Bersama kita melangkah

Wednesday, November 11, 2009

Wa sabbit aqdaamana



Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang membidikkan semangat ke dalam atma hati agar jika ianya ditiup sedikit, akan nyala lah api semarak semangat itu membakar hati. Dan jika padam sekalipun api semangat itu, bara merahnya masih ada, aura hangatnya masih menebar di dada.

Alhamdulillah 'ala kully haal.

Entri ini, tribut permulaan untuk al-Muntalaq, InshaAllah. Nama sebuah buku yang darah 'izzah islam Muhammad Ahmad al-Rasyid ada di dalamnya. Entri ini juga tribut untuk sesiapa sahaja yang subhanaLlah- sangat bertuah kerana Allah telah memilihnya untuk mengenali buku ini, bersahabat dengannya, dan menjiwai buku ini sepenuh jiwa.

Lalu seterusnya berkongsi ketiga-tiga perasaan yang unik itu dengan sesiapa sahaja yang menarik naluri hatinya, untuk bermunaqashah bersama, bercerita, berkongsi mengikut acuan-acuannya yang tersendiri.

 @@@@@@@@@@@@@@@

Aishah: Kak, ana tak dapat nak join munaqashah muntalaq pagi ini. Ana ada paper jam 8.

Kak Muharikah: Yeke Aishah? Siannya. Takpa, awak study kuat-kuat, inshaAllah Allah bantu.

Aishah: Nanti akak record and then share it with me ok?

Kak Muharikah: Ok, i'll send it via email. Tapi tak boleh letak dekat blog, nanti satu dunya tahu.  hehe. Nanti tuntut personal dengan akak eh?

Aishah: JazakiLlah sis!

 @@@@@@@@@@@@@@@

Muntalaq. Namanya sudah lama kedengaran, bermain-main di bibir-bibir para du'ah. Tetapi mungkin pencerahan itu lambat sedikit menerjah ke dalam diri ini. 

Seakan masih merangkak, membelek satu persatu helaian muka suratnya, dengan semangat inkuiri yang menebal. Terima kasih ya Allah, kerana mencampakkan rasa ini, memberi peluang untuk mendalaminya. 

Banyak sebenarnya yang boleh dicedok daripada Muntalaq. Hanya sesiapa yang mendalami akan memahami. Entri ini juga hanya berupa sebuah rasa selepas bertemu dengan al-muntalaq. 

Rasa yang dikongsi bersama oleh jiwa-jiwa yang berada di sekelilingku, yang mencurah-curah ingin tahu, yang sudi berkongsi ilmu, tentang isi Muntalaq itu.

Akanku update al-Muntalaq, para demi para. Bahasanya persis daripada lidah basah rijal-rijal. Pembakar semangat. Ayuh, jundiyy Allah sekalian, kita mara ke hadapan! 

Allah permudahkan urusan kami ya?

I have faith in you.

Wa sabbit aqdaamana.

- Mencari inspirasi Zaynab al-Ghazali-

2 comments:

nuRRul syafi_iZZan said...

almuntalaq tu ape kak??

hu3

ni la fzan yg snts kureng ilmunye

erm..sy pun mncr inspirasi zainab alghazali..tersentuh dgn kisah beliau

Humayra' said...

owh alamak sorry tak explain. actually muntalaq tu sort of buku tarbiyyah.

kalau nak nanti ambik dari akak ye. buat baca2 masa cuti ni. hehe. =)