Bersama kita melangkah

Thursday, January 1, 2009

Andai itu takdirnya,kami redho demiMU Ya Allah

“HANYA orang mati yang selamat di bumi Gaza.” Sebaris ayat yang dibaca di sebuah blog amat meruntun jiwa lantas melarik air mata yang sememangnya tidak mampu dibendung melihat penderitaan saudara seagama nun jauh di bumi Palestin.

Bait-bait ayat yang tertera di blog itu adalah luahan penduduk di Semenanjung Gaza yang bukan sahaja menyaksikan bumi mereka hancur, malah merelakan anak, isteri, suami, ibu, ayah dan sanak saudara menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Hakikatnya, air mata yang terlerai ini hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan kesengsaraan rakyat Palestin yang mana nyawa mereka kini ibarat sampah di jalanan. Jika pun sampah, ia masih dikutip orang dan masih punya harga. Tetapi tidak bagi nyawa rakyat Palestin yang tiada gantinya.

Nyawa penduduk Gaza dilambung bak bola dan diperjudikan sejak Sabtu lalu tanpa sedikit pun perasaan belas ihsan, jauh sekali menggunakan kewajaran ‘aqal untuk paling tidak pun bersifat peri kemanusiaan.

"SEORANG muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya dab seorang yang berhijrah ialah siapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh ALLAH "(Hadith Riwayat al-Bukhari, Abu Daud wa An-nasa'i)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Maka kerana itu, penduduk Gaza kini tidak lagi merayu-rayu dunia supaya berasa kasihan kepada mereka. Untuk apa mereka merintih, merayu? Sedangkan mereka tahu dunia tidak boleh berbuat apa-apa selain berhimpun di jalanan mengutuk dan mengkritik serangan seumpama itu. Mereka sudah lali dengan apa yang berlaku. Namun jauh di sudut hati mereka, perasaan syukur pasti terselit kerana masih ada yang sudi “merasai” apa yang mereka rasa walaupun sekadar mengadakan perhimpunan dan meminta petisyen di sana sini.

Penduduk Gaza amat dhoif dan dinafikan kemudahan elektrik serta bekalan air. Mereka yang sepenuhnya bergantung kepada bantuan PBB cuba untuk terus survive dan menghirup udara yang tercemar walaupun rasa diri mereka amat payah dan hanya berserah serta pasrah untuk terus bertahan di tanah air mereka sendiri. Lalu, apa lagi yang mampu mereka katakana selain MATI yang menjadi cita-cita utama mereka kini.

Mereka tahu dan sangat mengerti bahawa nyawa mereka akan berpisah dari badan pada bila-bila masa sahaja. Tiada ruang mahupun sudut di bumi Gaza yang terlepas daripada “tapak penggambaran” kekejaman Israel lantas jika ada di kalangan penduduk di situ terbunuh, mereka bukan lagi “hero” dalam sinetron yang tidak berepisod ini. NAMUN ingatlah, di sisi Allah. Mereka adalah para syuhada’ yang berjihad di jalan Allah. InshaAllah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mereka juga adalah paparan kesengsaraan yang tiada siapa pun sudi peduli jauh sekali menjadikan episod luka ini sebagai suri tauladan dalam hidup mereka. Tanpa kita sedari, mereka sebenarnya merupakan lantunan sebenar kekejaman dunia yang tergamak mengizinkin Zionis meratah sebuah kehidupan yang tidak sepatutnya berlangsung dalam keadaan sesedih ini.

Mengapa dunia mesti berpura-pura menunjukkan keprihatinan? Mengapa kuasa besar bersuara untuk membuka ruang kepada perdamaian sedangkan merekalah yang bertanggungjawab mencetuskan api sehingga kini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila.

Di mana OIC di saat mereka terseksa? Di mana umat Islam? Di mana KITA wahai para shabab sekalian. Adakah umat Islam sebegitu lemah sehingga membiarkan nyawa saudara kita di Gaza melayang-layang di ruang udara? Adakah kita sebenarnya yang “membantu” atau “menyokong” kuasa besar itu dan secara tidak langsung membantu melenyapkan umat Palestin dari muka bumi ini.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Hakikatnya, kelemahan Umat Islam dan negara Islam semakin terserlah. Seharusnya kematian penduduk Gaza diiringi dengan senyuman bukan lagi tangisan lantaran hanya orang yang mati sahaja yang selamat di bumi itu dan dalam keadaan sedar atau tidak kita adalah antara penyumbang kepada kematian mereka.

Lalu apa yang mampu kita buat? Specifically rakyat2 di bumi Malaysia? Kita menghirup O2 yang sama. Menghembus Co2 yang sama. Juga meneguk H2o yang sama. Bezanya cuma kita di “bumi” yang berlainan. Sudah-sudahlah berkonsert or joined mana-mana konsert sempena tahun baru ini. Fikirlah akan nasib mereka di sana. ‘Imarahkan masjid. Lakukan solat hajat. Mungkin hari ini hari kita. Entah esok lusa kita pula diserang. Lantas bersediakah kita? Andai walau hanya sisipan du’a yang mampu kita sumbang untuk mereka. Ayuh, Lakukanlah! Allah Maha Mengetahui. InshaAllah.

"Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang yang benar-benar beriman.Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia " (Suratun Al-anfal:74)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Rabbij 'al hazal balada Aamana,
Rabbij 'al hazal balada Aamana,
Rabbij 'al hazal balada Aamana.

Humayra',
Baity Jannaty,
Salam nur Hijriyyah.
Moga tahun baru hijrah memberi seribu manfaat dan kebaikan.

No comments: