Bersama kita melangkah

Friday, December 10, 2010

Teruslah walaupun sukar


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah in so many ways rejuvenate. Malam tadi sekali lagi menyaksikan pertemuan hati-hati yang diikat kerana Allah. Bertemu di dalam usrah yang amat bermakna. Entah mengapa semacam ada satu perasaan lembut yang menyapa jiwa.

Satu tajuk seerah daripada buku Mustafa Siba'ie cuba dikhadamkan sebaik mungkin malam tadi. Dan sungguh, hati ini cair sekali lagi mendengar susur jalan da'wah yang dilalui ar-rasul yang tercinta suatu ketika dahulu.

Sangat tabik dengan baginda ar-rasul. Saat Allah menguji wahyu tidak diturunkan dalam satu masa yang agak panjang, baginda menangis, merintih, kecewa, rindu! Merasakan adakah Allah ada berkecil hati dengannya sehingga penurunan wahyu ditangguhkan buat beberapa waktu ketika.

Rindu. Rindu Rasulullah pada ayat-ayat cinta Allah. Sungguh dalam dan agung rasa cintanya pada Allah. Kerana baginda tahu, dia perlukan kekuatan. Kekuatan yang diturunkan Allah melalui wahyu itu. Meyakini tanpa ragu bahawa jalan da'wah yang bakal dilaluinya itu sungguh pasti amat sukar sekali.

Tetapi baginda yakin dan pasti, jalan yang dilalui penuh jerih payah ini akan diganjari syurga. Ya syurga yang sedang menunggu bagi memujuk hatinya menggugah kecekalan meredah titik-titik hidup ini.

Kata kakak naqibah, sila tadabbur ayat 111 surah at-taubah. Kerana jual beli Allah yang amat mahal itu buat kita. Agar kita juga yakin dan pasti bahawa Allah juga sedang mengganjari kita dengan syurga kelak.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang mu'min baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. [At-taubah: 111]."

Apa yang penting ialah iman dan taqwa.

Semoga kita semua kuat untuk sampai ke garisan penamat kelak. Rumah kita yang termahal inshaAllah! Syurga nan abadi. 

No comments: