
A: Assalamu’alaykum….tengah bt apa?
S: Tengah lipat kain...hihi.
A: Dekat kampus lagi ke?
S: A’ah….tak balik lg…Raya Haji kot..Nak abiskan PSM sikit.
A: Oh yeke….ok2…bolehlah datang UTM? Xtau nak buat apa dekat Umah.
S: Eh, datanglah…Lagipun ada ceramah kan Khamis ni. Meh la…
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Serasa seperti jiwa ini seakan gersang tanpa pengisian kala cuti2 begini semakin meng”induce” diri ini untuk ke sana. Saya decided drastically? Boleh kate drastic la sebab saya plan nak pergi dalam minggu depannya ke.
Tapi Alhamdulillah, Allah perkenankan dan permudahkan diri ini ke sana. Diri ini akui, UTM seperti Universiti yang kedua selepas UPM dan UMS. Sang empunya diri juga mengakui banyak kenangan yang telah tercipta di sana dan sentiasa disematkan di dalam lipatan medula oblaganta saya ini. Alhamdulillah, kali ke-4, sang empunya jasad selamat bermusafir ke sana lagi.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Ziyaarah kali ini berlainan sikit sebab saya seorang je di bilik sahabat saya. Jadi senanglah kami bergerak ke sana ke mari utara dan selatan UTM dengan bahagianya. Hari pertama sampai sahabat saya membawa saya ke Balai Cerap. Sounds familiar tapi mungkin selalunya kami ramai, jadi tiada siapa yang mampu membawa kami ke sana melainkan Chubby yang Palapes itu mungkin tabah ke sana. Hihi.
Alhamdulillah, petang itu, Shariana bejaya membawa saya ke atas puncak. Apa istimewanya ye? Kami dapat melihat entire UTM sambil makan keropok Chacos. Cantik! Sangat cantik! Subhanallah…:)
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Date: 27 November 2008
Time: 2-4 p.m
Venue: Dewan CTL F54, UTM Skudai
Title: “Why are scientists and doctors turning to Islam for answers?”
Iklan ini, dah lama saya perasan dekat satu blog tu. Tak perlulah saya mention blog tersebut sebab saya rasa semua sedia maklum dengan blog itu. Tapi saya ingin mengucapkan terima kasih dari jauh kerana iklan di blog beliau lah saya noticed ada ceramah di situ. Syukran kathiran.
Maka kami dengan gembira dan bersyukurnya pergi ke sana Alhamdulillah. Banyak yang telah sheikh itu sampaikan dan banyak input yang kami dapat walaupun syeikh itu speaking agak laju dan fluent . Huhu. Besides, beliau memang funny. Ada satu lawak tu memang saya dan sahabat saya gelak besar.(Tapi masih under controlled sebab malu dengan muslimat yang lain. Hihi)
Ada satu perkara syeikh tu cakap. Orang Islam ni perlu ada 5 aspek ini di dalam diri:
1) Submission
2) Obedient
3) Surrender
4) Sincere
5) Peace
Panjang sheikh tu cube relate kan kelima2 aspek itu namun diri ini hanya fokus dengan mendengar dan pena hanya berada pada kelajuan yang biasa sahaja ketika mencatit. Serasa sangat rugi kerana tidak dapat menterjemahkannya di sini hanya kerana kesilapan diri yang serba dhoif ini. Itupun suara sheikh itu yang terngiang2. Maafkan saya. Tetapi diri ini yakin, pembaca blog ini bijak2 belaka dan dapat me”relate” kan perkara di atas dengan diri masing2 InshaAllah.
Banyak yang sheikh itu cuba kupas dan antara yang saya ingat ialah “to be a good muslim, we have to be in two circumstance which are proof and truth”. Maksudnya, walau apa cara sekalipun, muslim yang baik ialah apabila mereka berkata2 atau berhujah mestilah penuh dengan bukti dan mestilah berkata benar atau lebih spesifik lagi, tidak menipu. Dari manakah munculnya bukti2 tersebut? For sure daripada Al-qur’an dan Al-Hadith.
Secara analoginya, seorang anak pasti akan rasa tertipu apabila ibunya berjanji akan membelikan permainan sebagai ganjaran apabila berjaya di dalam peperiksaan, tetapi apabila telah terbukti anak itu berjaya, ibunya gagal melunaskan janji tersebut.
Maka tiada bukti daripada kata2 ibu itu dan kepercayaan anak itu kepada ibunya sedikit sebanyak berkurang kerana ibunya tidak berkata benar.(Namun ini boleh jadi hanya persepsi awal kanak2 ini kepada ibunya) Begitu juga apabila kita hendak berhujjah tentang perihal agama, kita mestilah berkata benar dan mendatangkan bukti daripada sumber yang sahih untuk membina keyakinan mereka yang mendengar contohnya utk mematahkan hujjah2 orientalis barat.
Lagi satu! Sheikh tu selalu tekankan supaya kite Umat Islam semua mempelajari Bahasa Arab sedalam2nya kerana Al-Furqan itu turunnya dalam Bahasa Arab. Jadi supaya hati kita sentiasa akan terasa Zuqq dan terkesan dengan ayat2 Allah, adalah lebih mudah jika kita mempelajari dan mengetahui Bahasa Arab.
Secara keseluruhannya, ceramah daripada Dr. Sheikh Yusuf Estes itu memang memberikan kesan yang amat dalam bagi kami yang dahagakan Ilmu. Apapun ada satu incident yang berlaku semasa ceramah itu berlangsung tetapi biarlah ia hanya tertanam di dalam hati yang dipinjamkan Allah ini.
p/s- Saya rasa helmet yang "mesra" tudung perlu dicipta oleh manusia supaya kaum Muslimat selesa tatkala memakainya. Ada sesiapa yang sudi create??? tak gitu sheri???:)
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Saat aku merancang, aku telahpun dirancang olehNYa,
Humairaa~
Muar, Johor
7 Zulhijjah 1429 Hijriyyah
Humairaa~
Muar, Johor
7 Zulhijjah 1429 Hijriyyah
3 comments:
ECAh: aku qoute ayt hang: Saat aku merancang, aku telahpun dirancang olehNYa.
zuk la bace ayat tu. THnx sis.
kullu 3am wa anti bikher.
nak lagi nk lgi!!haha
aku dh ler x teror english..adoi.i cannot relate la..hehehe
pergh..rindduuuu nye nk dating..soh sheri bwk kete!nnt taun depan kite nek kete je hehe.bole sumbt byk sket
ko balik malaysia die da grad sap...hehe...nntlah, perjumpaan kte yg next nie kte buat usrah sikit tuk relatekan bnde2 nie...ko naqibah...ok?peace>>>
Post a Comment