Bersama kita melangkah

Thursday, December 9, 2010

Special edition Part 2: Siakap Stim


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Okay bertemu kita sekali lagi pada tengah hari ini. Ada idea nak masak apa for lunch today? Let's cekidauttt again the recipe. 

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 10 biji cili padi (diketuk) – optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit helba
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar

Cara-cara:
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
  2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, helba, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
  4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
  6.  Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.


And time flies. Masa puasa haritu pun pernah buat jugak. Tetapi itu usaha sama empat orang rakan kongsi. Terliuq kan? Ikan siakap stim memang bagus untuk kesihatan. Tak guna minyak!


Okay, yang ni bibir ikan ini munggil sedikit. Jadi sila abaikan. Hueh. Selamat mencuba ye!

2 comments:

phyca antares said...

hahaha..aku baru je makan tadi.gila kaw mak aku buat. -.-

NazLiAtuL AkhMA aMeR hAmZaH said...

nyum...nyum...:)

nnti nk try...
hehe