Bersama kita melangkah

Saturday, November 14, 2009

Haramain



Bismillah,
Assalamu'alaykum.
I am reading arabic even tough the paper will be held on next Wednesday. Went through all the homework sheets. Bila baca terfikir sekejap and at last I made my own conclusion; 

How to grab lecturer's attention during exam? One of it is write nicely and neatly. Er, ye eh? (Tapi yang lain-lain jangan percaya, akak tak study pun actually. huehh)

Apapun, entry ini tiada kaitan dengan paper arab itu. Eh tapi kena doakan juga ye! =)

&&&&&&&&&&&&&&&&

Alhamdulillah, In the name of Allah the most Gracious The most Merciful. Bulan November datang lagi, membawa bersama musim 'sejuk' ala Malaysia dan rona-rona bulan Zulhijjah pula kian menghampiri. 

Bagi yang bakal menjadi tetamu Allah ke Haramain untuk musim kali ini pasti tidak sabar-sabar untuk ke sana. Same goes to my Baba and Ibu. Alhamdulillah, bumi barakah Haramain itu memanggil mereka sekali lagi untuk ke sana. 

InshaAllah, Baba dan Ibu akan berangkat pada malam esok 15 November 2009 hingga 25 Disember 2009.

Tiga belas tahun dahulu, pada tahun 1996, sewaktu Baba dan Ibu meninggalkan kami ke tanah suci, semacam tiada apa-apa perasaan pun di dalam diri kami. Jika ada pun mungkin perasaan rindu kerana ditinggalkan empat beradik (ketika itu). 

Itu sahaja, tiada rasa sayu, cemburu dan rasa mahu ikut. Cuma rasa gembira sebab duit jajan cukup. Apakah??? =)



Tetapi tidak sekarang. Sejak sebulan yang lalu, sebaik mengetahui Baba dan Ibu diluluskan oleh Tabung Haji untuk menunaikan Haji pada tahun ini, hati kecil saya benar-benar terasa sayu. 

Hati ini sebenarnya membuak-buak ingin menyertai mereka ke sana. Merasai bagaimana perasaan berada di hadapan rumah Allah itu.

Selalu membayangkan bagaimanakah perasaan saat mata tertancap pada rumah Allah yang mulia itu. Menyesali dosa-dosa yang semakin dewasa semakin banyak. Menginsafi ibadah haji itu sendiri. Dari tawaf kepada sai'e, kepada tahallul. 



Semuanya jika dihayati dan diketahui imbangannya. Memang rasa tidak layak untuk membayangkan semua itu tetapi rasa teringin betul untuk merasainya sebenar-benarnya. Allah izinkanlah ya suatu masa nanti?

Sungguh Allah itu maha mendengar setiap kata hamba-hambaNya sekalipun ia tidak terungkap dengan kata-kata, indeed Allah is closer to you than you imagine. Best kan kita ada pelindung macam ini? Sangat understanding and gives you all you need. =)

Apapun, mohon di du'akan agar urusan kedua ibu bapa saya ini di sana mendapat barakah dan rahmah daripada Allah. Moga ALlah sentiasa mempemudahkan urusan mereka di sana dan dapat menjalani ibadah haji dengan selamat di bawah lindungan ALlah.

p/s- Hati ini terasa sayu kerana kami tinggal empat beradik sahaja. Angah dan Amir jauh di sana, seorang 'berenang' di Laut Mati dan seorang 'berenang' di Sungai Nil. Macam mana nak jumpa? Miss both of them utterly. =(

p/s2- Malas nak godeh-godeh album lama dan scan gambar lain masa kanak-kanak dulu. So, gambar yang sama tetapi ertinya berlainan setiap masa. Rindunya zaman kanak-kanak!

- Mohon Allah permudahkan semuanya -

2 comments:

rossees said...

Ameen...

Wah, bagus adik2 Ecah... semua belajar pun baik2 macam kakaknya ;)

Salam Aidiladha...

Humayra' said...

Ameen. JazakiLlah rosz! =)

Rosz pun baik jugak. kan kan kan

'Eid mubaraq aidhon! Kullu 3aam wa antum bikheyr!