Bersama kita melangkah

Wednesday, April 1, 2009

Al-Waqtu ka as-sayff...


M: Kak Aishah tak update blog? Lama nampak tak update.
A: Er, bukan tak nak update. Hati meronta-ronta nak update. Tapi "kerja hakiki" (assignments) meronta-ronta minta disiapkan. (ayat poyo daripada kak Aishah. Tapi hakikatnya memang betul pun, assignments are pilling up)

Tetapi itu ayat beberapa jam lepas. Selepas bertungkus-lumus (kononyer) menyiapkan "kerja-kerja hakiki" tersebut (khalas juga akhirnya, alhamdulillah), diri ini dengan yakinnya menekan keypad laptop sendiri. Walaupun hati berasa cemburu kerana insan-insan seperti Nad, Khalillah, Fathiah, Kimah, Fatin telah pun menyiapkan "kerja hakiki" mereka dengan mantap dan jayanya. (kan Nad? Akak tau tu. Haha)

Semalam dapat pinjam lagi buku daripada seorang adik coursemate. Buku Ayyuhal Walad (Wahai anak-anakku yang tercinta). Buku berkisar tentang surat atau "ayat-ayat cinta" Imam al-Ghazali buat para syabab sekalian. Halaman demi halaman diselak. Terhenti di muka surat 13. Tertarik dengan pesanan ini. Ringkas tetapi menusuk qalbu. Terasa zuqq yang teramat sangat.

Baca jika anda tertarik. Baca jika perasaan inkuiri anda membuak-buak ingin tahu dan tinggal sahaja page ini jika rasa tidak mahu baca. (^_^)

Ana sertakan mafhumnya:
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah:
" Tanda-tanda bahawa Allah jauh daripada seorang hambaNYA ialah apabila kita ralit mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umur kamu yang telah digunakan bukan untuk tujuan berfaedah dan bukan merupakan tujuan hidup kamu(iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalan kamu pada hari Qiamat nanti...."

Anda sudah matang untuk memikirkan?

Anda sudah matang untuk mentafsir?

Anda sudah matang untuk menggunakan 'aqal?

Duduk seorang diri, ber'uzlah mohon petunjuk daripada Allah. Fikir-fikrkanlah. Nasihat yang teramat dalam untuk diri sendiri juga~Allah...

Dalam kesyahduan dan keni'matan membuat assignment dan menelaah, setiap hirupan dan hembusan nafas kita, ingat dan bersyukurlah pada Allah sentiasa. Dan masa sekali lagi ralit berputar dan terus-terusan berputar.

“If you want something in your life and you aren’t praying tahajjud for it then in reality you don’t really want it.”
~Shaykh Yasir Qadhi~

Sumber: al-Imam Hujjatul Islam dan Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al-Ghazali (2007), Ayyuhal Walad, Khazanah Banjariah, Kedah

@@@@@@@@@@@@@@@@@

O Turner of the hearts, establish our heart upon Your religion,
Aishah Humayra'.
Daar el-ma'mur.
Campus zone.

4 comments:

saya berkata said...

tau lah dah siap keja kak...hahah..

waaa....tak siap lg dan lg dan lg...

Humayra' said...

ehem....macamlah die xsiap lg kan..kan...(^_^)

gambatte ne!!

nad comel said...

kak! mane ade sy siap keje????
ni 1 penghinaan. wawawa...

Humayra' said...

haha...konon xngaku..kan nad kan....

akak dtg bilik, tgh ngadap pc...dtg bilik lg...ngadap pc...

ha~buat keja lah tu kan...(^_^)