Bersama kita melangkah

Wednesday, April 7, 2010

aA + bB


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
One's heart,
can never be divided into parts. be it for the person we love most, material things, nor one's desire in this world.

Allah tidak menciptakan 2 rongga (hati) dalam badan manusia.

Tiada 2. Hanya 1.
Yang satu itu Allah. Tiada yang lain melainkan Allah.

Ini entry copy-paste lagi. Tetapi inshaAllah, url blog nya akan disertakan. Tidak sirr. Tidak private juga confidential. Maka, yang baik ambil lah dan jadikan sempadan. Yang tidak elok (if any), jangan ambil, tetapi fikir-fikir.

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Segala amalan bermula dengan niat.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kekayaan, maka dapat lah anda kekayaan itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan perempuan cantik mukanya, maka dapat lah anda kecantikan mukannya itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan lelaki yang bertubuh sasa dan berkulit halus, maka dapat lah anda kulit dan ototnya itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kemuliaan, maka dapat lah anda rasa mulia itu.
Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kemasyuran, maka dapat lah anda kemasyuran itu.

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan kepandaiannya, maka dapat lah anda kepandaian itu.

Kalau niat kahwin sebab satu negeri, maka dapat lah anda orang yang negeri yang sama itu.

Kalau niat kahwin sebab satu tempat kerja, maka dapat lah anda orang yang kerja sekali dengan anda itu.

Kalau niat kahwin sebab jemaah/persatuan/usrah yang semuanya ngarut-ngarut belaka, maka dapat lah anda bersama dengan jemaah/persatuan/usrah yang ngarut tapi anda sayang itu.

Kalau niat kahwin sebab nak jaga hati naqib, maka dapat lah anda hati naqib anda itu, dicintai dan dapat naik level cepat, pastu dapat jadi mursyidul am cepat sikit (in your dream la brother).

Kalau niat kahwin sebab berkehendakkan redha ibu bapa, maka dapat lah anda keredhaan ibu bapa.

Kalau niat kahwin kerana berkehendakkan keredhaan Allah semata-mata, maka dapat lah Allah dan Rasul dan Islam dan Dunia dan Akhirat.

Sungguh, Allah tidak menciptakan 2 hati dalam 1 rongga. Pilihlah niat anda sekarang.

Sila muhasabah niat anda dalam setiap apa yang anda buat juga.

Anda sudah boring membaca bab Baitul Muslim? Sila baca blog orang lain. Saya tidak rugi apa-apa selain rantaian pahala yang berkurang dan bertambah.

Blog ini direka khusus untuk orang yang bukan syok sendiri nak tarbiyyah diri sendiri sahaja semata-mata. Tapi untuk individu yang nak tarbiyyah diri, keluarga, masyarakat, kerajaan, negara, khilafah, alam.

Read more: Di sini. 
&&&&&&&&&&&&&&&&&

End of copy-pasted. Sebenarnya tidak elok berkalau-kalau. Tetapi tak mengapa, ambil lah 'ibrah daripada post ini. Selamat menaiki anak tangga!

Oh and don't forget to pray that we reach the top. From the very beginning to the end. We might fall down and break a leg, or have a stroke or heart attack and die. But even if we fail to reach the top, Allah knows we tried to climb the stairs with all our might.

So yes, we have to reach the top because we have a mission. Right?


No comments: