Bersama kita melangkah

Tuesday, June 16, 2009

Muar - Teluk cempedak - Mersing Part 1



Sekitar tahun 2005:
"Siapa nak ikut babah hantar angah balik Mersing?", offer babah.

"Erk, Mersing? Jauhla bah" jawab kami.

"Ok, kalau taknak babah pergi dengan ibu je".
"Er, okay2. Kitaorang ikut". heh~

Bismillah.
Assalamu'alaykum.
Kayfa heylukum people? Harap semua kheyr-kheyr belaka
hendaknya. AlhamduliLlah, seharusnya rasa syukur itu sentiasa dirafa'kan kepada Allah kerana kita masih lagi dilimpahi dengan nikmah yang melimpah ruah. Stop whining and say Alhamdulillah again and again right? Alhamdulillah.

Berbekalkan cuti yang masih bersisa, saya cuba mencoretkan
sesuatu tentang 'ibrah dan pengalaman yang saya dapat ketika cuti ini.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Bermula dengan minggu pertama cuti, kami sekeluarga bertolak ke Kuantan untuk menghantar Amir ke kursus persediaan 3 bulan di Kolej Shahputra sebelum beliau bertolak ke University of Alexendaria Mesir seminggu selepas Raya InshaAllah.

Kami menginap di Hyatt Regency Resort Teluk Cempedak. Betul-be
tul sebelah pantai Teluk Cempedak. Pernah sampai? Oh ya, cuti saya kali ini banyak "bersua" dengan pantai. Sana sini perjalanan dikelilingi pantai, subhanallah!

Tapi apapun, pantai Teluk Cempedak memang sangat cantik. Memerhati hamparan lautan nun jauh dari jendela bilik memb
uatkan kita terfikir, elok dan sungguh cantik Allah ciptakan laut bukan? Allahuakbar.

"The which of the favours of your Lord will you deny?"
[Ar-Rahman: 49]

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Minggu kedua kami sekeluarga sekali lagi ke Kuantan. Kali ini menghadiri walimah dua pupu. Menginap lagi di tempat yang sama. Sekali lagi menyusuri pantai Teluk Cempedak. Memang seronok walaupun kita hanya berjalan-jalan ambil angin sahaja. Heh~

Namun, satu perkara yang membuatkan saya agak terkilan pada cuti kali ini ialah saya tidak dapat menyertai coursemates melawat sebuah pondok di Melaka, Baytul Qura'. Mendengar pengalaman mereka berada di sana menerbitkan rasa cemburu di hati.

Wamakaru makarallah, Wallahu khairul maakirin. Kita merancang dan Allah juga merancang, namun Allah jualah sebaik-baik Perancang. Mungkin ada rezeki lain kali? InshaAllah. Guys, buat lah lagi ek. (^_^)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Masuk minggu ketiga, saya diajak atau dipelawa oleh Makcik Yudasma untuk menjadi fasi bagi program Remajaku Sayang (RKS) anjuran JIM Muar. Niat di hati, cuti kali ini saya memang nekad untuk bertemu dengan Sis Sazira.

Siapa kak Sazira? Seorang kakak yang dah contact dari bulan Januari tapi sampai bulan Jun ni tak berkesempatan lagi Allah bagi peluang nak jumpa. Jadi cuti sekolah ini saya nekad untuk menyusun pertemuan dengan beliau.

Program RKS kali ini di Mersing. Mersing? Kali terakhir menjejaki bumi Mersing adalah pada tahun 2005 kerana waktu itu angah masih bersekolah di SBPI Mersing (Sekarang SMS Sultan Iskandar).

Jadi sudah hampir 4 tahun saya tidak ke sana. Jauhhhh. Sebab itulah kami adik beradik akan berkata "Oh, Mersing?". Tapi masa itu tak nak kecikkan hati angah, kami semua ikutlah. Kan ngah? haha.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sebelum bertolak ke Mersing, kami berkumpul di Tadika Islah, Muar. Masa mula-mula sampai tu nervous juga, seorang pun saya tidak kenal di situ. Tapi Makcik Yudasma baik, dia sambut saya macam sudah lama kenal. I was like, "wah, baiknya makcik ni." Lepas berbual-bual sekejap, dia kata:

"Aishah tolong makcik masak eh? Makcik ada hal nak keluar kejap."
"Erk?"

Masak untuk lebih kurang 25 orang setakat itu di situ memang tugas yang agak berat buat saya. Selalunya masak untuk family, ada lah dalam lapan orang sahaja. Tapi di sana I was like "segan-segan". Kalau tak sedap macam mana?

Tetapi saya cuba jugalah, dengan bantuan adik-adik peserta, yang ringan tulang membantu, bersama-sama menggunakan teori "campak-mencampak" di dalam masakan, disulami dengan perencah dan perasa ukhuwwah dan mahabbah, alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan dinner! (^_^)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Usai solat Isya' ada breifing tentang program and at the end of slot tu, saya perasan ada seseorang di tepi pintu sedang memerhati saya. Dalam hati, Alamak! Hehe. Habis sahaja slot, saya pergi ke arah sang empunya jasad.

Sebelum salam, dengan berdebar saya memulakan qalam, Kak sazira ye? And dia pun, Aishah? Wah, macam slot jejak kasih. Kami bersalam-salaman dan berpelukan. Adorable kak Sazira and her son, Ammar. Comel!

Ha~ Kak Sazira pun peramah jugak. Bercerita itu dan ini. Dalam hati, masih ramai insan yang peramah dan baik dalam dunia ni kan?

"Akak baru balik dari Kedah ni, tapi cakap dengan suami
(Pakcik Anuar) nak pergi jumpa Aishah kejap dekat sini."

"La, yeke. Siannya akak jauh-jauh."
(Hati jadi terharu dan berbunga-bunga) (^_^')

Malam itu saya berta'aruf panjang dengan Makciks, Pakciks and kids. Nasib baik baby tak boleh cakap kan? Apapun, hati bertasbih melihat wajah-wajah jernih mereka. Wajah yang kuat dan bersemangat, tak luntur dek rintangan dan mehnah yang datang bertandang di atas jalan da'wah ini.

Malam itu juga saya tidur dengan senyuman terukir di bibir. Hati rasa lapang sebab Allah bagi peluang untuk "rasa" suasana itu. Suasana yang sudah lama diidam-idamkan. Walaupun baru secebis Allah beri, lafaz hamdalah berkali-kali diucapkan, Alhamdulillah!

Jam 4.30 pagi kami bertolak ke Mersing.

- bersambung -

8 comments:

Anonymous said...

Kak Aishah poyo je tu. Padahal masa kem BIG haritu dia tukang masak kumpulan dia. Kan kak? haha

Humayra' said...

erk? huwaaa....
ahli kumpulan BIG mana stranded dekat sini ni...heh~

ha~ masa tu pun masak like "campak-campak" jugak...so rasa mcm kesian je siapa yg makan masa tu kan...huhu

moral value:
akhawat kena belajar masak sungguh2...kena ada skill memasak...it's crucial u know!(^_^)

Anonymous said...

~ kak ecah masak memang sedap ~

Humayra' said...

okay2, noted...
- kak aishah masak biasa2 aje -

jemputlah datang rumah ye...

Anonymous said...

bestnyee cah...
cutimu penuh warna warni ukhuwwah

Humayra' said...

AlhamduliLlah (^_^)

hubahuba said...

huih ada part jugak!
tapi lagi advance sebab ade selit ayat quran :D

Humayra' said...

Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?
- aayah to ponder -

Er, berkenaan reunion tu...mmg kitaorang awal2 dah plan mmg untuk nisa' je...

sebab? byk sebab musabab...dah fikir2 mmg nk kmpul 1 batch, tp kl ada lelaki, it's like...u know..faham2 sndiri...

mgkinla, 1, 2, atau 3 thn lg inshaAllah kan, ramai yg da kawen, so blhla buat dua2 gender...ada mahram...skrg ni mcm xelok sgt....

sorry...korg yg rijal tu plan la elok2 k korg pnya reunion...

kami bkn diskriminasi gender, unless kl pergi skola jmpa ckgu...sebab yg ni ktorg buat dkt chalet ayah sap...

harap dapat fikir rasionalnya knp kami tak buat campur...

utk prog bdk laki, ko la jd pengarah program petol...haha~

~ sorry reply dkt sini sbb ak malas nk bkak fs heh~