Bersama kita melangkah

Friday, April 30, 2010

Kaaffah


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Pernah suatu ketika ditanya;

Kak, macam mana nak jadi baik?

Eh? Macam terkejut dengan soalan itu. Did you mean pengislahan diri?

Er, Pengislahan diri itu apa?

Islah itu maksudnya baiki maka pengislahan itu maksudnya pembaikan.

So, macam mana kita nak define baik tu?

Dalam kita bertanya soalan seperti itu, kita perlu define dahulu baik itu apa. Sebab kalau tak kenal maka tak cinta. Kalau tak cinta maka tak dapat nak menjiwai. Sama macam jika kita kena buat apa-apa kerja. Kalau tidak tahu apa job description, mungkin kita tidak dapat untuk excel dalam kerja itu.

Jadi definisi baik itu ialah sesiapa yang beriman dengan Allah itu baik. Tetapi beriman dengan Allah itu bagaimana? Ialah apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Allah larang.

Maksudnya, menjadi baik itu memang perlu secara holistik. Selagi terdapat benda yang tidak settle betul-betul, maknanya selagi itu definisi baik itu belum tercapai sepenuhnya.

Sebab? Ingat al-baqarah ayat 208?

"Masuklah islam secara kaaffah. Secara keseluruhannya."

Kalau untuk Muslimah contoh paling mudah ialah tentang aurat. Selalu sahaja orang argue tentang pemakaian tudung. Ada orang kata, "Biarlah tidak pakai tudung, janji solat cukup lima waktu sehari semalam. Sebab ada sahaja orang yang pakai tudung tetapi buat benda bukan-bukan." 

Sebenarnya di sinilah kebanyakan orang kita salah faham. Kerana menganggap Islam itu sekadar cukup hanya bersimbolkan solat? Kan kak?

 &&&&&&&&&&&&&&&

That. It's true yang solat itu tiang agama. Tetapi Islam itu bukan hanya tertegak dengan solat sahaja. Apabila Allah sebut dalam ayat tadi, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, maknanya memang perlu untuk selesaikan semua benda. Baik solat, aurat, mu'ammalat, ikhtilat and etc etc.

Jika cukup solat tetapi tidak pakai tudung masih tidak cukup baik lagi.

Jika pakai tudung, tetapi tidak solat juga masih belum cukup baik lagi.

Pakai tudung tetapi pakai short sleeves nampak lengan pun masih kira belum cukup baik lagi.

Pakai tudung tetapi baju ketat jarang berbayang pun masih belum kira cukup baik.

Perlu fikir balik.

Selagi tidak embrace Islam itu sepenuhnya, masih belum cukup baik.

Hukum Allah. Siapalah kita untuk membangkang? Mahu menangkan vogue fashion terkini dengan hujah hukum? hurm hurm

&&&&&&&&&&&&&&&&

It's not about buat baik dulu or pakai tudung dulu. It's about masuk ke dalam Islam secara total. Than THAT is baik.

Biasanya di Malaysia akan label baik itu apabila, a girl pakai tudung lepas ke bawah, tudung bidang 60, tudung labuh, then pakai long sleeves dan pakai stoking siap. That's baik for Malaysian standard.

Tetapi perlu tengok balik. Pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga atau tidak? Jika bab aurat sudah settle tetapi pergi cinema, menonton cerita lagha, tidak menjaga ikhtilat, adakah masih boleh bawa lesen baik juga?

Bukan mudah mahu islah diri. Perlu mujahadah dan istiqamah. Tetapi the beauty of Islam yang ramai orang tidak perasan ialah jika kita praktik betul-betul apa yang tertulis, everything akan ikut domino effect sebenarnya.

Domino effect?

Domino effect itu analogi sahaja. Domino effect itu apabila ada permulaan yang akan trigger a series of chain reaction.

Maka, apabila sudah settle daripada sudut ibadah, secara tidak langsung akan settle dari sudut hidup berlandaskan syariat.

Jika sudah settle dari sudut aurat, secara tidak langsung akan settle dari sudut ikhtilat.

Jika sudah settle dari sudut aqidah, settle juga dari sudut akhlaq.

Sungguh manusia itu di dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang berpesan-pesan.

Mari berusaha menjadi baik.

No comments: