
Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Pagi itu terlalu nikmat dan menyenangkan. MasyaAllah, bangun dengan kesempatan meyebut namaNYA memang sesuatu yang AMAT mengasyikkan, justeru seperti seolah-olah mendapat dakapan mesra daripada Tuhan yang satu itu. Alhamdulillah.
Pagi itu juga, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Kabus tebal tanpa segan silu menyelaputi bumi. Sejuk!
Akhbar tempatan diselak satu persatu. Tiba di ruangan "Salam Perantauan", mata terhenti seketika.
"Salam perantauan untuk mak ayah, saudara -mara dan kenalan dari kami di bumi Sheffield UK."
Eh? Hati ini berkocak riang. Satu raut wajah di dalam ruangan itu benar-benar mengusik hati ini. Ya! Wajah yang acapkali muncul dalam mimpi indah beberapa hari kebelakangan ini.
"Kite nak belajar rajin-rajin supaya nanti boleh dapat pergi MRSM ke SBP ke, lepas tu nak pergi UK buat Medic."
"Ala, Aliyya tak payah belajar rajin-rajin pun dah pandai. Aliyya kan genius. Hehe" (Aliyya bukan nama sebenar)
"Mana adalah. Kite biasa-biasa aje. Kite belajar sama-sama okay. Dapat flying colours sama-sama. Ecah tak nak pergi UK?"
*****
SPM 2004
"Ecahhh. Alhamdulillah kite dapat pergi UK. Tapi kena pergi foundation dulu. 2 tahun."
"Alhamdulillah. Yekeee? Tahniah Aliyya. Sedihnya, teman kita masa zaman hingusan ni nak tinggalkan kita jauh-jauh."
*****
2007
"Ecah, sebenarnya kita takut tau. Takut dengan macam mana lah kita dekat UK nanti. Jadi baik ke, tak ke. Yelah, sana kan negara penjajah. Macam mana tarbiyyah di sana. Da'wah di sana, ukhuwwah di sana. Risaunya. Ecah doakan kita eh? "
"InshaAllah. Aliyya jangan risau lah ye. Akhawat sana baik-baik. Kita yakin Aliyya akan bahagia di sana. InshaAllah." =)
*****
Kini
"Aliyya bahagia di UK?"
"Ecah rasa macam mana?" She's smiling widely.
"Kita cemburu dengan Aliyya." =)
Cahaya da'wah dan tarbiyyah di bumi asing tidak datang secara percuma. Berbelas tahun membesar di bumi yang dikelilingi insan bernama ISLAM, tanah kafirun juga menjadi titik pertemuan dan kasih-sayang dengan Sang Kekasih ISLAM.

"Ecah tahu, 'tarbiyyah keakhawatan' di sana sangat sweet. Tarbiyyah keakhawatan yang sangat cantik. Persis Aisyah RA, tarbiyyah sebeginilah sedikit sebanyak berjaya membentuk peribadi ummul mukmineen dalam mendokong susur galur dunia da'wah ini."
Pagi ini saya berasa seperti ingin menulis sesuatu. Teringat sang sahabat yang jauh di bumi UK sana.
Aliyya, kite sebenarnya cemburukan Aliyya. Cemburu tandanya sayang kan? =)
Sesekali cemburu melihat para Mujahidah Islam yang berkobar-kobar mempasak panji jihad dalam hati setelah menyaksikan satu penyaksian Agung Syahadatul Haq.

Ya, saya amat mencemburui mereka!
Sungguh saya ingin bersama merasai bara api jihad yang meluap-luap mengalir dalam diri mereka. Alangkah indahnnya jika kita bersama-sama dapat melompat masuk ke "gerabak kereta api da'wah" dan bersama-sama bergandingan membawa ad-deen ini ke mercu gemilang.
Saya tidak mahu tertinggal "kereta api da'wah" yang meluncur laju di atas landasan membawa ISLAM ke destinasi gemilang. Saya tidak mahu menjadi insan yang hanya melihat, yang hanya berpeluk tubuh.
Akhawatku yang dikasihi, entunna mahu tertinggal kereta api da'wah itu?
Dan sehingga pagi ini, berbekalkan nafas itu, semangat mereka, ukhuwwah mereka membawa diri ini meneruskan sisa-sisa hidup untuk mengejar "Kereta api da'wah" supaya dapat bersama-sama menjadi penumpang dalam gerabak da'wah itu. InshaAllah.
Bila ye berpeluang ke UK? =)
Erm, saya bukan tidak menyayangi akhawat di sekeliling saya. Tidak sama sekali! Saya cuma menjadikan menjadikan mereka di sana sebgai booster saya di sini. Sebagai penghembus semangat diri yang kadangkala luntur.
Sejuta kesyukuran dihamparkan kepadaMu ya Rahman, menetapkan kami di jalan ini. Buat akhawatku yang dikasihi, sumber kekuatan dan ketabahan, semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kita untuk sama-sama memacu "Kereta api da'wah dan tarbiyyyah." InshaAllah =)
*** Orang johor memang guna kata ganti diri "kita" untuk saya. So, jangan peliklah ye =)
Assalamu'alaykum.
Pagi itu terlalu nikmat dan menyenangkan. MasyaAllah, bangun dengan kesempatan meyebut namaNYA memang sesuatu yang AMAT mengasyikkan, justeru seperti seolah-olah mendapat dakapan mesra daripada Tuhan yang satu itu. Alhamdulillah.
Pagi itu juga, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Kabus tebal tanpa segan silu menyelaputi bumi. Sejuk!
Akhbar tempatan diselak satu persatu. Tiba di ruangan "Salam Perantauan", mata terhenti seketika.
"Salam perantauan untuk mak ayah, saudara -mara dan kenalan dari kami di bumi Sheffield UK."
Eh? Hati ini berkocak riang. Satu raut wajah di dalam ruangan itu benar-benar mengusik hati ini. Ya! Wajah yang acapkali muncul dalam mimpi indah beberapa hari kebelakangan ini.
@@@@@@@@@@@@@@@@@
PMR 2002"Kite nak belajar rajin-rajin supaya nanti boleh dapat pergi MRSM ke SBP ke, lepas tu nak pergi UK buat Medic."
"Ala, Aliyya tak payah belajar rajin-rajin pun dah pandai. Aliyya kan genius. Hehe" (Aliyya bukan nama sebenar)
"Mana adalah. Kite biasa-biasa aje. Kite belajar sama-sama okay. Dapat flying colours sama-sama. Ecah tak nak pergi UK?"
*****
SPM 2004
"Ecahhh. Alhamdulillah kite dapat pergi UK. Tapi kena pergi foundation dulu. 2 tahun."
"Alhamdulillah. Yekeee? Tahniah Aliyya. Sedihnya, teman kita masa zaman hingusan ni nak tinggalkan kita jauh-jauh."
*****
2007
"Ecah, sebenarnya kita takut tau. Takut dengan macam mana lah kita dekat UK nanti. Jadi baik ke, tak ke. Yelah, sana kan negara penjajah. Macam mana tarbiyyah di sana. Da'wah di sana, ukhuwwah di sana. Risaunya. Ecah doakan kita eh? "
"InshaAllah. Aliyya jangan risau lah ye. Akhawat sana baik-baik. Kita yakin Aliyya akan bahagia di sana. InshaAllah." =)
*****
Kini
"Aliyya bahagia di UK?"
"Ecah rasa macam mana?" She's smiling widely.
"Kita cemburu dengan Aliyya." =)
@@@@@@@@@@@@@@@@@
"Betul kata ecah..."
Cahaya da'wah dan tarbiyyah di bumi asing tidak datang secara percuma. Berbelas tahun membesar di bumi yang dikelilingi insan bernama ISLAM, tanah kafirun juga menjadi titik pertemuan dan kasih-sayang dengan Sang Kekasih ISLAM.

"Ecah tahu, 'tarbiyyah keakhawatan' di sana sangat sweet. Tarbiyyah keakhawatan yang sangat cantik. Persis Aisyah RA, tarbiyyah sebeginilah sedikit sebanyak berjaya membentuk peribadi ummul mukmineen dalam mendokong susur galur dunia da'wah ini."
Pagi ini saya berasa seperti ingin menulis sesuatu. Teringat sang sahabat yang jauh di bumi UK sana.
Aliyya, kite sebenarnya cemburukan Aliyya. Cemburu tandanya sayang kan? =)
@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sesekali terbit rasa cemburu di hati melihat percikan tarbiyyah yang membara di sana. Cemburu melihat semangat luar biasa Mujahidah Islam yang beriltizam keluar dari selimut dan belenggu jahiliyyah.Sesekali cemburu melihat para Mujahidah Islam yang berkobar-kobar mempasak panji jihad dalam hati setelah menyaksikan satu penyaksian Agung Syahadatul Haq.

Ya, saya amat mencemburui mereka!
Sungguh saya ingin bersama merasai bara api jihad yang meluap-luap mengalir dalam diri mereka. Alangkah indahnnya jika kita bersama-sama dapat melompat masuk ke "gerabak kereta api da'wah" dan bersama-sama bergandingan membawa ad-deen ini ke mercu gemilang.
Saya tidak mahu tertinggal "kereta api da'wah" yang meluncur laju di atas landasan membawa ISLAM ke destinasi gemilang. Saya tidak mahu menjadi insan yang hanya melihat, yang hanya berpeluk tubuh.
Akhawatku yang dikasihi, entunna mahu tertinggal kereta api da'wah itu?
Dan sehingga pagi ini, berbekalkan nafas itu, semangat mereka, ukhuwwah mereka membawa diri ini meneruskan sisa-sisa hidup untuk mengejar "Kereta api da'wah" supaya dapat bersama-sama menjadi penumpang dalam gerabak da'wah itu. InshaAllah.
Bila ye berpeluang ke UK? =)
@@@@@@@@@@@@@@@@@
Erm, saya bukan tidak menyayangi akhawat di sekeliling saya. Tidak sama sekali! Saya cuma menjadikan menjadikan mereka di sana sebgai booster saya di sini. Sebagai penghembus semangat diri yang kadangkala luntur.
Sejuta kesyukuran dihamparkan kepadaMu ya Rahman, menetapkan kami di jalan ini. Buat akhawatku yang dikasihi, sumber kekuatan dan ketabahan, semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kita untuk sama-sama memacu "Kereta api da'wah dan tarbiyyyah." InshaAllah =)
*** Orang johor memang guna kata ganti diri "kita" untuk saya. So, jangan peliklah ye =)
@@@@@@@@@@@@@@@@@
Bagaimana Ramadhanmu?
Aishah Humayra'.
6 Ramadhan 1430 Hijriyyah.
Baity Jannaty,
Daar et-ta'zeem
Bagaimana Ramadhanmu?
Aishah Humayra'.
6 Ramadhan 1430 Hijriyyah.
Baity Jannaty,
Daar et-ta'zeem
15 comments:
Aliyya (bukan nama sebenar) ini kawan ana masa f1-f3 dulu. Masa di Muar. SMKA Ma'ahad Muar. Kawan masa tuisyen. So, takdak siapa yg kenal kot. =)
ecah kuat cemburu ek...hehehe
hehe...cemburu pada mereka yang tegar dalam rencah hidup da'wah ni.
Ana pun cemburu dengan api percikan da'wah di bumi UTM sana. Akhawat2 sana. =)
Bila eh bai kita dapat ketemu?
p/s- Main invi2 jugak eh? (^_^)
salam ecahhhh! My dearest sister. Kinda shocked ecah post tentang akhawat di UK.
Anyway, I did not tell u a piece of my story there to show off my tarbiyyah experience but is kind of my own reflection n muhasabah.
Tak sangka pulak ecah 'cemburu'. Hehe...
psstt- masa dulu nak pergi UK sebab nak main salji. Impian kita yang x matured kan? Ecahhh datanglah UK!!!
~ Aliyya bukan nama sebenar ~ wink!
wa'alaykumussalam!! huehhh. Kinda shocked too for a quick respons here!!
eh mana ada kita kata awak show off la. Tak bermaksud pun. Suka dengar awak cerita. =)
Du'akan kita jugak eh?
I want to be a petualang in da'wah n tarbiyyah too, but when there was a time I had too much self-conflict which I had to face by myself. Uhu.
A da'ei can't afford to go out and preach his Deen if he/ she is weak right? Du'akan kita!
- best tak nickname baru "aliyya"? - wink!
btw, macam mana kita nak datang UK??? 'Aliyya' nak support kita eh? boleh la. Boleh la. huehhh. =)
Salam Ramadhan my dear 'aliyya'.(simpan untuk nama anak awak nanti eh?)
cemburu...
Dia ni ikut dengan siapa kat sana ek? Macam best je...
To Anon:
Dia join MSM (Majlis Syura Muslimun) di UK rasanya. Nampak best kan? Ana pun rasa memang sangat2 best.
They might had took hours of journey going out of sheffield for series of daurah..
They might had spent hundreds of pounds ..going out for tarbiyah programmes and daurah..
They might had sacrificed their weekends for those stuffs, having ISK..usrah with her dear sisters instead of having free time going out with friends, shopping or etc..
Sama lbh kurang macam kita di Malaysia kan? Tapi mungkin "semangat" di negara orang agak luar biasa sedikit. Jadi mereka nampak lebih luar biasa.
Tapi...kita pun boleh jadi luar biasa jugak kan? InshaAllah =)
ecah kena datang sinilah..
buat reunion budak kmj ker..huhu
akhawat utm...biasa jer dimana-mana chah...
jom datang.
invi2 tu apa?
Re-U budak KMJ??? Kena tanya org kuat KMJ la untuk organized. Ana biasa2 aje. Tapi kalau KMJ buat Re-U, macam mana nak jumpa Bai? Xbest2, kelam-kabut nanti. Hehe
Btw, kalau ada prog yang open pada sesiapa je ke kat sana nanti, ajaklah ana ye. InshaAllah jika berkesempatan ke sana.
invi= invisible heheh =)
insyaAllah...
ecah la yang btau orang kuat tu..
ana dok tepi2 pun tak per..
inspirasiku...kak ecah...
huhu
eh nad??? owh adikku yang terchenta. Naddddd. Haha~
yeyeye..iftar bilik nad hari ni. yeye. Dulang dah sampai, nnt akak hantar kat bilik.
buat air, buat air! tokseyy manih letingg dehhh...haha~
Post a Comment