
Assalamu'alaykum.
Ba'da subuh tadi, selepas "berjalan-jalan" secara maya ke blog-blog yang best atau secara tepatnya, blog hopping ke merata blog, akhirnya terjumpa satu perkataan yang agak best juga iaitu obsess.
Ada orang suka itu, ada orang suka ini. Dan minat itu selalu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk kerana ia biasanya akan kelihatan dan sukar disembunyikan.
Namun, ada satu perkara yang kita semua sangat berdoa supaya Allah mewujudkan minat itu, obsesi itu, kesukaan itu, dalam diri kita. Kita mestilah minat pada Islam.
Suka pada Ad-deen ini. Cenderung kepada kebaikan. Biarlah hati kita selalu merasa terpanggil untuk hadir menyahut seruan hidayahNya bila-bila pun ia tiba, dalam apa-apa jua bentuk pun ia sampai.
Semoga kaki kita selalu merasa ringan untuk melangkah ke majlis-majlis seruan keimanan. Hendaknya telinga kita selesa dan biasa mendengar kata-kata yang menginsafkan, juga ayat-ayat cinta dari Maha Pencipta.
Du'a kita agar tangan kita tidak pernah lambat-lambat untuk mengeluarkan apapun harta, membayar berapa pun harga, demi meraih sesuap kefahaman Islam. Lagi, tidak berkira jika harta atau duit yang tidak seberapa itu di infaqkan ke jalan Islami, demi deen yang tercinta.
Kita juga mestilah taksub dengan Nabi Muhammad saw. Mestilah minat sangat kepada baginda. Mahu taat dengan setiap satu suruhan baginda tanpa tertinggal. Mahu belajar lagi tentang diri dan kisah baginda, menambah lagi ilmu dan kefahaman kita tentangnya.
Mahu ikut semua sekali ajaran baginda. Ingin buat segala apa yang baginda buat. Hatta melangkah masuk ke tandas pun kita ingin sentiasa memilih kaki kiri dahulu supaya sama dengan baginda!
Begitulah para sahabat dulu, mencontohi qudwah agung itu tanpa banyak soal. Semua yang baginda cakap mesti betul. Semua yang baginda buat mesti nak ikut, dan mereka menamakannya Sunnah Nabi. Memang mereka fanatik! Maka benarlah mereka. Kerana mereka menyaksikan kebenaran yang dibawanya.
Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah itu SATU-SATUnya manusia yang berhak untuk kita taksub dengannya, sebab telah dirakamkan oleh Allah Yang Maha Agung dalam firmanNya:
“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah.” [Surah Al-Ahzab:ayat 21]
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Semua ini untuk apa?
Ia adalah semata-mata kerana kita mestilah obsessed ke syurga! Buat apa saja dan korban apa saja. Dengan rasa rela dan bahagia. Tanpa pernah ragu. Dan untuk itu, kita mesti asyik mencari redha Allah.
Ertinya, hidup kita sentiasa diwarnai oleh hal ini, fikiran kita tidak lepas darinya, kita akan mengaitkannya dengan semua benda, apakah Allah redha? Apakah Allah suka?
Dan apabila Allah menyuruh kita mencontohi seorang manusia, maka akan kita laksanakan seberapa daya. Kita juga akan memberikan masa, tenaga, harta dan segalanya yang kita ada untuk memahami Islam ini, untuk menjulang Ad-Deen ini, untuk ‘membeli’ KeredhaanNya.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..” [Surah At-Taubah : ayat 111]
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Apakah yang menyebabkan kita berfikir dua kali? sebelum bergerak ke arah kebaikan? Hal ini sangat penting kerana ia bukan sekadar soal antara hidup dan mati. This is even more important because this is a matter between Heaven and Hell, our eternal end.
Above all our interests and our obsessions, kita berdu'a agar kita tidak akan pernah lupa tentang ini, tidak akan pernah luntur minat kepada agama ini, tidak akan sekali jemu dari obsesi ini, setiap saat selagi nyawa ini masih ada. Ameen.
- Mendakati Islam bukanlah merupakan satu hobi, tetapi merupakan satu tanggungjawab -
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Counting the days to Ramadhan al-kareem,
Aishah Humayra',
IPGM Tengku Ampuan Afzan,
Daar el-ma'mur.
3 comments:
ye,
dalam sunnah ada kjayaan..
dari Syarikat Air Cond MITC
kikikiki
eh cik nk pasang air cond kat blog nie eh?? sila2 bg cool sikit...
ye, kejayaan berlandaskan sunnah adalah kejayaan yg paling manis dan indah...
- drp insan yg masih tak dapat shopping dkt mydin MITC lagi -
obsesskah? haha...
err..
obseskh diriku dgn wane itm?
i'm wonder.
hurm....
Post a Comment