbiah tp adakah kita slalu mntarbiah diri..hehe..renungan buat diri ini...
xpela, itu kemuncup2 dalam dunia da'wah...sampai kurus adk akk ni kan...hehe
jgn patah semangat lagi!! (^_^)v
and guys, all the best 4 SBM!
er, baru perasan, gmbaq mat salleh ni minum air tangan kiri kan?
buatlah apa yg patut, jgn tiru gaya mat salleh itu! hoho..
- gambar sekadar gambar hiasan -
tak payah lah tiru Mat
tiru yang Saleh je yer...
saleh= soleh...:) ok tak?
haha~ betul2 tu bai...
tiru yg soleh jer...
soleh wa musleh
solehah wa muslehah
inshaAllah! (^_^)
kak...
kita mmg peniaga kak..
nk berniaga dgn Allah.
niaga usaha kita, agar dpt untung utk dibawa ke akhirat.
bukan menjaja Islam ikut selera msykt. menjaja amal buat bekal ke akhirat. hm.. kne pilih.. jenis penjaja yg mana yg kita nk jd?
kalau kita berdakwah utk akhirat, perlu pastikn hub dgn Allah sentiasa konsisten. kalau berdakwah utk duniawi, mmg sukar utk jaga hub ini.. dan impaknya? cepat je hati jadi gersing dan lelah..
just my two cents.. jaga diri.. (^_^)
may Alah bless u!
u're right dear, kita adalah "peniaga" yg meraih cinta Allah utk mengumpul bekal ke akhirat nnt...
tapi itulah, it's depends on our niat...akak xcakap semua penda'wah menjadi "peniaga" utk mendapatkan puji-puja dan gelak tawa measyarakat...tidak semua yg begitu..kalau ada pun, mgkin segelintir...
tp itulah realitinya skrg kan..apa2pun, jadilah hamba yg sentiasa ingin "dekat" pd Allah... taqarrub ilaLlah is muhimmun...
Selamat pulang ke kampus! (^_^)
-sis, ramai orang keliru dengan our pen name "Humayra'". tp xpe, blog ruqayyah lagi femes drp akak...hehe-
kak...
yes honey / hani??? Why? heheh...
Boleh ke g umah nad next week ni? macam dah ramai je dear yg pergi....mcm menyusahkan je pulak nnt ek
Post a Comment