Bersama kita melangkah

Saturday, April 4, 2009

Gema tarbiyyah itu yang kita mahu....



S: "Jangan tanya ana sejarah. Ana blank kalau bab-bab sejarah ni,". Kata si S.
F: "Sejarah?Last sekali masa form5 dulu. Hampir 5 tahun tinggal. Cukuplah dapat A1 kan." Kata si F pula.
Z:"Sejarah, kadang-kadang best. Kadang-kadang tak. Macam tu lah."

(Dialog dan nama di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan sesiapa) (^_^)

Banyak pendapat telah diberi apabila diaju berkenaan sejarah. Ada yang suka, ada yang tidak. Ada yang menerima sepenuhnya, ada yang membuangnya begitu sahaja. Anda, entum, entunna sendiri bagaimana?

Cukupkah sekadar A1 semasa SPM dikira lengkap memahami dan menghayati sejarah kita? Isu yang lebih ditekankan di sini ialah isu tentang memahami sejarah Islam.

Sejarah zaman permulaan bermula dari zaman Rasulullah, pertengahan, kegemilangan khilafah dan akhirnya kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah 1924. Sudah digest kah anda? Sudah master memahami?

Pernah dengar apa itu ISK (Ini Sejarah Kita)? Apabila disebut ISK, ramai yang mungkin terbayang graf turun naik umat Islam, hadith logam, kisah robot dicabut bateri, madrasah Rasulullah, Sumayyah yang syahid sebelum berhijab, kehebatan Muhammad al-Fateh dan tenteranya, Umayyah vs Abbasiyyah, tamadun yang berdakwah dan lain-lain.

Ana pasti, ramai insan di luar sana sudah sedia maklum apa itu ISK dan ramai juga yang pernah menghadiri program berkenaan ISK ini.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Tetapi hari ini, ana ingin membawa kita semua melihat sejarah dengan mata hati bukan hanya pandangan teori semata-mata....
Mari kita lihat sejarah dengan mata hati....

Kata Imam Abu al-Qasim al-Junaid
"Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati..."

Dan tiap-tiap berita daripada Rasul-rasul itu kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita itu kebenaran dan pengajaran serta peringatan kepada orang-orang yang beriman. (Hud: 11:120)

Di sini, di blog ini, ana tidak mengupas lanjut tentang kronologi Sirah nabawiyyah sehingga jatuhnya Khilafah kegemilangan agung Islam Turki Uthmaniyyah.

Sebaliknya, Ana ingin membawa anda/entum, entunna semua berfikir kenapa jatuhnya kerajaan hebat tersebut pada masa itu.

Ana yaqin dan sedia maklum pembaca sekalian tahu paling tidak pun sedikit tentang perjalan sirah Nabawiyyah. Maka untuk menambah knowledge tersebut, wajarlah diri sendiri yang berusaha untuk mencari sumber/ buku di mana sejarah lengkap tentang Islam ini ada.

Atau anda boleh klik di sini; Ini Sejarah Kita.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Apa yang ingin dikupas di sini ialah peranan kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam seperti dahulu, malah lebih gemilang lagi hingga ke puncak dunia....

Realiti kita:
Kembali kita melihat kepada perjalanan sejarah yang panjang ini. Sebagai sunnah-sunnah yang lain, sejarah pasti melalui jalan yang sama sepertimana yang diatur oleh Allah S.W.T. Bangkit dan jatuhnya umat Islam pada zaman lalu adalah sebuah perancangan Allah yang tetap kerana apa?

Kerana Allah lah sebaik-baik perancang. Tidak terdapat "teori kebetulan" di sini kerana perancangan Allah itu Maha hebat daripada perancangan yang lain. Pasti ada hikmahnya. Fikir-fikirkan.

Kita yang sewajarnya menilai realiti Umat Islam kini. Di manakah kita berada sekarang?

Adakah kita berada di Era Abassiyyah yang mempunyai tamadun Islam yang hebat?
atau, di Era Umayyah yang mempunyai Kerajaan Islam yang luas?
atau, di Era Madinah yang mempunyai sebuah negara Islam yang kuat?

Penilaian mestilah dibuat mengikut realiti ummat. Penilaian ini menentukan tindakan dan hala tuju kita selepas ini. Pada setiap era, umat Islam mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Peranan dan tanggungjawab ini ditentukan oleh suasana pada masa itu.

Sepertimana usaha Nabi Muhammad s.a.w melalui fasa-fasa tertentu (seperti da'wah Sirriyah dan jahriyyah), kita sewajarnya mengambil iktibar untuk bertindak dan berperanan mengikut tuntutan semasa.

Namun, hakikat yang sebenarnya, kita sedang berada di dalam era Makkah. Tamadun Islam telah lama dikambus oleh kemajuan Barat yang menguasai dunia kini.

Tiada sebuah negara pun yang mampu mewakili Islam dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan umat Islam. Sistem Khalifah sudah lama hancur oleh tangan nasionalis dan imperalis. Islam kembali dagang dalam dunia yang dulu mengenalinya....

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Lalu apakah tanggungjawab kita?


Rata-rata manusia keliru dalam meletakkan kepentingan kepada sesuatu perkara. Lantaran itu mereka mula berfikir di luar realiti dan merancang mengikut angan-angan dan imaginasi. Mungkin sebahagian yang lain mengambil langkah yang tergesa-gesa untuk mencapai kembali kegemilangan Ummah.

Sebilangan umat Islam menyangka dengan membangunkan ilmu dan teknologi umat Islam dapat mengembalikan keagungan Tamadun Islam lalu mereka mengambil asas dan nilai Barat dalam mencorak "Tamadun baru Islam".

Sebilangan sudah lama menanti...bilakah negara Islam akan muncul kembali?
Sebilangan sudah lama menunggu...bilakah Tamadun Islam akan kembali gemilang?

Sesungguhnya nabi Muhammad juga mempunyai impian dan cita-cita yang sama, mahu melihat Islam menguasai dunia dan selurauh umat manusia tunduk dan sujud kepada sistem Illahi.

Namun Rasulullah tidak tergesa-gesa untuk mengejar kekuasaan dan keagungan kerana bukanlah itu yamg menjadi tujuan perutusan baginda s.a.w. Ar-rasul diutus untuk mengajak manusia kembali sujud kepada Allah, melenturkan hati yang selama ini keras membatu.

Ar-Rasul mendidik insan untuk mengenal ALlah. Mendidik insan untuk mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. Akhirnya insan yang terdidik di dalam madrasah tarbiyyah Nabi telah berjaya membawa risalah ini ke serata dunia.

Insan-insan inilah yang mendokong sebuah ummah dan membawanya ke arah kegemilangan kuasa dan tamadun dunia.

Lalu adakah kita sedang atau telah membina dengan batu-batu?

Syeikh Syakib Arsalan pernah berkata: "Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu."

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Apakah dia "usaha" itu?

"Usaha da'wah mestilah dimulakan dari bawah seperti yang dikatakan oleh Syeikh Syakib. Tiada cara lain. Ia adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik di dalam tarbiyyah Islam yang sejati.

Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar semata. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang.

Dirikanlah khemah kamu di padang jahiliyyah di abad 21 ini, dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu"

Da'wah Rasul tidak terhenti sekadar mendidik individu, mereka yang telah diseru kepada Islam dikumpulkan dan dibentuk dalam aspek aqidah, akhlak dan ibadah.

Kemudiannya lahirlah keluarga-keluarga Islam yang mencorak masyarakat-masyarakat Islam.

Bermula daripada pembinaan batu-batu yang kecil, kini bahan binaan itu membentuk sebuah bangunan yang kukuh. Tanpa bahan-bahan yang kuat, bangunan tersebut akan mudah bergoyang dan akhirnya roboh.

Berikut merupakan flow chart atau susun atur peringkat da'wah perlu dimulakan:



Fardhu Muslim --> Baitul muslim --> Mujtama' Muslim --> Daulah Islam --> Kerajaan Islam --> Empayar Islam --> Ustaziyatul Alam

Pernah terfikir tak kenapa ada tujuh tangga sahaja? Tidak enam, tidak sembilan. Dan pernah terfikir tak kenapa perlu mula daripada Fardhu muslim. Kenapa tidak daulah Muslim dulu. Pernah terfikir tak? Curious ingin tahu? Fikir-fikirkan.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sememangnya jalan yang harus dilalui itu sangat panjang lagi susah, dan proses yang sangat susah lagi mencabar ini sememangnya tabi'atnya begitu:

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata "Aku beriman" sedang mereka belum lagi diuji? Sesunguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti tahu orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. (al-Ankabut, 29:2-3)

Inilah jalan yang paling selamat yang harus ditempuh oleh setiap du'at, terutamanya di abad ini dan mereka yang menginginkan Islam kembali memerintah.

Tidak boleh tidak kita harus bermula dari unit yang paling kecil dan bergerak ke arah yang terbesar. Sehinggakan dunia ini merasai Islam sebagai rahmat baginya dan seluruh alam.

Syed Qutb telah menyatakan "bahawa Islam sebagai satu sistem hidup yang praktis, sangat mengambil kira sifat-sifat kemanusiaan yang ada pada diri manusia. Islam merupakan satu cara hidup yang mampu dilaksanakan oleh manusia dalam ruang lingkup kemampuan yang ada pada dirinya.

Sama ada manusia berjaya mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan atau tidak, bergantung kepada usaha dan kesungguhan masing-masing."
Wallahua'alam.

Sumber: Buku Ini Sejarah Kita dan Buku Pengurusan Dakwah oleh Rozhan Othman.

Kadangkala diri rasa seperti mahu "terbang", terbang melihat dan merasai suasana orang-orang terdahulu.(asaathiirul awwalin)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Your Heart is the Pillar of Your Worship,
Aishah Humayra'.
Daar El-Ma'mur.
(Takde orang nak rasa datang Lipis ke? Sap? Sheri? Bell? Dan? Cik Ain? Doyo?) ^_^

9 comments:

tanya said...

akak bila nak ber BM?
tgk link kat tepi page tu dah ada dah tu...heheh

Humayra' said...

er, BM=Belanja Makan??

mehla, nanti akak belanja...hoho(^_^)

unidentified said...

hahaha
nnt aku dtg,ko kne la seludup aku mcm matriks dlu hehe pakai bju krung ngn kasut frmal dh cukop kot ek..die cek kad matriks x?hehe

AmirSyah Mazlan said...

kak, just nk tnye pndpt.. hehe

1) ape pndpt akak tntg pnyertaan ikhwan d dlm plhnrya utk tjuan siasah?

2) adkh mksd akk, ulamak2 atau glgn yg tlh msuk prgkat tanfiz, yg sdia utk bjhad, prlu mnrik diri dr jihad menegakkan ngara Islam buat smntra wktu dan hnya mnumpu pd dakwah dan tarbiah? mnrut Islam, adkh mreka tlepas dr tggjwb jihad ktika itu? ataupun smuanya perlu bjalan scara srentak?

satu entry yg mnrik utk dmuhasabah.. syukran.. :-)

Humayra' said...

er mcm kat KMJ dulu? bereh je....tp kat sini lg senang xpayah menyamar...naik teksi je nak masuk dalam sbb kaw sgt berbukit...xde cek kad matrix...jomla sap!balik time puasa ni kay...hehe

Humayra' said...

1) Bergantung kpd niat...rujuk hadith 40 ttg niat...apa yg jd masalah sekarang ialah "campuraduk" agama dalam politik..tu yg jd tujuan kita akan mencapah nnt...tp itu bergantung pada niat td tulah, cuma kl tgk situasi politik skrg, agama dicampuradukkan dgn perkara2 xsepatutnya.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yg benar dgn yg bathil dan kamu sembunyikan yg benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya"(al-Baqarah:42)

berapa ramai bila dah join politik dapat berkata benar?--pendapat akak shj sbb diri xminat berpolitik kot...(^_^)

Tp jika anda sgt mmpu utk join politik bg mengislahkan ummah,tafadhol...(^_^)

Humayra' said...

2) “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”
(Al Ahzaab: 23)

Tanggungjawab jihad tidak boleh dilepaskan krn kita telah berjanji pd Allah utk terus berjihad hgga syahid...walau apa carapun teruskan berjihad dlm masa yg sama da'wah berjalan seiring...

Da'wah n tarbiyyah merupakan salah satu wadah mengislah ummah, tidak boleh tidak mesti diteruskan seiring dengan ruh jihad itu tadi bg mempertahankan deen di bumi Allah...

Wallahua'alam...

AmirSyah Mazlan said...

maksud akak tentang "campuraduk" agama dan politik?

atau maksud akak agama dan politik tidak boleh dicampuradukkan?

# maaf banyak bertanya.. sekadar mencari jalan.. (",)

Humayra' said...

er, maksud akk bkn agama dan politik tidak boleh bercampur...sorry2...piagam madinah tu sort of politik kan? Agama dan politik mmg seiring..

cuma fenomena politik zaman sekarang, yg kebanyakannya hal-hal dan hukum agama dicampur adukkan yg hak dgn yg bathil....

byk contoh hal-hal agama yg bercampuraduk yg kita boleh fikir sendiri...itu maksud akak...

nape? nk bertanding pilihanraya ke thn dpn? Silakan...mungkin anda blh buat tranformasi...orang2 yg mcm entum diperlukan...cubalah...(^_^)