Bersama kita melangkah

Saturday, October 24, 2009

Jalan ini jalan kita


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Jalan ini adalah jalan yang dijauhi oleh orang-orang yang selalu dibaluti kekhuatiran tentang masa depan keduniannya. Jalan yang membuatkan orang-orang jahil berasa hairan, mengapa kami mahu dan bertahan di atas jalan ini?

Jalan yang panjang lagi susah. Kami kata "Jalan da'wah mengajar kami bahawa kami memang sangat memerlukan da'wah. Kebersamaan bersama dengan saudara-saudara di jalan ini semakin menegaskan bahawa kami harus hidup bersama mereka di jalan ini agar beruntung dalam hidup di dunia dan akhirat."

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? [QS. al-’Ankabut (29) : 2]

&&&&&&&&&&&&&&&&&

At the end of the day, kalau kita rasa seronok berlagho-lagho, kalau duit tak habis, kalau badan tak penat, dan kalau masa sentiasa cukup untuk kita bersenang-lenang, itu bermakna kita bukan seorang du’at dan kita bukan melalui jalan da'wah.

Kerana apa? Kerana jalan ini tabiatnya panjang dan penat jerih. Jalan ini jalan untuk manusia-manusia yang mahu ikut sunnah ar-rasul, yang dibaling dengan batu, yang diseksa jiwa raga, dan untuk manusia yang mempercayai janji allah akan kenikmatan selamanya di syurga.

Buat mereka yang masih mahu berseronok-seronok, berpoya-poya, berlagho-lagho, jalan ini kata byebye.

Jadi jalan ini mengajarkan sabar, dan sabar dan sangat amat sabar!

Maka, bersabarlah!

Dan tika mana rasa lelah, penat dan teruknya jalan ini, remember this is how the way it IS supposed to be. Yang perlu dibuat adalah doa dan terus doa agar ditsabatkan, ambil rehat yang sekadarnya dan terus melangkah, dan sabar, sabar dan sabar lagi.


&&&&&&&&&&&&&&&&&

Kalau al-yahud dan an-nasara dan segala jenis manusia berpaksikan taghut boleh mengorbankan jiwa harta dan raga mereka untuk aqidah mereka yang batil itu, mengapa tidak kita yang sudah pasti benar! Yang dijanjikan syurga oleh Allah?

Nah, apakah kamu tidak yakin?

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan surga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal,

mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar.
QS. at-Taubah (9) : 20-22

&&&&&&&&&&&&&&&&&

I am tired incredibly.

'Ala kully haal,

Kena faham, ikhlas serta sabar, dan terus sabar untuk kekal di jalan ini. Kami mahu tsabat ya Allah, sabarkanlah kami.

Thinking of taking me-time, to sort of my timetable and plans. Ter"inspired" baca tentang jalan ini di blog seorang akhawat.

Allah, mohon berkatilah masaku.

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Mahu jadi abdan syakura,
Aishah Humayra',
Daar el-ma'mur,
5 Zulqa'eadah 1430 Hijriyyah

8 comments:

hubahuba said...

macam mana nak bagitau mende ni kat orang lain?

kebanyakkan mereka rata2 sudah tertipu dengan nikmat dunia, sampai terlupa pula hari mendatang.

persiapan mereka serba serbi lengkap, tapi untuk dunia sahaja. dikumpul harta wang ringgit sebanyak-banyak, asset berbillion-billion. tapi matawang akhirat dibiarkan tanpa pelaburan.

tak kurang juga yang sibuk menjaga keremajaan diri. tepek sana tepek sini dengan bermacam solekan. padahal mereka lupa yang dekat sana nanti semuanya muda-mudi.

bila orang begini ramai desekiling, takut juga kita bakal terjebak sama lambat laun.

ya allah, kekalkan aku dalam iman. berikan aku dan mereka hidayah...

AmirSyah Mazlan said...

betul kata kak syah..
kdg2 kita rasa jalan dakwah ni menyusahkan kita.. sebab tu ramai dari kita yang cuba menjauhkan diri dari jalan ni..

namun, bagi seorang daie, jalan ni bukan menyusahkan, tapi kesusahan memang satu perkara lumrah bila kita melalui jalan ni. dan susah tu la yang memberi kepuasan kepada si daie, sebab si daie tau susah tu dari Allah. Allah dah bgtau pun jalan ni jalan yang susah. kalau tak susah, mst ade sumthin wrong kn?

semoga letakkan kita dalam 'jalan yang susah' ni, dan bantu kita melaluinya.

Anonymous said...

jalan ini mulanya susah..susah dr dalam diri..berat untuk berkorban..

tapi jika kite yakin janji ALLAH,letakkan sedikit sabar,serta masam manis ukhawah..jalan yang susah ini pasti menjadi indah..insya ALLAH



-semngt ghio skang ni hehe doakan aku thabat-

Anonymous said...

moga kte terus thabat dan teguh berdiri di atas jalan da'wah ini!!! jalan yg panjang tidak bertepi ttp menjanjikan kebahagian yg hakiki.....

nuRRul syafi_iZZan said...

insyaAllah..

kalu rasa lmah dan futur (nauzubillah), fzan trus ingat bhw fzan adalah kader2 di ats jalannya.

kerana Allah
e2 yg mngikat diri dan perjuangan

Humayra' said...

To petol:
Kita yang berjalan di jalan ini, jangan tertipu dengan bisikan-bisikan syaitan. Sememangnya akan terus menerus diasak mereka sang musuh sejak azali.

Jangan biar diri direbah oleh syaitan kikir. Please. Na'uzubiLlah. Al-hawa', musuh utama buat sang da'ie ttp jika dpt dikawal dikira Allah sebagai jihadul akbar, InshaAllah

to amirsyah:
Biarlah orang kata jalan TARBIYAH dan DA'WAH itu lambat dan perlahan. Kerana jalan tarbiyah dan da'wah bukan seperti lebuh raya yang lebar dan selesa, apatah lagi ditaburi bunga. Tidak sama sekali! Ayuh berusaha menjadi batu-bata da'wah yang kukuh!

Humayra' said...

to anon 1 a.k.a akhawat nihoon:

Allah telah menetapkan ” Allah dan rasul-rasulKu pasti menang. Sungguh Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.
(Al mujadilah: 21)

moga ukhty Sap terus thabat memencarkan benih2 da'wah di sana, merasai kemanisan da'wah walau tahu ia sebenarnya sukar.

Rindu kamu! seriously. Sorry asyik offline msg je!! Ada masa kita ym, tentang jaulah ko ke Tokyo haritu ke, and apa2 jelah. Miss our secret conversation. hueh2 =)

to anon 2:
JazakiLlah. Moga nti thabat juga di atas jalan ini!

to fizan:
Jangan pernah mengalah kerana jalan da'wah bukan jalan untuk kalah. Kita berada di jalan ini adalah untuk menang. Menang pada timbangan Allah. chaiyok dik!=)

hubahuba said...

nak kata aku jalan di atas jalan ni, selalunya aku banyak bersimpang siur. ntah la...

aku sendiri pon tak lurus jalannya.

semoga allah terus mengurniakan hidayah pada hambanya yang lemah ini...