Bersama kita melangkah

Thursday, June 4, 2009

Sesekali teringat



Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Sesekali teringat, sesekali terkenang saat indah dan manis di KMJ suatu ketika dahulu. Ini mode saya malam ini. Ntahlah, usai solat Isya' tadi kenangan di KMJ tiba-tiba menerjah satu persatu. Meluncur laju. Melintasi bumi KMJ ketika dalam perjalanan ke Kuantan minggu lepas semakin menggoncang rasa rindu itu. Ya, ruang rindu itu kembali menggamit.

Mungkin kenangan yang tercipta di sana terlalu istimewa buat saya. Ya, terlalu dan amat. (Amboi, hiperbola nya ayat). Saya bersyukur amat kerana sebaik mendapat surat tawaran, menderu-deru SMS diterima daripada sahabat-sahabat sekolah lama.

Mana tidaknya, separuh daripada Schoolmates mendapat tempat yang sama. Hati yang mula-mula gundah tidak berteman akhirnya melonjak gembira.

Namun, saya ingat lagi, kata-kata seorang lecturer di sana "Saya tahu ada beberapa sekolah segrombolan ahlinya di sini. Tapi janganlah berpuak-puak ye." Hoho. Apa yang pasti memang tersangatlah ramai yang satu sekolah pada waktu itu. Seronok!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Di sini jugalah saya mengenal erti hidup. Sebagai seorang pre-adult. Macam-macam dilalui, dirasai di sana. Di sana, saya merupakan pelajar kategori "biasa-biasa" sahaja. Bagi pelajar berstandard "average" seperti saya ini, agar sukar bagi saya untuk mengejar kapasiti kepantasan pelajar kategori genius di sana.

Mengenangkan betapa susahnya untuk survive di dalam kelompok pelajar yang cemerlang. Hampir setahun saya mengayuh perlahan-lahan untuk melalui ca
baran yang dihamparkan. Pernah juga cuba untuk berlari, namun kadang-kadang jatuh tersungkur juga. Melayari satu blog sahabat saya di Sheffield, UK telah meniup kembali semangat saya yang seakan luntur:

“Selagi mana kita ada masa, jangan putus ada! Siapa tahu, mungkin dengan masa dan usaha yang berbaki ini, bila-bila masa sahaja Allah boleh ubah masa depan kita. Sekelip mata sahaja dia boleh ubah! Keep going..No matter what happens, life must go on..Don’t give up!”

Ya, saya sungguh ingat kata-kata itu...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Mungkin ada satu rahsia yang sahabat baik saya pun kurang mengetahuinya kot. Saya amat gemar memerhati gelagat, peribadi, akhlak seseorang. Dalam diam!

Saya gemar menganalisis dan dalam diam juga saya mengkaji. Mungkin jika ditanya di dalam "peperiksaan", saya boleh mendapat markah penuh untuk itu! (^_^)

Jadi tidak peliklah jika orang yang tidak pernah bersua dengan saya akan mengatakan, "eh, banyak e
nti tahu tentang ana ye." Saya hanya mampu tersengih. (Dalam pc, takdak orang nampak pun kecuali Allah ^_^)

Begitu juga di KMJ. Ada beberapa orang yang menjadi "sasaran" pemerhatian saya. Bukan sebagai apa, sebagai qudwah hasanah. Dari sinilah saya mengenali ukhti-ukhti Karisma. Walaupun saya hanya "ahli lelap Karisma".

Saya bukanlah MT, yang banyak menyumbang idea dan tenaga di bumi KMJ. Sesuatu yang bukanlah mudah untuk mewujudkan bi'ah solehah di sana. Tetapi mereka kuat, padu mengatur langkah agar semuanya berada di dalam satu saff yang tersusun.

Mun
gkin hanya sekelumit yang mengikuti. Tetapi itu sedikit sebanyak sudah cukup bukan? Buat permulaan. Zaman Nabi da'wah juga bermula secara perlahan-lahan, sembunyi-sembunyi di rumah al-arqam bin Abi al-arqam.

Tetapi lama saya perhatikan, jerih-payah mereka, mengendali prog
ram itu dan ini. Sedang saya? Hanya menyertai sahaja program tersebut. Kadangkala rasa tertelan sesuatu yang pahit di tekak saat mengingati semua itu kini.

Andai bisa ditebus, saya orang pertama yang ingin sekali cuba untuk membantu, bersama-sama menggembling tenaga.

Saya ingat lagi, walaupun diri ini hanya sebahagian sahaja daripada mereka yang merasai kemanisan ukhuwwah di kalangan akhawat, saya seronok berbuka pua
sa bersama-sama mereka di masjid. Bersolat jama'ah bersama. Kuliah subuh, asar, maghrib.

Kadangkala penceramah jemputan dijemput namun selalunya di kalangan ikhwah sahaja. Bahkan semasa musim study week juga, kami berkampung di masjid. Entunna masih ingat?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Mungkin cerebrum cortex kalian masih dapat memutar kembali tentang penceramah yang menjual pil minda berwarna merah saga itu. Saya ingat lagi malam itu, sebaik sahaja ceramah tamat, ramai yang menyerbu ke ko-op. (apa nama gelaran ko-op ek? Lupa). Kerana apa? Kerana membeli ubat gigi jenama Halalgel.

Saat itulah, ramai yang mula memboikot colgate hatta biskut tiger juga. Lucu saat mengenangkan peristiwa itu. Tapi jika dilihat dari sudut da'wah, ia sedikit sebanyak memberi kesan di hati kami ketika itu.

Ada lagi kejadian yang mungkin menjentik hati pimpinan Karisma ketika itu. Program Battle of the Band. Satu kelompok di dewan dan satu kelompok lagi di masjid.

Sekelompok sedang menadah kitab-kitab suci Allah sedang satu kelompok yang yang lain mungkin sedang terkinja-kinja mengalunkan lagu mengikut rentak dan irama sendiri.

Dan pada masa itu ada satu peristiwa yang mungkin menambahkan keperitan kepada saff pimpinan tersebut. Tetapi biarlah ia menjadi rahsia buat warga KMJ pada masa itu.

Mungkin Allah ingin menarik sedikit kemanisan hidayah, sebagai ujian. Siapa sangka, orang yang diharapkan mengemudi ummah di bumi itu juga turut "hanyut". Hanya kerana "kecerdikannya" bermain instrument music tika itu.

Mungkinlah. Namun Allah Maha Pengampun. Taubat nasuha itu adalah semulia-mulia taubat. Jangan diungkit kisah lama bukan?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Banyaklah kenangan saya di sana, tempat yang penuh nostalgic. Saat dirudung kemurungan. Ke mana patutnya kaki ini patut melangkah. Ke masjidkah? Kafe kah? Ya. Saya sangat rindu udara di bumi KMJ. Saat meredah embun pagi. Melintasi tariq di waktu fajar menyinsing.

Masjid itu, penuh saff-saff nya, dengan alunan-alunan gemersik jiwa. Tenang seketika. Mungkin tidak dapat digambarkan di sini. Tetapi itulah yang cuba saya titipkan di sini malam ini.

Mengimbau kembali masa lalu. Tempat yang kadangkala memberi warna pelangi dan kadangkala memberi warna kelabu buat diri ini. Namun kini saya sedari bahawa kenangan lalu amat membantu diri mengharungi hari-hari yang mendatang, menambah perisa di dalam warna-warni hidup ini.

Siapalah yang tak rindu KMJ kan?

P/s- Er, apa nama Masjid KMJ ye? Seriously lupa. Huhu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Rindu sisipan angin tarbiyyah di bumi itu,
Aishah Humayra'.

Kolej Matrikulasi Johor 05/06.
Malam ini pun mode berangan nak "terbang" ke UK. (^_^)

18 comments:

Mashizaki Keikan said...

Masjid an-Nur...

Humayra' said...

Whoaaa...alhamduliLlah...al-fadhil Tuan Pres masih ingat lagi....hehe
Tq2...

Anonymous said...

yeke pelajar biasa-biasa cah? poyo jer ecah tu..heheh...best2, nice post
rinduuu KMJ juga...............

Humayra' said...

erk? astaghfiruLlah...sungguh anon, biasa2 sahaja...

eh u know wut, ana baru singgah KMJ siang td...ayah solat jumaat di sana...

tak sangka dapat singgah...(otw g kuantan tadi)bestnyaaa...banyak dah berubah...best2

Anonymous said...

baru pergi KMJ ke?

Humayra' said...

er, ha'ah..
my dad tumpang solat jumaat situ...
btw, post pasal KMJ ni ana post dulu sblm ke sana, tak sangka esoknya betul2 pergi KMJ...(^_^)

ex-KMJ too said...

Gelaran Ko-op?
KESIS (KEdai Siswa)
KETAT (Kedai Fotostat)

Humayra' said...

ha~ betul2...
baru perasan jgk haritu...
biasalah short-term memory sikit...heheh
anyway, siapa ni ye?
too many anon n i can't recognize...
(ana kata banyak sebab banyak = more than 3 kan?)
er, sapa tak faham takpa...(*_*)

Anonymous said...

assalamu'alaikum echah...

wah...we have the same habit...

memerhati dan menganalisis perangai orang..huhu..

perangai sendiri?

Humayra' said...

wa'alaykumussalam bai...! (^_^)
perangai sendiri? Allahuakbar, Allah yang perhati dan analisis...(T_T)

Moga dengan menganalisis dan memerhati itu dapat memuhasabah diri sendiri kan?

"Semakin lama semakin menghampiri qudwah yg ditinggalkan oleh ar-rasul"...bukankah sebaik2 akhlak yg menjadi ikutan itu adalah adalah akhlak rasuluLlah?

sama2 muhasabah diri ok...! InshaAllah (^_^)

nad comel said...

KM..
KM...
KM....
KM.....
KM 10 jln pdg tgku.....
:D

Humayra' said...

waaaa....
nad jahat ok...
KM 10 jalan padang tengku,
27200 Kuala Lipis Pahang...
sudah2la tu dak KMNS...haha
nad...rindu!

angah said...

huhu..
medulla oblongata utk bernafas ngn utk jantung kak :)

Humayra' said...

owh? haha...
abes jwmpannya apa?
serebrum ek?
saja je guna medulla oblaganta berbanding sereblum and serebrum sebab bunyi dia best...hehe
i tukar la nnt..

angah said...

jawapannye ialah cerebrum cortex..
hehe ;)
doakan aku nk exam weyh!

Humayra' said...

owh, ada sambungan cortex di belakang...baiklah, i tukorlah istilah...

"mungkin serebrum cortex kalian masih dapat memutar kembali..."

erk? tak bestla...medulla oblaganta jgk best...

btw, tak bestla bahasa medic kan...haha...gurau2

ok, gud luck dear!

rossees said...

salaam Ecah..

KMJ!!
selalu terlupa pernah berada di sana.. sweet memory...

Humayra' said...

terlupa ker kita pernah study math sesama...
bertandang ke bilik rosz sokmo...
bercerita itu dan ini???hehe
really miss that sweet moments!