Bersama kita melangkah

Friday, June 19, 2009

Kembara Kg. Tenglu - Air Papan Part 2


Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Pejam celik, pejam celik tinggal berapa hari sahaja lagi cuti saya akan berakhir. Tapi apapun saya amat gembira kerana pada hujung minggu ini, semua adik beradik akan berkumpul di rumah. Kenam-enamnya! Walaupun hanya sempat sehari sahaja. Susah jugak kan kalau cuti masing-masing tak sama.


Toyyib, entry kali ini nak sambung semula cerita di Mersing. Tentang apa ilmu , pengajaran dan pengalaman yang ditimba. Tuntasnya, entry ini ditulis sebagai secebis perkongsian daripada apa yang didapati di sana.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Hari pertama:

  • Kami diarahkan oleh Pakcik Norhan untuk mencari Kilang Keropok Norlita di Kampung Tenglu.
  • Macam main explorace pulak. Penat tapi best sebab mencabar. Tapi takpelah, biar cabaran itu menjadi rahsia buat kami. (^_^)
  • Kami belajar cara-cara membuat keropok lekor. It's amazing you know when we're allowed to try itu dan dan ini. Saya dah cuba menguli! Tapi tak taulah jadi ke tidak.Heh~
  • Kami dibelanja oleh tuan kedai dengan keropok lekor yang pelbagai. Baaanyak tuu. Alhamdulillah.
  • Petang itu Pakcik Norhan membaca tafsir Surah ar-Rahman daripada kitab tafsir Sayd Qutb, Fi Dzilaalil Qur'an. Baanyakk pengajaran surah yang kami dapat.
  • Petang itu juga kami belajar cara hidup nelayan. Petang-petang masa air surut, kami pasang jala. It's nice you know.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Hari kedua:

  • Selepas subuh, kami terus berjalan ke satu pulau, tapi tak tahu nama pulau itu apa.
  • Pengalaman pertama buat saya dan mungkin juga yang lain-lain, pergi ke pulau itu berjalan kaki! Tetapi waktu air surut. Hehe. Mencabar sebab perlu meredah selut "original" yang sangat dalam. Banyak kasut adik-adik yang "syahid".
  • Stranded selama lebih kurang 9 jam di sana. Sebab kena tunggu air surut balik.
  • Just imagine apa yang boleh dilakukan di pulau? Yang tiada apa-apa selama hampir 10 jam?
  • Tetapi kami cari kerang, main game bola (tak tau mana budak-budak ni dapat bola yang sebenarnya ia adalah pukat, cehss haha), main berenang-berenang tu sure walaupun tak berapa nak reti.
  • Percaya tak, ada nelayan ditaqdirkan Allah lalu-lalang disitu menghadiahi kami dengan seekor ikan belukang? Er, Alhamdulillah!
  • First time juga jumpa belangkas. Dan di pulau itu juga, kami BBQ kerang, ikan belukang tadi dan belangkas! (Tapi saya tak try pun belangkas tu). Time itu terfikir Allah tu Maha baikkan? Di mana-mana pun kita tercampak, masih ada rezeki yang Allah bagi. Syukur!
  • Part ini paling best, solat jama' zohor dan 'asar di pulau. Hamparan pasir halus sebagai sejadah! Allahuakbar. Saat sujud merupakan term yang paling sayu sekali. Saat dahi mencecah tanah. Maka nikmat Allah mana yang kamu dustakan?
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Hari ketiga:

  • Rehlah di air papan, tetapi pakcik jemput Jabatan Pertahan Awam (JPAM) untuk demonstrasi sekiranya berlaku kes-kes lemas.
  • Demonstrasi dilakukan dalam bentuk "real"seolah-olah ada mangsa lemas. Lakonan daripada pihak mereka yang sememangnya pakar.
  • Di hujung pantai air papan itu sebenarnya ada satu tempat perusahaan ternakan penyu. Kami pergi ke sana tetapi hampa kerana tuan rumah tiada ketika itu. Hanya disambut oleh seekor burung tiong yang asyik mengulang-ulang perkataanya.
  • Tapi kagum sebab hanya satu perkataan ini sahaja yang betul-betul ia digest, apa dia? "Assalamu'alaikum". Nice kan? Subhanallah. Bagus Tuan Rumah.
  • Last sekali, solat jama' Zohor dan 'Asar di Masjid Jami' Mersing. Atas bukit. Tinggi betul. Nampak entire Mersing. Destinasi terakhir sebelum bertolak kembali ke Muar.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Secara keseluruhannya, perasaan saya bercampur-baur ketika program RKS ini. Dalam hati, ada rasa syukur, puas, gembira, sedih, rasa nak berubah, dan macam-macam lagi.

Sepanjang di sana, saya mencari kembali suatu sudut diri saya yang telah hilang. Sudut yang namanya ruuh yang hidup di dalam jasad saya. Mencari suatu perasaan yang pernah saya rasai suatu ketika dulu, SubhanaLlah walhamduliLlah.

Dan Alhamdulillah, saya temui apa yang dicari. Walaupun bukan dalam sem
ua slot, tetapi ada slot-slot tertentu dalam RKS yang berjaya menyentuh hati ini...

Diri tersentuh dengan indahnya dan mahalnya nilai secebis ukhuwwah.


Diri tersentuh dengan sikap dan akhlak mereka yang cukup molek dan cantik.

Diri tersentuh dengan lagu Demi Matahari (Patutlah adik asyik nyanyi je lepas balik KBM)

Diri tersentuh dengan kanak-kanak. I do love kids. Really. Sangat-sangat, bak kata orang Cina Hen hao. But I don't know whether the kids love me or not. Hoho. Tetapi banyak yang saya teladani daripada kanak-kanak dan banyak 'ibrah yang saya dapati apabila berdampingan dengan kanak-kanak.


Diri tersentuh dengan indahnya ISLAM.

Diri tersentuh dengan cara hidup yang sentiasa menghirup udara qana'ah. Semuanya dalam kesederhanaan.

Diri tersentuh dengan bermacam-macam lagi. Maybe it's too long to write in here. Okay, noted.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Lagi,

Diri terkesan dengan kata-kata Pakcik Norhan semasa slot tafsir Surah ar-Rahman. Setiap apa yang kita lakukan ni, semuanya telah diatur ol
eh Allah dengan cantik, dengan indah, dengan tersusun dan apapun yang telah, akan dan sedang terjadi pada kita, itulah yang terbaik buat kita.

Susah ke? Allah minta hambaNya bersyukur sahaja. Betul tak? So lepas ini, setiap apa sahaja rezeki, kurniaan, dan kebaikan yang Allah hadiahkan untuk kita, mesti rasa syukur perlu terbit dulu, berbanding lain-lain.


Allah tahu even sehelai daun pun gugur ke bumi. (Er, siapa ingat ayat and surah apa dalam Al-Qur'an?) Allah knows everything. So, never fret, never frown, ok? (^_^)

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Baik, secara tuntasnya disimpulkan di sini,

Kita manusia, kita perlu masa untuk mencari. Perlu masa untuk belajar dan memahami. Perlu masa untuk baiki kembali kesalahan diri. Perlu masa untuk meneguhkan hati. Perlu masa untuk mengamalkan ilmu yang diberi serta perlu masa untuk biarkan ia sebati dalam diri.

Namun begitu, kita sendiri perlu punya kehendak sebab Allah takkan mengubah k
eadaan suatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.(ar ra’du:11)


Jadi, ini sahajalah, bingkisan di hari cuti. 'Utlah Jameelah! So, apa manfaat dan 'ibrah yang dikutip semasa cuti? Tepuk dada, mintalah fatwa dari hati. WaLlahua'lam. Assalamu'alaykum!

P/s- Untuk paparan gambar yang lebih jelas, sila klik pada gambar.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Misi Kembara Mengenal Allah,
Aishah Humayra'.
Suara's Chalet, Kampung Tenglu, Air Papan,
Mersing,
Daar Et-ta'zeem.
Moga bertemu lagi adik-adik, InshaAllah!

4 comments:

Anonymous said...

Diri tersentuh dengan kanak-kanak. I do love kids. Really. Sangat-sangat, bak kata orang Cina Hen hao.

apakah??

hehe

ain yg malas tls identty

Humayra' said...

what does it mean??? hoho takdak apa2 pn...it's just terharu jer bila duduk2, main2, borak2 ngn kanak2..

- rasa tak sabar nak blk kampus tapi cam sedih pulak nak tinggalkan umah, camne tu ain? huhuhehu -

Anonymous said...

pergi pulau jalan kaki?
cmne tu?ikut tepi pantai jela ke

Humayra' said...

tak, lintas tengah2 laut tu, bkn ikut persisiran... sebab masa air surut, dia jadi macam tanah yang sangat luas sampai dekat pulau tu...tp nak jalan ke sana bukan semudah yg disangka...mencabar2