Bersama kita melangkah

Monday, April 19, 2010

Bukan nafsi-nafsi


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Rasa seperti satu perasaan yang indah, yang sukar ditafsir , yang seronok, yang best jika dapat berkongsi sesuatu yang bermakna bersama orang-orang yang kita sayang, yang kita percayai. Betul tak?

Sama macam kalau dapat straight A1 di dalam SPM, atau lebih updated, dapat banyak A+ dalam SPM seperti rasa nak heboh satu dunya betapa gembiranya jiwa kita! MashaAllah, rasa seperti mahu terbang tinggi ke udara, sama tingginya macam burung helang.

Apatah lagi kalau dapat dapat score A untuk essay yang panjang berjela yang lecturer minta kita buat tu, memang rasa mahu jerit, wah! akhirnya!! Dapat jugak A. Tambah-tambah jika gred untuk Cambaridge pun dapat A1. Wah, rasa seperti mahu war-warkan kepada semua.

Begitulah perasaanya jika dapat cerita tentang Islam kepada orang-orang sekeliling. Perasaanya bertambah bahagia dibanding dengan dpt 12A1 untuk SPM! Sebab jika melalui usaha yang  konsisten itu seseorang itu dapat faham Islam, memang best  ganjarannya daripada Allah. 

Allah kata lebih baik dari dunia dan seisinya. Mana lagi penghargaan yang lagi hebat kalau bukan dari kuasa yang manjadikan kita? Mana lagi anugerah nikmat yang boleh mengatasi anugerah dari Allah yg Maha hebat?

Mari reflect kembali diri kita sama ada adakah kita bersungguh-sungguh berusaha untuk bercerita betapa Islam ini best kepada orang-orang di sekeliling kita? Berkongsi tentang ke'izzahan islam bersama adik-adik usrah kita?

Adakah kita sedar bahawa tugas kita sebagai khalifah ini sangat sangat dituntut? And lagi best perasaanya bila dapat yakinkan diri bahawa tugas da'wah ni memang syok untuk dibuat. Sebab Allah memang ciptakan kita untuk menjadi khalifah. Jadi da'ie.

Jika Hiltler boleh yakinkan satu German untuk bantai Yahudi habis-habisan, jika Lenin boleh buat orang-orang Russia beriman dengan ajaran Carl Marx, apatah lagi kita! Islam ini adalah agama yg benar, yang lagi best untuk dikongsi bersama semua orang. Kerana islam  bukan agama nafsi-nafsi!

Itulah tugas khalifah, sepertimana hati-hati kita boleh terbuka untuk mendengar tentang Islam, why dont you do the same thing in return. Sentuhlah hati-hati manusia untuk sedar akan 'rumah kita yang sedang terbakar' ini. 

Sedarkan mereka Islam sudah jatuh tahap runcing. Dan barulah boleh claim yang kita sudah buat tugas khalifah itu. Itupun berapa sangatlah. Hanya part kecil, banyak lagi yang perlu kita buat. Yang perlu kita explore! Yang perlu kita share!

Marilah merasai nikmatnya Islam apabila kita dibentangkan dengan hakikat dan realiti ummat sekarang, takkan mahu duduk goyang kaki menatap facebook sahaja setiap masa?

Jom kita share tentang islam?

No comments: