Bersama kita melangkah

Tuesday, March 10, 2009

Alhamdulillah...khalas!(^_^)


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Khalas juga akhirnya! Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'kan kepada Yang Maha Pencipta. Selesai sudah persembahan Choral speaking kami pagi tadi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. (^_^)

Persembahan yang bertemakan Ghaza; tahta maudhu' "Ghaza Menangis". Mula-mula macam berdebar lain macam, maklumlah lama sudah tidak membuat persembahan di khalayak. Paling akhir semasa Program B.I.G Khamis lepas. Itupun spontan. Siapa pergi mesti tahu ceritera di sebaliknya. Hoho. Sungguh kelakar.

Apapun, persembahan pagi tadi mampu membuatkan kami menarik nafas lega. Allah maha bijak mengatur. Tahniah semua!



we were dressed in black attire

"Sabda Rasulullah s.a.w: Keadaan orang mu'min itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya akan berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu, apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya."
(Hadith Riwayat Muslim daripada Abu Yahya Syuhaib b. Sinan r.a)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
P/s- Tahniah juga buat lecturer kami,
Ustazah Ruhayati Ramly yang mana bakal melangsungkan perkahwinannya
pada 21.3.2009 ini inshaAllah.
Walimahnya berlangsung di Seremban.
Er, Ustazah dapat orang muar. Dokek yo. Tahniah ustazah! (*_*)
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Cari kekayaanNYA, dalam 'uzlah yang lama,
Aishah Humayra'.
Daar el-Ma'mur.
Three more days to go!

Monday, March 9, 2009

Ku seru namaMU itu...


Nama itu. Ada yang gementar seluruh tubuhnya menyebut Nama itu. Tidak mustahil jiwa terasa damai dan tenang apabila menyebut Nama itu. Kita menyebut Nama yang sama setiap hari. Dan seharusnya ada bibit-bibit cemburu di kalangan kita, apabila orang lain menyebut Nama itu lebih kerap berbanding kita.

Acapkali kita menyeru Nama itu, acapkali jugalah Dia menyebut nama kita. Malah, beribu-ribu kali, mungkin berjuta-juta kali sehingga gegak gempita seluruh alam meraikan nama kita kerana menyebut Nama itu. Kita semakin popular di seluruh petala langit dan bumi hanya kerana menyebut satu Nama tanpa rasa jemu, setiap saat dan detik nadi yang berdenyut.

Apabila Nama itu dipanggil, Dia akan menjawab dengan rahmat dan kasihan belas. Sayang sekali, ada di kalangan kita melupakan Nama itu, malah menyebutnya di saat kesusahan menerjah kehidupan.

Sekali sekala Nama itu disebut, selalu saja Nama itu dilupa, jarang-jarang Nama itu disahut, kadang-kadang Nama itu berpaut. Tetapi kali ini, Nama itu direbut!.

Dialah Allah Tuhan Sekalian Alam. Dialah "Nama itu."

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah orang yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya. Dan apabila dibacakan ayat-ayatNYA kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal" (al-Anfal:2)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

dia menangis lagi
katanya rindu pada suatu daerah
ada mereka yang memakai sutera hijau
ada mereka yang bersahut salam-salaman
duduk enak di bawah naungan

dia tunduk sayu
mengenang dipan-dipan indah bertelekan
ada bejana-bejana perak
ada piala-piala laksana kaca
ada sungai indah mengalir tenang
kocak air tidak terbayang

dia rasa malu
tapi
.........

dia mahu kesana
kerna
di sana

ada Dia
ada Dia
ada Dia

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ya Allah, pertemukan aku denganMu dalam
keadaan yang terbaik untuk agama ini

Al-Insan, 76:12-22

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Ku rindu negeri abadi itu,
Aishah Humayra'.
Daar el-Ma'mur.
Salam Maulidur Rasul.

Saturday, March 7, 2009

Null. Void. That's how I'm currently feeling..


Bismillah. Assalamu'alaykum.
Null. Void. That's how I'm currently feeling.
Basically, I've been battling this feeling for a while now.
What is the condition of our Qalb or heart currently? Is it healthy and thriving?
Or...Is it sick, whithering away? Or...is it already dead?

Remember that a heart will only be considered alive when it feels whatever it does, is for Allah. Allah only!
Really feel homesick! Almost 3weeks tak balik rumah. Hurm.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

But Alhamdulillah, The "Bina Insan Guru" (B.I.G) program had ended at last; on friday.Alhamdulillah...
How did it go? Okay, i guess, so.. Alhamdulillah..
First time berkayak, merentasi sungai Pahang. Hoho. New experience!

Yet it's been a hectic week (again) and I'm looking forward to the holidays this next Friday, to have a few days off. Er, almost 16 days actually.

@@@@@@@@@@@@@@@@

What else have I been up to? Basically, still searching for strength and guidance from Allah, and looking for the best way to move and work for Islam in this campus. Undoubtedly, the work is always there, yet it seems that I have yet discovered the best route and path to move around.

Also, admittedly, I am currently missing someone... someone who have had pushed me forward for almost a year and a half now. Helping me out and showing me the way to improve myself. She is currently overseas(in Japan), as she is taking a course which requires her stayed there for four years. I miss my saffreena. I miss my angah. Also currently overseas now. I miss my Shariana, my Aqilah, my Cik Ain, my Asha, Dan n Doyo also. I miss my Ain Ashaari aidhon.


And for sure, I miss my fabulous usraty!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dear self, do not be sad... for no matter what, Allah is always with you. And He knows what is best for you. Take every hardship, and face them as stepping stones towards improving yourself, your imaan and personality. Face each day with a smile, no matter how difficult things may be. There will always be a silver lining after every cloud.

"...Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadanya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy (singgahsana) yang agung". (at-Taubah:129)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Striving Towards mardhotillah,
Aishah Humayra'.
Daar El-ma'mur.
Missing Home.

Sunday, March 1, 2009

Bermulanya satu perjalanan....


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Pada hari Jumaat bersamaan 2 Rabi'ul Awwal telah diadakan "Seminar Nuqaba' Cemerlang" di kampus ini.

Merasa akan peri pentingnya usrah remaja, kami membin
cangkan bagaimana cara untuk menghidupkan kembali aktiviti tarbiyyah generasi muda ini kerana terkilan usrah semakin terhakis dalam pembentukan amilin Islam.

Seminar tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Saudara Muhamad Syaari Ab. Rahman.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sebenarnya, sudah lama saya berfikir untuk mencadangkan sistem usrah yang sedia ada kini diberi "nafas baru". Jika diperhatikan, usrah yang dipraktikkan zaman kini adalah sistem tarbiyyah tradisi. Tradisi zaman berzaman. Usrahnya masih berpandukan kitab-kitab haraki lama walaupun tidak seratus peratus.

Saya tidak menyalahkan tradisi zaman berzaman itu, tetapi kita perlu fikir, mad'u kini tidak sama dengan mad'u zaman sebelum ini. Pendekatan yang digunakan di dalam usrah perlu selari dengan zaman yang mereka tempuhi asalkan manhaj yang digunakan masih lagi berlandaskan Al-Qur'an dan as-sunnah.

Memang tidak dinafikan kitab-kitab haraki ini sangat penting dalam pembentukan fikrah. Cuma, sebagai da’ie abad-21, kita perlukan keterbukaan kepada kepelbagaian tradisi intelektualisme yang membina.

Barangkali suatu hari nanti, kita mampu membincangkan dari hal sistem politik dan perundangan Islam, cabaran ekonomi global, karyawan filem Islami, sains dan teknologi masa kini, psikologi dan kaunseling remaja, konflik kekeluargaan, keusahawanan ke arah pemantapan ekonomi jama'ah, pemikiran pemikir Islam dan pelbagai disiplin ilmu yang lain. Di samping itu, kita selang-selikan dengan kefahaman ilmu agama secukupnya.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sebenarnya kita boleh, cuma kita malas. Kita masih kurang berfikir, malas membaca, tidak menguasai isu masyarakat dan kurang kemahiran. Masing-masing menyedari hakikat itu, tetapi tidak berusaha berubah.

Paling penting untuk ditegaskan di sini, pendakwah malas membaca. Jika membaca sekalipun, suka membaca bacaan-bacaan ringan. Ada juga pendakwah yang lebih suka membaca novel. Senang cerita, malas membaca!.

Saya tidak mahu cakap orang lain. Saya pun sama juga. Alangkah indahnya sebuah jama'ah bila usrahnya mampu melahirkan pakar. Maka, berbaloi juga slogan yang acapkali dilaungkan: ‘Gerakkan usrah, usrah tunjang jemaah’

Masalahnya, bagaimana usrah itu dilabel ‘tunjang jemaah’ kalau usrahnya masih usrah ‘comfort zone’. Usrah menjadikan ahli mandom, berasa selesa, membaca kitab semata dan naqib seperti memberi kuliah biasa. Ilmu yang diperolehi dalam usrah adalah ilmu ulangan. Tiada yang membangun dan mencabar minda.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mentaliti kita masih kaku dan tidak ditekan dengan wacana ilmu tinggi. Wacana kita masih diruang politik sempit. Sarat dengan kritik dan protes tetapi kurang dijelmakan dengan tindakan. Sebabnya? Kita ketinggalan dalam dunia keilmuan dan keintelektualan. Usah sekali berbicara aspek ketemadunan.

Al-Attas berpendapat, kekeliruan umat Islam sekarang menyebabkan mereka tertumpu kepada gerak kerja politik, jhad, ekonomi, sedangkan kekurangan ilmu adalah faktor asas.

Sekadar pandangan, fikir-fikirkanlah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Imam Hassan al-Banna pernah ditanya: Kenapa anda tidak menyusun buku?

Jawabnya:

"Tugas saya bukanlah menyusun buku, kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali yang mahu membacanya. Lain halnya dengan peribadi Muslim, dia adalah "buku yang sentiasa terbuka" kemana pun dia berjalan, itu adalah Da'wah".

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Alhamdulillah, semalam parcel daripada sahabat baik saya sampai ke sini. Beliau menghadiahi saya buku ini:


Mungkin telah ramai yang sudah memiliki dan mungkin diri ini lambat memiliki. Apapun, hati ini bersyukur kerana masih ada insan pemurah yang sudi menghadiahi saya buku ini. Jazakillah Shariana!^__^

Saya akan ke kem Mambang Pekan mulai hari ini (Selasa) hingga (Jumaat) bagi satu program "Bina Insan Guru". Perasaan teruja dan berdebar-debar menyelubungi diri kerana sudah lama tidak ber"camping" atau lebih tepat lagi tidur dalam khemah. Hoho. Mungkin ada pengalaman baru? InshaAllah. Du'akan kami!

p/s-Tarikh dekat atas tu hari Ahad sebab post ini sudah bebarapa hari "berkampung" di dalam draft. The real tarikh is today; 6 Rabi'ul Awwal bersamaan 3 March 2009. Jazakallahu khayran katheeran. Assalamu'alaykum!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

You go find yourself first, the feel is absolutely and totally different,
Aishah Humayra'.
Bumi Fana'.
Daar El-Ma'mur.

Saturday, February 21, 2009

As time goes by....

Bismillah...

Orang kata persahabatan kami ini pelik. Mana tidaknya, hampir sebulan sekali kami pasti berjumpa. Walhal, tempat belajar kami merata-rata di muka bumi Allah ini.(tapi mungkin lepas ini tak lagi kot, jumpa waktu cuti sem je, itupun kalau berkesempatan T__T) Jika tidak tujuh orang pun, kadang-kadang berlima, kadang-kadang berempat, bertiga, hatta berdua sekalipun kami tetap akan berjumpa.



Jika diikutkan, batch kami sebenarnya ada 70 orang termasuk boys and girls. Jadi dalam bilangan itu, ada lebih kurang 40 orang perempuan. Tetapi dalam 40 orang itu, ada satu sahaja hati. Walau di mana sahaja kami berada, sisipan rindu pasti diterbangkan bersama iringan du’a kepada semua sahabat-sahabat SBPI Jempol, n9 batch 03/04.

Namun dalam 40 orang itu, pasti tidak semua dapat dikongsi bersama. Mungkin ada yang selesa dengan si A, ada yang sekepala dengan si B, dan ada yang seiringan dengan si C. Tetapi, kami sama sekali tidak mewujudkan jurang antara satu sama lain. Ukhuwwah itu tetap dirasai bersama. Betul tak?^__^

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang. Dikumpulkan dan diikatkan hati-hati kami ini menjadi satu. Walaupun seorang di Jepun, seorang di Indon, seorang di UMS, seorang di UTM, seorang di UPM, seorang di Uitm dan seorang di USM. Ikatan hati kami sangat utuh hatta walau dirobek sekalipun, pasti akan bercantum semula. Terima kasih ya Allah di atas kurniaan kemanisan ukhuwwah ini!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Tak bosan ke asyik pergi jumpa bestfriends je?”

“Selalunya cerita tentang apa ye? Tak kering idea ke?”

Kering idea? Hoho. Ceritera tentang sekolah tidak pernah habis. Lepas rolling satu, akan bentang pula cerita lain. Kadang-kadang kami bercerita tentang pengalaman, masa depan, masalah, rakan-rakan, semua-semualah. (perempuan pernah ke habis cerita? Oh…) Tukang cerita tersangatlah ramai, tukang dengar? Hehe. Semua bercakap, siapa yang dengar tak taulah.^__^

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tetapi sejak umur semakin menganjak ke 22 dan ke 21 an ni (kami pelbagai umur, ada yang budak lompat), perbualan dan perbincangan kami semakin matang. Yeke guys? Ye lah kot. Heheh. Banyak perkara dapat dikongsi bersama. Masalah antara satu sama lain juga berbeza. Jadi jika berbincang, InshaAllah Allah ilhamkan solusinya buat kami.

Tetapi diri ini sangat bersyukur, jatuh bangun jasad ini mereka sentiasa berada di belakang; di setiap sudut. Semangat yang kadangkala luntur, diri yang kadangkala lupa, hati yang kadangkala gundah, bebanan yang kadangkala terlalu berat untuk dipikul seorang, merekalah yang memujuk, meleraikan, menegur, meniup kata-kata semangat. Merekalah orang itu! Rindunya waktu bersama. T__T

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Namun kita semua sedia maklum, hidup ini merupakan satu putaran. Mungkin selepas ini kami jarang berkumpul. Apatah lagi apabila sudah sampai seru untuk bertukar status, berkeluarga, bekerjaya dan sebagainya. Sedih mengenangkan semua itu, tetapi apakan daya, Allah adalah planner terbaik bagi al-insan seperti kita semua ini.

Apapun, Ukhuwwah ini tidak akan terhapus, terhakis, terluntur walaupun badai datang melanda. Melainkan:

"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dibertikan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (al-Jumu'ah:8)

Ya, mungkin itu sahaja yang akan memisahkan kami. Namun janji Allah itu pasti bagi orang-orang yang beriman. Moga bertemu di Jannah! InshaAllah. Assalamu'alaykum!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta,
Ia harus memiliki muara yang menjadi pelabuhan cintanya,
Aku tidak melihat seorang pun yang lebih mulia,
Bagi emosi cintaku selain seoarang yang rohnya,
bersatu dengan rohku,
Sehingga dengan sepenuh hatiku,
Kuberikan cintaku padanya dan kuutamakan dia,
untuk menerima,
"persahabatan ku ini"
(as-Syahid Imam Hassan al-Banna )
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sesungguhnya janji Allah pasti tidak akan mengecewakan,
Aishah Humayra'.
Daar El-ma'mur.

Tuesday, February 17, 2009

Usah gusar andai belum berpunya...


Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. “Orang lain semua dah berpunya, tinggal aku seorang sahaja.” Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

“aku tak cukup vouge ke?”

“aku kurang mesra?”

“ataupun pasal kerja aku tak grand?”

“aku tak pandai mengayat agaknya.”

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Apa yang penting? Kali ini jawapannya bukan kerjasama. Tetapi apa yang penting dalam konteks ini ialah, dapat memiliki.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tidak serik-serik lagi? Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batasanNYA diredah segala. Tidak mengenal dosa pahala.

Oh remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan hina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumahtangga yang dibina kurang keberkatan dariNYA. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali jika dinaik taraf dengan taubat. Rumahtangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya sudah dirasa dan terbiasa, mahu merasa nikmat apa lagi?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yaqinlah dengan Allah!

Jangan risau jika belum berpunya kerana mungkin Allah ingin memberi ketenangan dahulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first”. Utamakan mana yang lebih aula daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang sudah sampai saat hendak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu hendak berusaha itu anda memang sudah betul-betul mampu dan bersedia.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$



Memiliki isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabarannya. Jadi jangan mudah berputus asa!

Bukan mudah hendak membina sesebuah bayt al-musleem. Perlu bersedia daripada aspek Iman, taqwa, akhlaq, material, mental, fizikal dan pelbagai lagi. Jadi apabila sudah betul-betul bersedia, berusahalah dengan cara syar’ie yang diredhai Allah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Bagaimana caranya? Dengan sms siang dan malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri menjadi yang soleh atau solehah. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga waro’ dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun, apabila memilikinya, didapati insan yang dikejar itu hanya dedaunan kering cuma. Begitulah perumpaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Duhai remaja! Juga bakal dewasa!(yang nak masuk 22 tu ^__^)

Beringatlah, urusan jodoh itu tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di lauhun mahfuz sana untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tidak pasti ialah sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau sebaliknya.

Ingatlah, jodoh tidak akan datang secara lambat atau cepat sebaliknya jodoh akan datang tepat pada masanya bersama orang yang tepat. Bak kata seorang sahabat, lelaki "tunggul" dan "plastik" memang di mana-mana tetapi lelaki unggul sangat-sangat susah nak jumpa. Usah resah atau gusar, bersabarlah dan perbaiki diri serta yaqin amat dengan Allah. Teruskan berdu’a!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah,
Aishah Humayra'.
Bumi Fana'.
Daar El-Ma'mur.

Thursday, February 12, 2009

Sepetang bersama HELWI



"Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan. Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan. Yang di tangan itu adalah yang sebenar. Yang dalam angan-angan itu masih samar. Kita tidak mungkin akan hidup dalam dua alam yang samar---masa lalu yang telah menjadi memori; masa depan yang masih ilusi. Hidup hakiki ialah hari ini. Itulah yang realiti."

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Suatu petang yang damai, liqa' di surau Seroja masih lagi menemui jalan buntu bagi mencari jalan "mempromosi" usrah untuk semester ini.


"Kita buat kembara malam?"
"Boleh, tapi keselamatan dikhuatiri sebab Felo mesti tak nak terlibat. Faktor keselamatan musleemat penting."

"Kita buat sukaneka? "
"Boleh, tapi melibatkan banyak aspek. Contohnya nak kena beli barang-barang yang sepatutnya. Kita nak buat yang economic tetapi memberi kesan yang mendalam."

"Ok, kalau macam tu kita buat aerobik ahad ni!"
"Setuju!!!" V(^_^)V

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$




$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Alahmdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya Allah mengilhamkan sesuatu yang InshaAllah memberi manfa'at kepada semua. Apa yang dirancang, selepas sahaja sesi aerobik tamat, borang usrah diedarkan. (Usrah sedia ada dalam 11 kumpulan setakat ini). Promosi dijalankan bagi menambah bilangan ahli semester ini.

Lalu pada 13 Safar 1430H bersamaan 8 February, semua musleemat kampus dijemput ke gymnasium bagi menjayakan senam aerobik tersebut. Pada mulanya, hati sedikit sebanyak bimbang akan sambutan yang bakal diberikan musleemat. Iklan sudah diwar-warkan sepanjang minggu, namun rasa gusar dan bimbang tetap bermain di fikiran.

Tetapi, usai solat Asar petang itu, kelihatan berbondong-bondong manusia menuju ke arah gymnasium. Alhamdulillah! Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang. Apa yang menarik, pelajar non-musleem juga ada yang turut serta. (tetapi mereka tidaklah mengisi borang usrah ^_^ ).

Alhamdulillah again (infinity kesyukuran pada Allah), borang usrah juga "selamat" diedarkan. And the latest update, kami berjaya membentuk 15 kumpulan usrah semester ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Kredit to Wan Chik. Tahniah! Dan tidak lupa kepada semua saff pimpinan HELWI(satu badan Musleemat di sini), tahniah juga untuk entunna semua!InshaAllah program ini akan dijadikan program berkala yakni akan diadakan setiap minggu atau sebulan sekali. Kredit to Lajnah Da'wah. U guys kena kerja keras sikit. Hehe. Ain boleh! Ain boleh! Mungkin selepas ini, warga Musleemat Kampus menjadi seringan belon, sebab apa? Sebab sokmo exercise. Wah~^__^

"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (Agama Allah), kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan mengungkit-ungkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka berleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya perkara yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berduka cita" (al-Baqarah:262)

Teruskan bermujahadah! Yaaqin amat dengan Allah. Sesungguhnya hasilnya InshaAllah hasanah. Assalamu'alaykum!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Gemuruh jiwa, semangat membara,
Aishah Humayra'.
Gymnasium Kampus.
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Wednesday, February 11, 2009

Pesan Imam Hassan al-Banna...


Bismillah.
Pagi itu, satu buku dicapai di atas meja. Bacaan bermula selepas melihat content buku tersebut. Diselak halaman seterusnya, diteruskan bacaan, diteruskan lagi dengan terjemahan ayat. Bacaan terhenti. Direnungkan kembali terjemahan tersebut - bagaimana kaitnya dengan keadaan sekarang? keadaan sekeliling yang mengejar dunia?
Allahuakbar.....


....Khas Buatmu ya ayyuhas Syabaab....

Pesan As-syahid Imam Hassan al-Banna....

Wahai pemuda,
Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Saya juga ingin
mengucapkan selawat dan salam buat junjungan kita Muhammad, imam orang-orang soleh, pemimpin para Mujahid dan juga buat keluarga baginda, para sahabat serta para tabi'in.

Wahai pemuda,
Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikannya.


Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha adalah sifat-sifat para pemuda. Sebabnya asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda.

Atas dasar ini, dalam mana-mana bangsa para pemuda menjadi tunggak kepada kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan adalah rahsia kekuatannya yang tersendiri.

"Sesungguhnya mereka itu ialah orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan Hidayah petunjuk" (al-Kahfi:18:13)


Wahai pemuda,

Dengan ini bermakna kewajipan kamu banyak, tanggungjawab kamu berat dan terlalu banyak hak bangsa kamu yang perlu kamu tunaikan. Ini bermakna amanah yang kamu pikul adalah berat. Kamu perlu berfikir semasak-masaknya, kamu perlu berusaha lebih, kamu perlu menentukan pendirian kamu, kamu perlu mara sebagai penyelamat. Kamu perlu tunaikan segala hak Ummah dengan segala keistimewaan yang kamu miliki sebagai pemuda.

Sumber: Ustaz Salehan b. Ayub, Majmuu'ah Rasail Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (Edisi Bahasa Melayu), (2003), Pustaka Salam.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lalu dimanakah kita sekarang ini? Adakah kita berada di atas jalan da'wah atau masih berada di tepi-tepinya atau sedang memilih jalan bermalasan-malasan dan berseronok-seronok. Hanya insan-insan pilihan Allah yang dapat memikul amanah berat di atas jalan Da'wah ini. Sesungguhnya hamba yang menyerahkan usaha dan kekuatan untuk membantu Islam sudah tentu mendapat pandangan istimewa di sisi Allah.

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya berbondong-bondong mengikutimu, tetapi jalan da'wah itu penuh dengan kesusahan" (Suurah at-Taubah:42)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ya Allah, Ya Rabbi,
kuatkan hati-hati kami yang masih merasai kehidupan
dan
nikmatMU di dunia ini ya Allah.
Jangan kami dilalaikan dengan dunia semata2.
Semoga hati-hati ini akan berjumpa
di akhirat kelak, di syurgaMu ya Allah.
Ameen, Ameen ya Rabbal ‘Alameen.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sementara masih ada waktu,
Aishah Humayra'.
Bumi Allah.
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Pahang.

Monday, February 9, 2009

Jagalah h.a.t.i.m.u


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur'an.
Jika kamu tidak temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kamu tidak ketemui,
Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kamu tidak temui juga,
Berdoalah kepada Allah,

pinta hati yang baru..."(Imam al-Ghazali)


Hati yang sedar...

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa) yang tersebut itu tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya"(Suuratun Qaf 50:37)

Ya Allah,
Kurniakan
Kepadaku(kami)
HATI
seperti ini....

Hati yang bersih...
Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya- yang sedia bersih-bertambah-tambah bersih(dengan Iman dan 'amal kebajikan)" (Suurah as-Syams 91:9)

Hati yang lurus...
Firman Allah, maksudnya: (mereka berdu'a dan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisiMU; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya." (Suurah ali-'Imran 3:8)

...Dan peliharalah Hati ini...

Daripada Hati yang terhijab...
Firman Allah, maksudnya:"Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu al-Qur'an, padahal Kami telah menjadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat(yang menjadikan mereka pekak)" (Suurah al-An'am 6:25)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Special tag: Selamat HAri lahir sahabatku, Nurul Aqilah bt. Hashim
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Carilah Hatimu, Pohonlah pada Allah,
Aishah Humayra'.
Bumi Allah,
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Thursday, February 5, 2009

Pretty hectic weeks....

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Alhamdulillah di atas segala-galanya ya Allah. Takkan pernah cukup perasaan syukur ini di atas segala kurniaanMU ini. Alhamdulillah again kerana rasa aman & damai dalam perjalanan menuntut ilmu kali ini meski kadang-kadang badan terasa sedikit letih because may be assignments are pilling up day after day. Pretty hectic!(Sibuk dunia lah ni kan...huhu)

Namun, limpahan rezeki yang saban hari melimpah ruah dan kadang-kadang tidak disangka-sangka membuatkan hati bertambah2 perasaan syukur. Terima kasih ya Allah di atas segala limpahanMU! Moga kita semua tidak lalai dan hanyut dengan kurniaan itu. Ameen.

Esok akan pulang lagi ke Muar. Memikirkan adik yang seorang itu di rumah (angah) dan memikirkan beliau akan pulang kembali ke bumi anbiya' pada Jumaat depan membuatkan diri menimbang tara waktu dan masa di kampus supaya berkesempatan meluangkan masa bersamanya hujung minggu ini. (Walaupun Pahang tidak cuti hari Isnin ini tetapi Johor cuti, Oh) Alhamdulillah, dengan izinNya, Allah perkenankan diri ini pulang ke Muar esok. ALONE. T__T. Du'a dipermudahkan perjalanan dan berada dalam lindungan Allah sentiasa.

Bukan minggu ini sahaja. Sepanjang bulan Safar atau masihinya bulan February ini, every weekend akan menuntut diri ini pulang ke Muar:

13-15 February: Walimah kakak sahabat (Nurul Aqilah Hashim) di Pagoh, Muar

17-20 February: Berkemungkinan Unit ana terlibat dengan Program Bina Insan Guru (BIG) di Kem Mambang, Pekan Pahang T__T

28 February: Check-up bersama dentist (Dr. Izzuddin)

Means, ana terpaksa "absent" untuk mengajar Iqra' dan Al-Qur'an sepanjang weekend di bulan February ini. Lama sungguh tidak bersua dengan anak-anak murid ini. Oh rindunya pada kalian. Maafkan diri ini kerana sesungguhnya Allah lah perancang terbaik tentang susun atur kehidupan kita semua.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Rasa serba salah kepada rakan-rakan(adik2) coursemates kian menggunung kerana mereka mengembling tenaga bertungkus-lumus setiap hari minggu mengajar anak-anak didik sedangkan diri ini terpaksa berada jauh dari kampus. Asiif Katheeran! Namun diri ini pasti, mereka hebat-hebat belaka. I am extremely grateful because again, I am surrounded by good people. SubhanAllah..


muka kiah yg bersemangat waja!^__^


Jadi diri ini memohon di du'akan agar semua urusan berjalan dengan baik dan lancar. Ameen. Apapun, keep on moving. Yaqin dengan Allah selalu. He's always there for you! Assalamu'alaykum!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ku rindu negeri abadi itu,
Aishah Humayra',
Kuala Lipis to Muar.